
Rasa segar, dingin dan nyaman pasti dirasai tatkala menikmati minuman Soda Herbs istimewa ini. Gandingan rasa yang sempurna ini sangat sesuai sebagai hidangan ketika cuaca panas tengah hari.
Boleh juga disediakan sebagai hidangan istimewa ketika majlis harijadi, kenduri kesyukuran, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.Pasti menarik! Jom kita cuba.
Bahan-bahan:
1.5 liter air aiskrim soda
1 tin laici/ longan (ambil buah sahaja)
2 batang serai (dititik)
1 biji lemon (dihiris nipis)
5 biji asam boi putih
Ketulan ais secukupnya
Daun pudina (ikut cita rasa)
Cara membuat:
- Bersihkan semua bahan-bahan.
- Hiriskan lemon nipis-nipis.
- Sediakan bekas yang bersesuaian.
- Letakkan daun pudina secukupnya.
- Kemudian masukkan lemon yang telah dihiris nipis dan diikuti asam boi putih.
- Seterusnya masukkan buah laici atau longan.
- Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
- Letakkan ketulan ais jika suka.
- Akhir sekali masukkan serai yang telah dititik perdunya. Sedia dinikmati!
Info Ekstra:
- Jika rasa terlalu manis, boleh juga tambahkan sedikit air mengikut cita rasa masing-masing.
Sumber: Azlita Masam Manis
Berdoa Ketika Bacaan Mubin Dalam Surah Yassin, Keluarga Ni Lalui Pengalaman Luar Biasa!

Membaca surah Yassin umumnya dikalangan masyarakat kita sudah mengetahui selain mendapat pahala, ada fadhilat lain yang diperolehi daripada mengamalkannya.
Ini sebagaimana pengalaman keluarga ini yang dikongsikan diakaun AtieQa Hod, bila adik lelakinya diuji dengan kemalangan yang hampir meragut nyawa.
Setelah 3 tahun perkara itu berlalu, adiknya semakin pulih dengan asbab amalkan bacaan yassin 7 mubin.
Untuk lebih detail, ini perkongsiannya.
Saat kali pertama aku mendengar daripada ayahku tentang #Yassin #7_Mubin ini ketika keluarga kami ditimpa ujian besar dari Allah SWT.Waktu tu adik kami Muhammad Afiq mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa.
Yasin 7 Mubin dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
Ayat mubin ni ada pada ayat 12,17,24,47,60,69,& 77,
Setiap kali berhenti di ayat #Mubin ini kami memohon doa agar adik kami dapat kembali sembuh.Membaca dengan penuh kesedihan seperti terasa akan kehilangan sewaktu tu dan hanya mampu menunggu sebuah keajaiban yang berlaku. Dari ayat MUBIN pertama sampai la yang ketujuh.Setiap kali berhenti di ayat mubin ini,kami akan berdoa dan meminta pada Allah SWT untuk kesembuhan adik kami waktu itu.
Alhamdulillah hampir 3 tahun perkara itu berlalu.Kini adikku semakin pulih.Setelah melalui pelbagai fasa dari majar operation sebanyak 4kali dan koma sebanyak 2kali.Kesembuhan yang tidak terjangka dan doktor sendiri terkejut dengan perkembangan positif adik.
Sejak itu..
Sesiapa yang ditimpa ujian atau dugaan luar biasa aku selalu berpesan pada mereka agar mengamalkan 7mubin ini.Mintalah pada NYA kerana segalanya yang berlaku dari NYA teruslah meminta In Syaa Allah Dia akan menjawab segalanya.
Sumber : Atieqa Hod
Gambar Passport,Tak Perlu Pergi Studio. Boleh Tangkap & Print Sendiri. Mudah Je!

