Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Melihat kemusnahan dan penderitaan mangsa banjir dengan mata sendiri nyata cukup menyentap naluri pelakon, Datuk Fizz Fairuz.
Dalam satu perkongsian baru-baru ini, Fizz Fairus bersama- sama menjayakan misi kemanusiaan membantu mangsa banjir bersama badan bukan kerajaan, Ikhlas.com di beberapa lokasi di Pantai Timur terutama Pahang sekitar seminggu lalu.
Namun apa yang menyedihkan, bantuan itu tidak dapat diteruskan lagi buat sementera waktu saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali berkuat kuasa ketika ini.
Sebagai anak jati kelahiran Raub, Pahang, suami kepada Almy Nadia itu berkata misi disertainya turut membuatkan dirinya tersentuh.
“Ada rumah yang kami hulurkan bantuan dan melakukan aktiviti pembersihan terdiri daripada mereka yang sudah berusia. Ada yang dilihat bagai sudah tak berdaya namun tetap kuat mengharungi ujian berkenaan
“Sekarang kalau sudah PKP menyukar dan membataskan pergerakan termasuk nak rentas negeri pun tak boleh. Kalau sebelum PKP ada anak mangsa atau orang muda yang boleh tolong jadi sukarelawan.
“Sekarang ini saya tak dapat bayangkan nasib mangsa banjir terutama golongan tua nak terus berdepan kesulitan itu. Yang boleh bantu pun sekitar jarak 10 kilometer. Sedih yang sukar digambarkan,” katanya.
Menurut pelakon drama Kampung People itu lagi, ada ura ura pada pertengahan bulan ini akan ada lagi gelombang kedua air pasang besar
Ads
“Saya bukan meminta minta air pasang itu kembali semula. Cuma harap ia sekadar ura ura. Kesan banjir baru baru ini pun belum sempat pulih, bagaimana pula nak berdepan gelombang kedua jika ia benar benar terjadi.
“Terutama mereka yang berusia tinggal di kawasan perkampungan dekat dengan sungai,” katanya.
Kata Fizz atau nama sebenarnya, Fairuz Zainal Abidin berkata misi kali ini sempat memanjangkan bantuan ke empat lokasi di Raub, Benta, Chenor dan Maran.
“Kawasan di Benta antara yang saya boleh katakan kronik dan teruk terkesan dek banjir melanda. Bayangkan kejadian sekitar 50 tahun lalu berlaku balik kali ini di Benta.
“Kalau sebelum ini banjir hanya dilihat menenggelamkan paras anak tangga rumah. Kejadian kali ini mengulangi insiden 50 tahun lalu apabila rumah tenggelam sampai paras bumbung.
“Ada rumah yang kami jejak biliknya yang dipenuhi pelbagai barangan keperluan dan segala macam barang, sampai nak buka pintu pun susah. Kena kopak pintu sebab barang yang awalnya ditelenggami air mula jadi tunggang langgang. Almari terbalik, kotak lunyai dan macam macam lagi,” katanya.
Ads
Fizz turut memaklumkan yang dia turut sempat ke rumah sepupunya yang sudah jatuh ditimpa tangga di Raub.
“Belum reda masalah banjir, rumah sepupu pula terbakar. Begitu besar dugaan hidup ini,” katanya.
Fizz turut memaklumkan yang pihak misi bantuan memanjat kesyukuran kerana menerima sumbangan makanan, peralatan penting dan sebagainya daripada badan bukan kerajaan lain dan perseorangan.
“Cuma ada satu tahap situasi sumbangan barangan makanan sampai lebih dan terlalu banyak. Rezeki yang tak disangka sangka.
“Tapi ada rumah yang terkesan sampai nak letak barang makanan pun susah. Makanan memang penting, tapi jadi masalah nak letak makanan di rumah yang berdepan tempias teruk banjir,” katanya.
Ads
Sebelum ini Fizz sendiri bersama isterinya, Datin Almy Nadia menyerahkan bantuan berupa tilam, selimaut dan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir.
“Memang sedih bila tengok keadaan mangsa banjir. Ada yang nak masuk rumah kena korek tanah dulu,”ujar Fizz yang menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu mangsa banjir yang memerlukan.
Semut merayap di dalam rumah adalah perkara biasa, namun jika terlalu banyak boleh mendatangkan masalah. Sementelah semut suka benda-benda manis terutama gula.
Jika anda tidak suka semut berada dalam rumah, sebaiknya jangan dibunuh dengan racun serangga atau ubat semut. Apa kata cuba petua semula jadi yang dikongsikan dari blog fydanoh.com.
1. Taburkan serbuk kunyit
Sebaiknya kesan dulu dari mana mereka masuk, kemudian taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka menuju ke dalam rumah atau di pintu tempat mereka masuk. Ini boleh menghalang askar-askar semut daripada masuk ke dalam rumah.
2. Daun sirih
Beberapa helai daun sirih dikoyak-koyak atau disiat-siat dan taburkan juga pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
3. Kulit telur
Bakar kulit telur hingga menjadi abu, kemudian taburkan pada kawasan laluan semut.
4. Kulit timun
Kulit timun juga diletakkan di kawasan laluan semut atau berdekatan sarangnya.
5. Air serai wangi
Campurkan serai wangi dengan air kemudian disembur pada laluan semut serta tempat-tempat yang biasa diduduki semut. Juga boleh buat lap meja dengan air serai wangi untuk elakkan semut naik ke atas meja. Yang menarik tu, bukan semut sahaja malah lipas, lalat dan serangga lain turut tidak berani mendekati tempat itu.
6. Minyak masak
Celup kain bersih ke dalam minyak masak, dan ikat kain tersebut pada balang gula, keliling kaki meja atau keliling kabinet dapur. Minyak masak ini boleh menghalang laluan semut.
Kalau tidak mahu ikat kain, boleh saja lumurkan minyak masak pada bahagian yang terlibat. Contohnya sapukan minyak masak di kaki meja makan supaya semut tidak boleh panjat meja.
Tips menghalau semut yang suka menghurung bekas gula atau makanan.
1. Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur dan bunga cengkih tidak akan menukar rasa atau warna gula, mungkin jadi lebih wangi.
2. Cili kering
Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula. Semut juga tidak akan menghampiri bekas gula itu, mungkin kerana dia pun tak tahan pedas.
3. Bawang merah
Masukkan beberapa biji bawang merah yang belum dikupas ke dalam bekas gula, tapi basuh lah dulu. Takut kotor pula gula nanti.
4. Bercakap dengan semut
Kalau semut jenis tak makan saman juga, cubalah bercakap dengan mereka sebab mereka kan rakyat Nabi Sulaiman, pujuk baik-baik semut tu supaya tinggalkan rumah kita. Buat masa sendirian ya, nanti ada orang ingat ibu halusinasi pula bercakap dengan semut.
“Assalamualaikum wahai rakyat Nabi Sulaiman a.s…
Ini rumah aku dan aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah yang taat dan sentiasa berzikir pada-Nya.Kalau kamu nak buat sarang dan terus hidup, hiduplah di luar rumahku agar kamu selamat.. Terima kasih semut..”
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tinggal beberapa hari lagi kita semua akan melangkah ke tahun baru 2022, diharapkan sudah ada perancangan terbaik untuk keluarga telah diatur bagi menempuh perjalanan 2022 agar lebih bersedia untuk masa depan yang terjamin.
Pengalaman yang dilalui pada tahun ini, diuji dengan pelbagai dugaan dan musibah sedikit sebanyak terjejas daripada aspkek kewangan untuk setiap isi rumah.
Lantaran itu Dr Azizul Azli Ahmad, pakar hartanah dan kewangan mengajak bersama-sama untuk lakukan tabungan 2022. Ujarnya dalam banyak-banyak jenis tabungan, buat masa ini persiapkan dahulu Tabung Kecemasan.
TABUNG 2022 BERMULA!
Jika kita tak tahu tabung mana nak mula dulu tahun baru nanti, mulakan dengan Tabung Kecemasan ditahun baru ini.
1. Jika gaji kita RM3000, Tabung Kecemasan ini kena ada 3 bulan simpanan gaji kita iaitu RM9,000. Ada yang simpan 6 bulan lebih baik lagi.
Itu lebih mulia.
2. Dengan prinsip 10% simpanan setiap bulan, Tabung Kecemasan akan terbentuk dalam tempoh 30 bulan kehadapan!.
Jika masih bujang, buat simpanan 20% gaji. 15 bulan akan tercapai simpanan kecemasan ini.
3. Tabung ini TIDAK BOLEH dilaburkan, susut nilai dan mesti mudah dicairkan bila kita perlu nanti. Letak di TH atau ASB lebih mudah.
4. Simpan ditempat terjamin dan jangan sesekali gunakan. Guna bila kecemasan, kereta rosak, banjir atau bila diberhentikan kerja saja.
Fahami definasi kecemasan itu apa, beli beg tangan Gucci waktu sale hujung tahun ini bukan kecemasan namanya kawan.
5. Bila duit dah ada jangan cepat cair lihat Honda City atau Lombogini. Itu godaan setan namanya.
6. Zaman ini tiada lagi jaminan kerja kita akan kekal abadi. MAS yang besar itu saja telah hilang kemudi begitu juga kerja cari gali.
7. Gegadis suka lelaki beriman dan ada wawasan simpanan. Mereka perlukan perlindungan dari kita yang gagah perkasa ini.
Semoga berjaya , jadi hebat dan mulia Tahun Baru nanti semua kawan
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/azizulazli.ahmad/posts/10221274250069182″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Wan Hasifi Amin[/su_button]
Memasuki hari kedua kepulangan allahyarham Muhammad Adib ke Negara Abadi, pelbagai pihak bercerita dan berkongsi pengalaman bersama dengannya.
Terbaru menerusi faceebook, seorang lelaki keturunan India berkongsi beberapa keping foto kenangan ketika bersama Allahyarham.
Menurut Prema Mathibalan, Allahyarham cukup baik melayan mereka sekeluarga.
Semoga tenang Hero. Anak saya ada kenangan bersama kamu. Saya akan selamanya beritahu mereka betapa baiknya kamu melayan kami. Saya kehilangan kata-kata.
Saya marah saya sedih. Kamu tak sepatutnya dilayan begini. Berehatlah.
Melihat dia di dalam gambar ini. Bolehkah orang yang menyakiti bawa dia kembali. Dunia tidak adil.
Perkongsian tersebut mendapat respond positif daripada netizen.
Sarah SamsuriX mampu nk kata apa² Al-fatihah bt Adib
Ralph LaurenBadan yg sihat penuh semangat dgn hati yg waja utk membantu tanpa mengira bangsa n agama…xspttnya diperlakukan sedemikian dgn kejam sehingga meninggal ….tp takdir Allah itu pasti
Terlalu sakit utk engkau menanggungnya
Damailah kau di Sana..
Tamarai Selvi RoytuzIt’s really sad, hmm hope he rest in peace.. I hope the police can take action on this matter strictly..
Nur Atiey Mohammadal fatihah damai la kamu disana adib. semoga allah mengangkat roh mu setinggi darjat mu… semoga kamu adib ditempatkan golongan org2 yg soleh n beriman amin3 ………..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...