“Sedih Nak Berpisah, Happy Balik Malaysia.” Setahun Di Australia, Dayah Bakar Kembali Ke Tanah Air Bersama Suami & Anak

Share

Berkongsi satu rakaman video di Instagram, Dayah Bakar yang mengikut suami, Kapten Muhammad Hanif bertugas Di Canberra, Australia kini pulang ke tanah air.

Ibu kepada anak lelaki, Achbar Muhammad Fahri, mengakui berasa sedih untuk meninggalkan bumi Canberra yang menjadi saksi pertemuannya dengan suami selepas berpisah disebabkan tuntutan kerja.

“Pertemuan dan perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah . Lagi-lagi, bila semakin rapat dan menjadi seperti keluarga. Banyak waktu yang diluangkan bersama, banyak memori juga yang tercipta di bumi kangaroo.

“Sejujurnya, saya sedih untuk pergi, tetapi pada masa yang sama, saya tidak sabar untuk bertemu keluarga saya di rumah. Saya juga tahu sudah tiba masanya untuk kembali aktif menjadi hos.

“Saya berdoa agar kita semua akan bertemu semula suatu hari nanti, saya percaya kita akan. Alhamdulillah, selamat sampai semuanya. Kembali ke tanah tumpahnya darahku, Malaysia,” tulis Dayah lagi.

 

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi ruang balai pelepasan bila.mana Dayah dan rakan-rakan tidak mampu menahan Rasa sebak dan sedih kerana terpaksa berpisah.

Masing-masing berpelukan dan mengucapkan selamat tinggal buat pasangan ini.