Awal persekolahan biasanya guru-guru perlukan beberapa keping gambar anak-anak berukuran passport untuk tujuan rekod di sekolah. Biasanya juga, kita sebagai ibu bapa akan pergi ke sudio gambar untuk melakukan proses tersebut.
Namun tahukah anda, dengan telefon bimbit juga anda boleh hasilkan gambar passport sendiri. Tentunya cara ini lebih memudahkan ibu bapa dan apa yang lebih penting kosnya jauh lebih murah. Tidak dengan itu, gambar pun kita boleh touch up sendiri, nampak lebih cantik hasilnya!
Jadi ketahui cara dan tekniknya melalui perkongsian daripada Encik Bijen Mohd ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Lepas siap edit gambar visa umrah untuk kami sekeluarga hari tu, beria isteri suruh buat tutorial cara nak buat gambar passport atau visa sendiri.
Katanya nak buka tahun baru ni, banyak nak pakai gambar. Budak-budak nak masuk sekolah. Manalah tahu boleh tolong jimatkan sedikit sebanyak perbelanjaan masuk sekolah untuk mak ayah.
Rasanya sekarang 8 keping gambar harganya mencecah RM10. Kalau ada 2-3 anak, dah berapa ringgit dah berhabis. Baiklah duit tu beli alat tulis, lagi bermanfaat.
Yang seronoknya buat gambar sendiri ni, boleh touch-up sampai puas hati. Kos pun murah, RM1-2 saja. Modal yang diperlukan hanyalah kamera smartphone, kesabaran, ketabahan dan kekreatifan. Heh!
Boleh ikuti langkah demi langkah dalam gambar di bawah untuk menghasilkan gambar yang cun macam artis Korea. Kah!
Tutorial
1. Mula-mula cari dinding putih. Kalau tak ada, pakai kain atau apa saja yang boleh dijadikan background warna yang dimahukan. Suruh objek berdiri biar ada jarak dengan dinding. Ini supaya kita dapat kesan bokeh pada dinding. So nanti tak nampaklah sangat tekstur dinding yang tak rata dan berdaki tu. Kalau bersandar di dinding (macam dalam gambar) nanti bayang-bayang jatuh. Banyak kerja nak edit balik.
2. Pasang kamera dan hadapkan ke wajahnya. Fokus betul-betul di muka sambil suruh dia senyum. Jangan ambil gambar terlalu dekat. Nanti wajah jadi cembung dan tak cun.
Tips: Kalau tangkap gambar bayi yang susah bagi kerjasama tengok kamera, cuba letak sticker yang menarik dekat dengan lens. InsyaAllah nanti dia pandanglah kamera tu.
3. Dah dapat gambar yang puas hati, editlah pakai Snapseed. Boleh main tool ‘Potrait’, ‘Head Pose’ dan ‘Healing’. Background putih di belakang tu boleh guna ‘Selective’ dan naikkan brightness sampai washout. Kalau gambar senget, pakai tool ‘Perspective’ untuk betulkannya.
4. Agak-agak dah cun macam artis Korea, kita crop gambar guna ratio 3:2. Pastikan muka memenuhi 70% ruang kalau untuk visa umrah.
5. Disebabkan background putih, moleklah sekiranya kita tambah frame supaya senang kerja memotong nanti. Dah selesai, terus Export > Save gambar tersebut.
6. Buka gambar tadi melalui app ‘EZ Passport ID Photo’. Sebenarnya nak guna app ni dari mula sampai habis pun boleh. Tapi feature dia terhad sikit berbanding ‘Snapseed’. Haa, sekarang kalau nak edit gambar background jadi warna lain pun boleh.
7. Akhir sekali, masukkan ukuran yang dikehendaki. Untuk gambar visa umrah yang saya buat ni, 40 x 60 mm. Bila disusun atas kertas saiz 4R, dapatlah 4 keping. Untuk kegunaan biasa, boleh susun bagi dapat 8 keping atas satu kertas.
8. Lepas tu jangan lupa save. File tadi boleh transfer masuk ke dalam pendrive ataupun emel je kat kedai gambar kalau diorang terima.
Tanya kedai kalau nak print gambar saiz 4R berapa ringgit. Jangan cakap nak print gambar passport. Harga standard RM1 saja sekeping. Lepas dah confirm harga, barulah beri file tadi untuk di-print.
9. Tak pun print je sendiri dekat rumah kalau ada printer gambar. Lagi jimat. Heh! Dah siap print, potonglah ikut ukuran yang sepatutnya. Semoga bermanfaat!
Terima kasih!
sumber : Bijen Mohd
“Kalau Aku Tiba-Tiba Mati, Tolong Jaga Nina & Musa. Aku Mohon.” Perkongsian Noh Hujan Undang Sebak, Warganet Titip Doa!

Tarikh 15 Mac 2022, penyanyi Noh Salleh yang juga telah menyambut ulang tahun yang ke-37.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik di laman Instagramnya, vokalis band Hujan yang kini bergelar seorang bapa merasakan kehidupannya kini lebih memikirkan soal kematian.
Walau bagaimanapun, dia sangat bersyukur kerana dikelilingi orang-orang baik dan berharap kehadirannya di dunia ini lebih banyak memberi manfaat kepada orang lain.
Dah 37 dah umur kau dik.”
الحمد لله
“Dapat hidup sampai hari ini. Terima kasih semua. Buat kalian, kaum keluarga sanak saudara, sahabat kawan, kalian yang mengenali saya, bala keluarga besar Raingers Riot Kidz Hikari, aku sayangkan semua.
“Semoga wujudnya saya selama 37 tahu ini membawa banyak kebaikan daripada keburukan. Semoga wujudnya saya didunia ini selama ini mendatangkan lebih banyak memori yang manis dan bermakna kepada semua yang bertembung berkenalan secara langsung dan tidak langsung.
“Semoga lahirnya saya daripada kandungan ibu saya, sedikit sebanyak membuatkan dunia ini lebih indah daripada kehancuran. Saya manusia biasa yang tidak akan jauh dari melakukan dosa dan kesalahan.
“Saya tahu saya banyak menyakitkan hati ramai orang tapi saya sudah lakukan yang terbaik untuk tidak. Mohon maafkan semua cacat cela saya akhlak lisan kelakuan saya.
“Walaupun saya selalu lafazkan ungkapan “live forever” tapi realitinya setiap hari saya fikirkan kematian saya. Terlalu banyak kekecewaan dan penyesalan yang saya go thru dalam 37 tahun ini.
“Tapi yang pasti, selama 37 tahun ini saya di guide oleh Tuhan sepenuhnya dan di kelilingi oleh orang orang yang baik hati dan penyayang seperti anda semua.
Paling menyentuh hati ramai peminatnya sudah tentu pesanan ringkas supaya menjaga isterinya serta anak mereka, Musa andai dia tiba-tiba ‘pergi’ dalam masa terdekat ini.
Semoga Allah terus merahmati kita semua.
“Kalau aku tiba2 mati dalam masa terdekat ni, tolong jaga Nina & Musa untuk aku. Aku mohon.
Dalam pada itu Nina turut menitipkan ucapan dan doa buat suaminya. Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya.
Nina mendoakan semoga suami kesayangannya itu sentiasa berada dalam jagaan Maha Pencipta dan terus dikurniakan kebahagian di dunia serta di akhirat.
Sumber: mohammadnohbinsalleh & officialmizznina
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara