Biasanya bila ada sahaja menu yang viral pasti kita akan mencuba resipi baru untuk dapat dinikmati bersama keluarga.
Paling tidak pun kita download, save atau screenshot resipi tersebut untuk disimpan terlebih dahulu. Bila ada masa bolehlah dicuba.
Namun timbul pula masalah lain, bab nak mencari balik resipi-resipi tersebut untuk dirujuk memang susah sebab bersepah-sepah dalam phone kita.
Nak lebih teratur dan bagi memastikan resipi-resipi yang kita ada mudah untuk dicari semula, ada baiknya anda buat seperti yang dikongsikan oleh Fafa Abdullah ini.
PENING NAK CARI RESEPI DALAM HANDPHONE?
Telefon penuh sebab banyak simpan resepi?
Screen shot resepi, download dan safe lepas tu susah cari?
Ni saya nak share aplikasi yang ibu ibu, kakak kakak, adik adik, mak mak, abang abang, chef chef nak masak dan rujuk mudah.
Nak plan menu dan beli barang pun mudah.
Boleh edit resepi asal yang dah preset oleh aplikasi ni.
Cara :
Ads
1) masuk Google PlayStore
2 ) Search Easy Menu Planner
3) Download
4) Edit dan gunalah.
Mudah kan
Rujuk gambar gambar yang saya dah tolong download ni ya.
Step 1
Step 2
Ads
Step 3
Step 4
Ads
Step 5
Selamat membersihkan handphone anda dan semoga bertambahlah space ye!
PS: saya ni memang apps freak kan. Segala mak nenek nak apps
Share lah ye kalau bermanfaat. Selamat merancang menu sepanjang cuti sekolah!
Sering kali kita dihidangkan dengan kisah ibu tiri yang pemarah dan suka mendera. Namun jarang yang mengangkat martabat dan berkongsi kisah manis dengan wanita kedua dalam hidup selepas ibu kandung.
Berbeza dengan pengacara TV bagi program 9999, Anim Ezati yang baru-baru ini berkongsi kisah yang sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu tiri yang menjaga dirinya sejak kecil lagi.
Menerusi entri di Instagram (IG), Anim berkongsi gambar bersama ibu tirinya beserta kapsyen menyentuh hati.
“Seorang wanita yang cukup tabah, cekal, ikhlas dan kuat semangat. Menjadi ibu tunggal besarkan kami lima beradik tanpa membezakan kasih sayang. Dia lah Ibu tiri yang ku anggap Ibu Bapa kandungku.
Terima kasih Mak sebab jaga Anim dengan baik lepas Abah dan Mama pergi. Sayang mak. Sangat,”ungkap Anim Ezati menerusi laman instagramnya.
Membaca di ruangan komen, rata-rata mengakui tersentuh dengan kapsyen yang ditulis oleh Anim dan ada yang mengakui ibu tiri Anim seorang yang baik dan tabah.
aidamohd72 Alhamdulillah. Kalau tak baca caption; saya ingat kan ibu kandung Cik Anim
sadiq0723 Allah.. Aamiin .. Yang ni mahal…?cukup berharga….kirim salamku pada bonda..
yuyuenothman Sedekahkan al-fatihah untuk kdua2 ibu bapa anim..anim pon strong women mmbesar brdikari dr umur kck lg..da xde kdua2 org tua.aku sayang kau ok.tc nim
aiman_372 Tapi muka sama ingat ibu masyaallah sedih pulak rasanya
Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW pada 12 Rabiul Awal tahun hijrah. Sambutan ini bertujuan sebagai melahirkan rasa cinta dan sayang kita kepada junjungan nabi Muhammad SAW.
Bersempena dengan sambutan hari yang mulia pada hari ini, sebenarnya terdapat beberapa amalan yang baik untuk kita lakukan sebagai tanda memperingati hari kelahiran Baginda. Dan eloklah juga kita sebagai ibu dan ayah ajarkan kepada anak-anak mengenainya.
Antara amalan yang boleh dilakukan adalah dengan berpuasa. Diriwayatkan dari Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:
“Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku”.
(Riwayat Muslim)
Hadis di atas memberikan isyarat bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin bagi mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari tersebut. Maka, jika Rasulullah SAW sendiri berpuasa pada hari Baginda dilahirkan begitulah juga yang sewajarnya dilakukan oleh umat Islam pada hari ini, sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah kerana diutuskan Rasulullah SAW.
Berselawat juga antara amalan yang digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul. Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia.
Perbuatan berhimpun di masjid atau di surau, di samping dapat solat fardu berjemaah. Demikian juga amalan berzanji yang dimaklumi mengandungi pujian tertinggi kepada Nabi Muhammad SAW dan diikuti dengan selawat kepada baginda tidak dapat dinafikan mengandungi banyak kebaikan di dalamnya. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kali”
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Ini antara amalan yang boleh dilakukan ketika menyambut Maulidur Rasul. Meskipun sambutan tersebut merupakan perkara yang baik, namun mestilah dipastikan ianya menepati syariat Islam baik dari sudut akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Biarpun telah dua kali mengalami keguguran, namun Nabila atau mesra disapa Abil tetap bersemangat dan berusaha keras agar hasratnya untuk menimang cahaya mata tercapai.
Keinginannya untuk menambah ahli keluarga itu diungkapkan ketika sambutan ulang tahun kelahirannya, 2 Disember lalu.
Luah Abil, keinginannya itu seiring dengan peningkatan usianya yang telah memasuki 37 tahun dan dia memohon peminat supaya mendoakannya agar dipermudahkan untuk menimang cahaya mata.
Saya harap semua orang dapat doakan saya menimang zuriat. Saya betul-betul nak ada anak lagi. Harap semua dapat doakan saya,” luahnya sebak.
Pelakon filem Munafik itu sebelum ini dilaporkan telah dua kali mengalami keguguran iaitu pada April 2019 dan Oktober 2020.
Bagaimanapun, usahanya belum membuahkan hasil walaupun setiap bulan menghitung hari dan berharap dikurniakan rezeki untuk hamil lagi.
Ujar Nabila, dia beranggapan bahawa kesukarannya untuk kembali hamil berkemungkinan disebabkan faktor tidak menjalani rutin berpantang seperti biasa sewaktu mengalami keguguran sebelum ini.
Pada masa sama, pada sambutan hari kelahirannya, anak kepada penyanyi legenda Amy Search itu juga berharap supaya dia dapat menjadi seorang wanita yang lebih baik berbanding sebelum ini, sesuai dengan peningkatan usianya.Nabila mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Mohd. Izwan Johar pada Disember 2015.
Sementara itu, menerusi perkahwinan pertama, dia dikurniakan seorang anak perempuan Keisha Laila yang kini berumur 11 tahun.