Siapa tak terpukau melihat dekorasi yang diilhamkan, sangat elegan dan versetail. Inilah yang pasti anda rasai setiap kali bertandang ke majlis yang di dekorasikan oleh Muas Mo.
Setiap hasil kerjanya, pasti memuaskan para pelanggan malah dekorasinya ini sentiasa tular dan menjadi rujukan para pengantin yang ingin mengadakan majlis kerana ideanya yang fresh dan tersendiri.
Berbekal kerja keras dan keyakinan padu, Muas Mo yang diasaskan oleh Mohd Muas Safwan bin Muhammad Mazlan adalah graduan jurusan Sarjana Muda Pengurusan Majlis UiTM Puncak Alam. Kerjaya sebagai perancangan perkahwinan ini telah diusahakan sejak tahun 2011 lagi.
Mengambil sikap tidak memilih kerja ataupun pelanggan, Muas mempraktikkan cara kerja ini sepanjang alirannya dalam bidang dekorasi perkahwinan.
Dia juga akan memastikan momentum kerja sentiasa dikekalkan dan berkualiti bagi setiap hasil rekaan yang unik dan lain dari rekaan yang sedia ada di pasaran.
[TRENDING] ‘Dia Ditinggalkan Terkapai-kapai Menguruskan Anak-anak Yang Sedang Membesar. Adilkan Semua Ini?
[TIP MASAK]
Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat DilembutkanPaling utama, adalah sikap ikhlas dalam menghasilkan sesuatu kerja dan membuat design dengan sepenuh hati agar pelanggan berpuas hati dengan rekaan yang tercipta.
Jika dilihat pada setiap dekorasi yang dihasilkan, pasti anda akan terpikat kerana kebanyakannya berorientasikan sentuhan sususan floral yang tersendiri dan unik serta perincian kerja yang kemas dan bersahaja yang sememangnya menjadi signature dekorasi Muas Mo.
Berkongsi mengenai tip bagi pembaca yang berminat untuk menceburi bidang ini adalah sikap ikhlas dalam membuat sesuatu perkara, sentiasa bersemangat untuk mempelajari sesuatu dan melayan pelanggan dengan penuh rasa hormat selain profesional dalam menyantuni pelanggan.
Itulah yang harus diamalkan jika ingin mewarnai industri perkahwinan di Malaysia.
[MESTI BACA]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club