Kisah dua beradik, Lela Safiya dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi yang kini berusia enam bulan, disahkan menghidapi ekzema bukan sahaja mengundang simpati orang ramai, bahkan selebriti juga turut meluahkan rasa yang sama. Antaranya, pelakon Datin Paduka Eina Azman yang baru-baru ini menerusi laman instagramnya, dia mencari keluarga dua beradik tersebut.
Menurut laporan, keadaan Nayl Safiy lebih serius berbanding kakaknya apabila badannya kudis menyebabkan kegatalan. Yang lebih menyedihkan, keluarga ini hanya bergantung dengan sumber pendapatan bapanya sebanyak RM850 sebulan yang bekerja sebagai kelindan lori.
Terpanggil untuk berbuat sesuatu, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 23, menerusi laman media sosialnya bertanya kepada mana-mana pengikut Instagramnya yang mempunyai nombor pasangan suami isteri, Shahrul Azmi Aziz dan Nurul Ain.
“Assalamualaikum. Siapa ada contact kakak ini? Tolong… kongsi dengan saya,” tulisnya ringkas,” tulisnya dikapsyen.
Perkongsian Eina tersebut mendapat respond dari pengikutnya yang berkongsi rasa yang sama. Malah, ada antara mereka yang turut memberikan alamat dan juga nombor telefon pasangan tersebut untuk dihubungi.
Semalam, Eina dan suami berpeluang menemui keluarga ini. Menerusi posting terbaru di Instagramnya , Eina dan suami telah membawa keluarga Nurul berjumpa dengan doktor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang jaya.
“Alhamdulillah, hari ini saya dan suami berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga Kak Nurul. Sebentar tadi, Eina bawa Kak Nurul, suami dan dua anak mereka berjumpa dengan pakar kulit di klinik swasta di Subang Jaya.
“Doktor cakap Muhammad dan kakaknya, Lela Safiya boleh pulih, tapi memakan sedikit masa. Kakak Nurul pula mempunyai masalah ekzema. Saya akan minta doktor untuk rawat dia juga,” tulisnya.
Malah, keprihatinan dan dasar kemanusiaan, Eina dan suami berjanji untuk menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga Nurul sehingga pulih.
“Saya terdetik untuk membantu kerana saya pun ada anak kecil. Kalau Aubrey dan Karl sakit pun saya akan rasa down dan sedih, inikan pula Kak Nurul. Berat bahu memandang, berat lagi bahu memikul.
“Saya dan suami sedih sangat tengok anak Kak Nurul yang menangis sebab menahan sakit. Insya-Allah, diberi rezeki lebih, saya dan suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada mereka sehingga pulih,” kata Eina lagi.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji sikap prihatin Eina dan suaminya. Malah, mereka mendoakan semoga Eina dan suami diberi rahmat dan keberkatan atas pertolongan beliau selain mendoakan kesembuhan kepada dua beradik tersebut.
Bagi anda ingin turut sama membantu keluarga Nurul, anda boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 562085617913 atas nama Nurul Ain Abdullah.
Sumber: IG eina_azman