Warnanya yang cantik bikin hati terpikat, anak-anak pun suka kan dengan buah yang satu ni. Tapi kalau asyik makan begitu sahaja bosan juga kan. Apa kata ibu-ibu buat pula Puding Buah Naga Susu.
Resipi ini senang sangat nak buat dan hasilnya juga sangat menyelerakan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nurhayati Abd Malek ni.
Resepi Puding Buah Naga Susu Paling Mudah & Sedap (Dragon Fruit)
Nak sesuatu yang menyegarkan tekak hujung minggu ni? Jom buat puding buah naga! Puding Buah Naga.
Bahan-bahan
1 biji buah naga (isi merah)
1 paket agar-agar bertali (20gm)
750 mls susu cair
750 mls air kosong
1 cawan gula kastor (Boleh kurang kan)
Ads
Nota: Saya guna loyang 7″
Info penting: Bancuhan agar-agar bertali boleh lihat cara di belakang paket. Yang saya guna ni dia minta saya bancuh 1500mls air. Jadi saya bahagikan dua 750mls air + 750 susu cair.
Cara membuat:
buah dipotong dulu kecik-kecik. Ikut lah nak potong memanjang ke dadu ke janji boleh muat masuk mulut. Dah siap, ketepikan dulu.
Ads
Masukkan agar-agar dan juga air dahulu. Buka api dan kacau sedikit hingga agar-agar tadi cair dan mendidih.
Bila tali agar-agar tadi dah mencair kesemuanya, masukkan pula susu cair. Kacau lagi susu ni supaya tak hangit. Api kena jaga.
Apabila dah sebati boleh masukkan gula ikut citarasa kalian. Saya tulis je 1 cawan, boleh kurang kan. Boleh rasa sikit. Kalau kurang manis puding buah naga, tambahlah gula. Kalau dah cukup, tak perlu tambah.
Kacau hingga gula sebati.
Ads
Masukkan buah naga atau dragon fruit itu tadi yang telah siap dipotong mengikut citarasa masing-masing.
Kacau lagi, kerja kita kalau buat puding buah naga ni memang kena selalu kacau, kalau tak berketul lah nanti. Kemudian tutup api dan masukkan dalam loyang yang disediakan tadi.
Biarkan sekejap supaya sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti ais anda.
Tat-tadaaa! Inilah resepi puding buah naga susu. Siaplah sudah puding buah naga kita! Sedap makan waktu sejuk. Ah, segar tekak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memancing ikan ada yang melakukannya sekadar mengisi masa lapang dan kita boleh melakukan aktiviti ini bersama keluarga. Begitulah juga halnya bagi seorang wanita ini yang memancing ikan puyu, sepat, keli dan haruan di bendang yang bukan sahaja mengisi masa lapang sepanjang pendemik ini malah turut dijadikan sumber rezeki dengan membuat pekasam.
Noor Shahida Zolkifli, 23 begitulah empunya diri, dia sering berkongsi rakaman video memancing ikan sambil turut berpantun di kawasan sawah di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah di aplikasi TikTok dan siapa sangka meraih puluhan ribu tontonan.
Memetik perkongsiannya bersama Mstar, menurut Noor Shahida Zolkifli, 23, dia tak pernah menyangka dirinya akan menjadi perhatian ramai, namun menganggap ia sebagai satu rezeki yang tak diduga.
“Sekarang musim memancing, sebab itu saya hasilkan video untuk tunjuk suasana kampung. Saya pun dah terbiasa sejak kecil walaupun tak minat sangat. Ditambah dengan musim pandemik, tak boleh nak pergi ke mana-mana… jadi saya buat aktiviti di sekitar rumah saja.
“Biasanya saya akan memancing dengan ayah dan jiran-jiran di kawasan sawah di belakang rumah. Biasanya akan dapat ikan puyu, sepat, lampam dan macam-macam lagi.
“Ramai orang luar yang komen video saya di TikTok. Ada juga anak perantau yang luah rasa rindu, mereka teringat kampung masing-masing bila tengok video saya,” ujarnya kepada mStar.
Buat Pekasam
Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, dia juga kini menghasilkan pekasam daripada ikan-ikan yang dipancing di belakang rumahnya.
Malah, ikan pekasam itu turut dijual atas permintaan ramai selepas dia berkongsi mengenai perkara itu menerusi media sosial miliknya.
“Jaga Ibu Ayah, Mereka Berdua 0KU…”
Disebalik video-video keindahan suasana kampung yang dikongsi, siapa sangka Ardida turut menyimpan kisahnya yang tersendiri.
Ujar Ardida, dia enggan berkelana jauh dari kampung memandangkan kedua ibu bapanya merupakan Orang Kelainan Upaya (0KU).
Kini, saya buka gerai burger depan rumah untuk berniaga malam-malam dengan ayah.
“Mak umur 56, ayah pula 52 tahun. Mereka berdua merupakan 0KU pendengaran dan percakapan. Abang saya dah kahwin dan menetap di Kulim. Jadi saya pilih untuk berniaga sebab nak duduk rumah dengan mak ayah.
“Ada juga dapat tawaran kerja di mall, tapi saya tolak. Kalau berniaga, saya tak terikat dengan masa dan sentiasa boleh jaga mak ayah. Impian saya tentunya nak bawa mereka ke Makkah.
“Saya juga sedang berusaha nak belikan kereta untuk ayah, tapi impian belum tercapai lagi,” ujarnya.
Pilih Untuk Berniaga
Menurut Ardida, dia mula berniaga kasut dan pakaian sejak empat tahun lalu.
Ardida kemudiannya mula mengusahakan perniagaan bundle sejak setahun lalu, selain menjadi runner di sekitar kampugnya.
Sejak dua minggu lalu, Ardida turut membuka gerai burger di hadapan rumah untuk menambah lagi duit poketnya.
“Saya memang minat berniaga. Selain itu saya jadi runner, tolong orang tua beli barang di sekitar kampung ini. Saya hanya ambil caj penghantaran (COD) sebanyak RM3 ke RM5 saja.
“Sebelum ini saya selalu buat live berniaga di Instagram. Kini, saya buka gerai burger depan rumah untuk berniaga malam-malam dengan ayah,” jelas Ardida yang turut mengelarkan dirinya sebagai ‘Gadis Kampung’ menerusi TikTok.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Pasangan sama cantik sama padan ini sememangnya sangat sempoi orangnya. Setiap kali memuat naik video atau gambar menerusi instagram, pasti menjadi perhatian netizen.
Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 33, dan Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 31, bergelar suami isteri pada 20 Mac 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Ungku Arsalan 10 bulan.
Menurut Ungku Hariz, fasa menjadi ketua keluarga dan bergelar bapa banyak mematangkannya. Malah akuinya, pelbagai perubahan berlaku pada dirinya sendiri lebih-lebih lagi selepas menimang cahaya mata sulung.
“Kebanyakan kerja rumah dilakukan sendiri tanpa bergantung pada isteri. Kalau dulu, saya tak pernah tahu pun harga sayur di pasaran. Sekarang ni, sebut sahaja sayur apa berapa harga semua sudah dalam kepala. Pasar tani saya pergi, rumah pun saya sendiri kemas, malah baju pun saya sendiri lipat.
“Tambah-tambah bila ada OCD (Obsessive Compulsive Disorder), saya memang suka buat semua kerja sendiri,” katanya yang kini lebih cenderung untuk meluangkan masa bersama keluarga di rumah berbanding rakan-rakannya.
“Semua yang saya buat sekarang hanya untuk keluarga terutama anak, sudah jarang fikir untuk diri sendiri.
“Sekarang pun sudah kurang melepak luar, kalau ada masa habis sahaja shooting terus balik rumah nak jumpa anak,” tambahnya yang kini muncul dengan filem televisyen terbaharu Berani Jadi Papa bergandingan dengan Rykarl dan Datuk Awie.
Dalam pada itu, Ungku juga mengakui sejak berumah tangga banyak perubahan pada isterinya Jihan Muse.
Malah, sifat keibuan Jihan semakin menyerlah sejak mereka menimang cahaya mata sulung bernama Ungku Arsalan Haq yang kini berusia 10 bulan.
“Sifat keibuan itu semakin menyerlah pada diri Jihan, contohnya, sekarang ni kalau memasak tak perlu suruh atau tak perlu tanya, dia akan buat.
“Keduanya waktu tidur, kalau anak dah bangun pagi-pagi, dia akan bangun sama, uruskan hal anak dan siapkan sarapan untuk kami.
“Saya dan Jihan agak sibuk, jadual kami tak sama, jadi kalau ada masa memang kita akan luangkan masa berkualiti bersama.
Para ibu atau bapa pastinya mahu berikan yang terbaik untuk anak terutama dari segi pemakanan. Bukan sahaja rasa, malah keselamatan juga amat perlu dititikberatkan.
Tak perlu bimbang lagi, dengan resipi mee bandung sihat yang dikongsikan oleh @isyaa.fittrainer pastinya akan membangkitkan lagi selera dan dijamin selamat untuk anak makan.
“Resepi mee bandung lain dari yang lain tapi sihat sangat. Jom cuba!,” kongsinya.
Mee Bandung Versi Sihat
Bahan-Bahan:
Bawang putih
Cili
Cili kisar
Daun limau
Serai
Ayam
Sotong
Udang
Telur
Perahan air limau
Sayur
Cara-Cara:
– Tumiskan semua bahan kisar (bawang putih dan cili kisar).
– Masukkan serai yang dipotong kecil dan daun limau serta cili yang dipotong dan sayur pilihan anda.
– Kemudian masukkan ayam, sotong dan udang. Masukkan sedikit air.
– Tambahkan mee dan masukkan perahan air limau sedikit.
– Akhir sekali tambahkan sebijik telur dan siap.
Tip: Mee jangan guna mee kuning di kedai, guna mee pasta. Sedap pun sedap. Lebih sihat dan kenyang lebih lama.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.