Kisah dua beradik, Lela Safiya dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi yang kini berusia enam bulan, disahkan menghidapi ekzema bukan sahaja mengundang simpati orang ramai, bahkan selebriti juga turut meluahkan rasa yang sama. Antaranya, pelakon Datin Paduka Eina Azman yang baru-baru ini menerusi laman instagramnya, dia mencari keluarga dua beradik tersebut.

Menurut laporan, keadaan Nayl Safiy lebih serius berbanding kakaknya apabila badannya kudis menyebabkan kegatalan. Yang lebih menyedihkan, keluarga ini hanya bergantung dengan sumber pendapatan bapanya sebanyak RM850 sebulan yang bekerja sebagai kelindan lori.

“Sedih Tengok Anak Kak Nurul Menangis Tahan Sakit.” Eina Azman & Suami Bawa Dua Beradik Sakit Kulit Jumpa Pakar, Janji Hulur Bantuan.

Terpanggil untuk berbuat sesuatu, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 23, menerusi laman media sosialnya bertanya kepada mana-mana pengikut Instagramnya yang mempunyai nombor pasangan suami isteri, Shahrul Azmi Aziz dan Nurul Ain.

“Assalamualaikum. Siapa ada contact kakak ini? Tolong… kongsi dengan saya,” tulisnya ringkas,” tulisnya dikapsyen.

Perkongsian Eina tersebut mendapat respond dari pengikutnya yang berkongsi rasa yang sama. Malah, ada antara mereka yang turut memberikan alamat dan juga nombor telefon pasangan tersebut untuk dihubungi.

“Sedih Tengok Anak Kak Nurul Menangis Tahan Sakit.” Eina Azman & Suami Bawa Dua Beradik Sakit Kulit Jumpa Pakar, Janji Hulur Bantuan.

Ads

Semalam,  Eina dan suami berpeluang menemui keluarga ini.  Menerusi posting terbaru di Instagramnya , Eina dan suami telah membawa keluarga Nurul berjumpa dengan doktor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang jaya.

“Alhamdulillah, hari ini saya dan suami berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga Kak Nurul. Sebentar tadi, Eina bawa Kak Nurul, suami dan dua anak mereka berjumpa dengan pakar kulit di klinik swasta di Subang Jaya.

“Doktor cakap Muhammad dan kakaknya, Lela Safiya boleh pulih, tapi memakan sedikit masa. Kakak Nurul pula mempunyai masalah ekzema. Saya akan minta doktor untuk rawat dia juga,” tulisnya.

“Sedih Tengok Anak Kak Nurul Menangis Tahan Sakit.” Eina Azman & Suami Bawa Dua Beradik Sakit Kulit Jumpa Pakar, Janji Hulur Bantuan.

Ads

Malah, keprihatinan dan dasar kemanusiaan, Eina dan suami berjanji untuk menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga Nurul sehingga pulih.

“Saya terdetik untuk membantu kerana saya pun ada anak kecil. Kalau Aubrey dan Karl sakit pun saya akan rasa down dan sedih, inikan pula Kak Nurul. Berat bahu memandang, berat lagi bahu memikul.

“Saya dan suami sedih sangat tengok anak Kak Nurul yang menangis sebab menahan sakit. Insya-Allah, diberi rezeki lebih, saya dan suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada mereka sehingga pulih,” kata Eina lagi.

Ads

“Sedih Tengok Anak Kak Nurul Menangis Tahan Sakit.” Eina Azman & Suami Bawa Dua Beradik Sakit Kulit Jumpa Pakar, Janji Hulur Bantuan.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji sikap prihatin Eina dan suaminya. Malah, mereka mendoakan semoga Eina dan suami diberi rahmat dan keberkatan atas pertolongan beliau selain mendoakan  kesembuhan kepada dua beradik tersebut.

View this post on Instagram

Salam guys… alhamdullilah harini eina n husband berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga kak nurul @yurns88 … di atas permintaan ramai yang minta eina share tentang keluarga kak nurul? sebentar tadi eina bawa kak nurul dan suami n dua orang anak nya berjumpa dengan doctor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya. Doctor cakap Mohammad dan kakak nya Lela Safiya boleh pulih tapi memakan sedikit masa. Kak nurul juga mempunyai masalah Ekzema dan eina akan minta doctor utk rawat dia juga. Insyallah di beri rezeki yang lebih eina n suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga kak nurul sehingga pulih insyallah?? eina terdetik nak tlg keluarga kak nurul sbb eina fikir eina pun ada anak kecil @aubreykarl . Kalau aubreykarl sakit sikit pun eina dah rasa down n sedih? apatah lagi kak nurul?? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ?? sedih sgt eina hubby tgk anak2 kak nurul tadi menangis sebab tahan sakit ??? Orang ramai semua yang nak bantu meringankan beban keluarga kak nurul ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun maybank 562085617913 Nurul Ain Abdullah…

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

umang_123456 Berair mata akak bca caption @eina_azman terima kasih sudi bantu kluarga kak nurul… tuhan saje yg mbalas smua kbaikan eina…. semoga murah rezeki eina n kluarga..amen….

nurul.husna.146 Tahniah datin.. semoga rezeki datin sekeluarga melimpah ruah agar dpt membantu lebih ramai lg golongan kurang berkemampuan 

alinaril09 Alhamdulillah. Semoga Allah permurahkan rezeki ds @eina_azman& ds @datopadukakaiser sekeluarga. Sungguh baik hati ds sekeluarga. Semoga bahagia selalu.

natrah_daleela7 Ya allah baiknye….org yg membantu golongan yg memerlukan ni allah jauhkn dr api neraka…..

ctnad129 Alhamdulillah semoga Allah murahkan rezeki datin. That is why i want to be rich too, wanna help people in need.

shafikkha mata berhabuk pulak baca post eina kali ni..kami doakan moga eina sekeluarga makin dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat sebab sudi tolong beby ni.

nrfita Datin dah la cantik..pandai masak..murah hati lagi

Bagi anda ingin turut sama membantu keluarga Nurul, anda boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 562085617913 atas nama Nurul Ain Abdullah.

Sumber: IG eina_azman

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI