Bagi selebriti yang sorang ni, rupa-rupanya sangat prihatin dan baik dengan pembantu rumahnya selain tidak lokek membantu mereka yang dalam kesusahan. Sebelum ini dia dilihat membantu keluarga susah serta anak-anak kecil yang mempunyai penyakit. Datin Paduka Eina Azman baru-baru ini memuat naik satu perkongsian ini membantu 3 keluarga yang kurang bernasib baik di Kelantan undang perhatian masyarakat. Video yang dikongsi Eina Azman menziarahi 3 buah keluarga susah ini menyaksikan pelakon tersebut tidak langsung berasa kekok saat melayan dan beramah mesra dengan keluarga tersebut. Assalamualaikum semua.. Alhamdullilah haritu Eina, husband @datopadukakaiser dan sahabat dato @bard.hanief dan kak @farasharina berkesempatan untuk melawat dan membantu 3 keluarga susah di Kelantan. Luluh dan sebak hati melihat keadaan mereka Buat anda yg mahu membantu ringankan beban keluarga-keluarga ini, boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank di bawah atau boleh menghubungi talian di bawah. Kepada yang mungkin tidak mampu membantu dari segi kewangan, minta jasa baik anda untuk doa kan mereka ya..
Ads
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang kahwin untuk bercerai kan, rumah tangga yang disemai, dibaja sentiasa subur namun akhirnya terputus ditengah jalan.
Wanita mana yang sanggup menjadi ibu tunggal atau bahasa kasarnya janda. Perkahwinan pertama itu kalau boleh adalah yang terakhir bagi mereka. Perbalahan dan segala masalah cuba ditangani supaya keruh yang melanda kembali jernih. Namun siapa kita mahu menidakkan takdir. Andai itu takdirnya, reda dan pasrah menerima ketentuan tersebut.
Percayalah, apabila seseorang perempuan itu nekad memfailkan penceraiannya di mahkamah maka perempuan itu sudah mengumpul segala kekuatan yang ada untuk menempuh hari penceraiannya dia mahkamah.
Justeru untuk panduan bersama, jagalah rumah tangga kita, bajalah ia dengan penuh kasih sayang….hargailah pasangan anda..selagi dia masih ada bersama anda.
Semoga perkongsian dari Adibah Ratna Imani menjadi panduan buat kita semua dalam melayari alam rumah tangga supaya kekal sehingga ke jannah.
Sedih dengar cerita Fizo, Mawar.
Yea. Orang ketiga ni tak semestinya penyondol suami kita atau kita yang tersondol. Orang ketiga ni boleh jadi ahli keluarga, ibu ayah adik-beradik.
Jadi anak lelaki ni bukan senang. Berlaku adil ni bukan bila kawin ramai je. Dengan isteri, ibu ayah pun kena sama rata. Dua dua pun tiket ke syurga.
Selesai hal kamu dengan mak ayah tapi terbengkalai hati isteri,kecundang juga pahala tumpah entah kemana..ini lah yg dikatakan yg dikendong berciciran..yang dikejar tak dapat.
Kalau tidak Islam tidak akan meletakkan hak nafkah itu pada isteri dulu dibaris awal dan paling atas,mak ayah di baris bawah bawah selepas cukup kelengkapan isteri anak2 dan diri sendiri.sebab isteri itu amanah yang anak lelaki kamu pilih untuk dikendong.maka dia wajib mematuhi.itu hukum bukan bodoh.
Kadang kadang anak anak dah faham situasi ini tapi kekangan dan tekanan dari pihak orang tua membataskan suami menjadi suami yg benar benar baik.
Tolong isteri dikata menghambakan anak lelakinya
Beli itu ini pada isteri dikata isteri merampas atau jadi kuku besi pada suami
Suami penyayang pada isteri anak anak dikata isteri bomoh mandrem
Sebenarnya mak ayah…itu tiket anak lelaki kamu ke syurga..Rasulullah sangat menyantuni istri beliau..jangan lah masuk campur urusan keluarga anak2..doakan yg baik baik.
sebagaimana mak sendiri mahukan ayah menyantuni mak,sebagaimana mak mahukan anak perempuan mak disantuni menantu lelaki mak,begitu jua lah anak perempuan orang perlu disantuni anak lelaki mak…
Sebenarnya ibu ayah pun tak kenal perangai anak dia. Yang kenal perangai anak dia, bangun pagi tak lipat selimut ke terbongkang sampai tengahari ke malas kohong ke mulut macam hanat ke kaki pukul ke semua dia laki bini hadap dan bini yang tido duduk sebantal seselimut saja tahu.
Mak ayah bradik sdaramara sahabat semua tak kenal siapa anak lelaki nya yg sebenar..yg dia kenal dan kata apa yang dia nampak saja yang banyak kepuraan dan lakonan mungkin.
Sebab tu tugas ibu ayah, adik beradik ni jadi aircond bagi sejuk. Jangan jadi microwave pulak.
‘saya korbankan kasih sayang demi kebahagian fizo sekeluarga’
Sebenarnye dah banyak berlaku kes macam yang sy tulis ni..
Apepun kita semua tak tahu apa sbenarnya berlaku antara mereka kan..dari hati peribadi sy yang menulis sangat berharap fizo mawar kembali bersama…aamiin…
“Pesan untuk mak ayah islam seluruh dunia,jangan guna kuasa kita sebagai mak ayah untuk hancurkan rmh tangga anak lelaki anda..sebenarnya anda sedang menghantar anak anda ke neraka…”
Adimanja Kekal Hebat HQ
#AdibahRatnaImani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sedar atau tidak, sebenarnya bab aurat antara sepupu sepapat tetap perlu dijaga. Namun ada juga yang ambil mudah, konon katanya sudah seperti adik beradik.
Bahkan ada sesetengah pasangan buat endah tak endah tentang aurat bila bersama ipar duai. Mungkin juga dek kerana tidak faham tentang batas-batas aurat.
Lantaran itu, jom kita baca perkongsian daripada Ustaz Farid Rashidi untuk menambah ilmu pengetahuan agama berkaitan aurat.
Selalu perasan, ada pasangan yang buat endah tak endah tentang aurat bila bersama ipar duai, atau dengan sepupu.
Sedangkan ipar duai atau sepupu itu auratnya tetap sama sebagaimana orang luar lain. Yelah, tahulah dulu main tuju tin, pondok-pondok, batu selambut, main sorok sama-sama.
Walaupun kenal sejak zaman kanak-kanak lagi, bila baligh hukumnya tetaplah haram dedahkan aurat.
Dulu mungkin boleh main sama-sama. Sekarang dah besar jangan dibuat main. Lain jadinya nanti.
Dari Uqbah bin Amir katanya: Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: “Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita”.
Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: “Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?”
Rasulullah SAW menjawab: “Ipar itu maut”. [Hadis Riwayat Bukhari no. 5232 dan Muslim no. 2172]
Apa yang dimaksudkan dengan ipar itu ‘maut’?
Maksudnya, kena lebih berhati-hati bila bersama ipar duai sebab kita selalu berjumpa, bergaul, berbual dan dibimbangi yang biasa itu jadi luar biasa. Nah, itu juga jalan menuju zina jika tak dipelihara betul-betul.
Jadi, berpesan-pesanlah pada mereka yang tak tahu, atau yang buat-buat tak tahu atau lupa. Ingatkan, semoga tak terpalit dosa ya.
Sumber : Ustaz Farid Rashidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sahaja yang tidak gembira atau teruja bila mendapat hadiah daripada insan tersayang sempena sambutan ulang tahun kelahiran.
Apatah lagi anak-anak yang masih kecil. Seakan ternanti-nanti, apakah hadiah yang bakal dimiliki pada sambutan hari lahir mereka daripada keluarga. Maklumlah, biasanya ibu ayah akan berikan hadiah yang istimewa.
Umpamanya seperti perkongsian daripada seorang bapa ini di facebook, Zaim Zainudin Zakaria yang menghadiahkan anaknya sebuah kolam renang. Bukan biasa-biasa hadiah yang diberikan, ia adalah hasil kegigihannya berpanas di bawah matahari berbulan lamanya.
Meski pun asalnya ia adalah projek yang tergendala ketika musim PKP yang lalu, namun baru sahaja siap sepenuhnya dan sempena sambutan hari lahir anak lelakinya, terus dijadikan hadiah istimewa buat si anak.
Difahamkan juga kolam renang di tepi rumah ini, hanya bermodalkan sebanyak RM3K dan ianya jauh lebih jimat berbanding jika dibuat oleh pakar hingga boleh mencecah RM40K.
Jadi jom kita baca perkongsian pengalaman daripadanya untuk info bersama.
Kolam Renang Sebagai Hadiah Hari Jadi Anak
Alhamdulillah. Akhirnya siap juga kolam impian di halaman rumah. 100% buat seorang diri. Modal 3k je. Pernah tanya tukang rumah, dia nak 30k, kalau specialist kolam nak 40k. Jadi ambil keputusan buat sendiri la sambil keluar peluh petang-petang.
Projek pkp 2021 ni tapi tergendala sebab pkp tamat awal dan cuaca tak mengizinkan.
Amaran. Kalau jiwa tak kental jangan cuba-cuba buat ye…Nanti siap separuh jalan..Sebab diri sendiri pun berkali-kali putus asa…Tapi kuatkan semangat jugak sebab nak tengok hasil tangan sendri.
Sempena birthday Zharif, Daddy hadiahkan kolam renang. Zharif cakap dah tak payah pergi hotel. Rania muka tak puas hati kolam abang punya.
Proses Pembuatan Kolam Renang
Tanah sekangkang kera tepi rumah. Projek bermula dengan mengalihkan paip air buang pada Ogos 2021.
Proses galian bermula.
Banyak pulak paip bawah tanah ni. Terpaksa la buat kolam berbentuk sikit, sebab lari dari paip kumbahan.
Alhamdulillah. Berbekalkan cangkul dan sikul maka siap la gali. Plan nak gali 5 kaki tapi gali-gali dah keluar mata air, jadi kedalaman 4 kaki saja. Sebulan proses menggali.
Bila order barang sampai. Fuhhh! ini jangan cerita, boleh patah pinggang dibuatnya seperti gambar kanan.
Proses buat kotak konkrit. Pakai gergaji saja, mesin tak ada.
Ini pun kita pakai gunting je. Potong besi 12mm kalau tak silap.
Proses memampatkan tanah, pijak-pijak saja.
Ini konkrit lapisan pertama sebab elakkan tanah runtuh musim-musim hujan ni.
Kita gaul sendiri saja. Jiran-jiran suruh order lori siput, tak apa la kita buat slow-slow macam siput.
Meratakan konkrit buatan sendiri.
Fuhhh menggali lagi, ruang pump pulak. Dan lagi…
Bila hujan turun kita termenung saja tengok air bertakung. Ambil kesempatan air hujan tengah penuh kolam, kita buat marking. Tak payah guna laser atau penimbang air. Marking bertujuan untuk pastikan level air n ktggian kolam cun.
Ternyata bukan kerja mudah yang dilakukan oleh ayah ini untuk menghasilkan kolam renang untuk menggembirakan hati anak-anaknya. Pelbagai proses dilakukan sendiri dengan sabar.
Akhirnya ini lah hasilnya.
Alhamdulillah setelah 5 bulan siap jugak! Bata depan tu next projek tempat BBQ. Dan inilah orangnya yang buat kolam, boleh jadi sado tak payah pergi gym.
Ternyata hebat sungguh usaha yang dilakukan oleh seorang ayah ini. Untuk anda yang ingin lihat lebih detail langkah demi langkah yang dilakukan olehnya bolehlah klik di sini.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.