Benarlah hijrah itu milik Allah, demikian juga dengan Daphne Iking, 43 yang kini mengambil keputusan untuk berhijab.
Pemilik nama sebenar, Dahlia Eleanor Iking berkongsi penghijrahannya baru-baru ini. Dia yang memeluk Islam pada tahun 2010 mengakui asbab mengenakan tudung adalah kerana mahu menutupi uban di kepala pada awalnya.
“Bapa saya meninggal dunia akibat kanser dan sejak itu saya banyak terlibat dalam aktiviti kesedaran mengenai penyakit berkenaan. Rambut saya panjang dan berhasrat untuk mendermakannya kepada sebuah organisasi kebajikan kanser.
“Tapi untuk berbuat demikian, tak boleh warnakan rambut atau lakukan sebarang perawatan selama enam bulan. Dalam tempoh itu, saya mempunyai uban. Kalau berada di rumah, okaylah sebab ia hanya dilihat suami dan anak-anak.
“Kemudian kita sudah diberikan kelonggaran untuk keluar selepas penguatkuasan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan saya perlu hadiri satu majlis bertemakan warna ungu. Saya berdandan dan nak pastikan uban tidak terlihat, saya pakai turban.
“Tapi saya tidak ada turban warna ungu lalu pakai shawl saja. Bila pakai ia akan ‘terpeleot keluar’, saya jenis kasar. Saya pun kenakan topi selam (diving cap).
“Alhamdulillah, suami menyokong meski awalnya dia agak ragu-ragu.” Demikian kata hos terkenal, Daphne Iking yang meluahkan rasa syukur selepas benar-benar berhijab sepenuhnya sejak Oktober tahun lalu.
Ibu kepada empat cahaya mata ini akui rasa janggal sekiranya ‘free hair’ dan meluahkan rasa syukur kerana perjalanan hijrahnya dipermudahkan.
“Proses itu berterusan sampai Ramadan dan bila tiba hari raya, rasa janggal buka tudung. Saya kembali berselendang ala gaya Grace Kelly. Seminggu kemudian saya pergi berenang dan berbikini. Tapi saya rasa ‘bogel’ sangat.
“Seganlah… sudah berumur nak pakai macam Halle Berry. Pergi pantai macam tu. Jadi saya pakai ‘baju diving’. Transisinya daripada situ kemudian saya beritahu suami untuk jual semua baju seksi,” katanya lagi.
Sehingga kini, anak kelahiran Keningau Sabah ini selesa dengan penampilan terbarunya berhijab.
“Rasa bogel kalau tak pakai. Oleh kerana saya turut kerap buat sesi temubual secara virtual, paling tidak saya akan sarung anak tudung dengan topi. Sekurang-kurangnya ia menutupi,” katanya lagi.
Akui bukan mudah istiqamah, Daphne dalam masa yang sama mahu menumpukan pengisian rohani terlebih dahulu dan terbuka sekiranya peminat menerima ia seadanya.
Sumber: Media Hiburan
ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!
ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club