” Sedih Lihat Isteri Tinggalkan 4 Anak Untuk Ke Hospital .”  Dr Halina Selamat Bersalin Anak Kembar, Dr Sheikh Muszaphar Setia Di Sisi!

Share

Umum mengetahui, Datin Dr Halina bakal melahirkan bayi kembar nya lebih awal dari tarikh jangkaan.

Dalam perkongsian terbaru, Isteri kepada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat melahirkan anak kembar mereka pada jam 9.47 pagi, bayi lelaki dan 9.48 pagi, bayi perempuan hari ini melalui kaedah pembedahan di Sunway Medical Centre.

Dalam perkongsian  Dr Sheikh Muszaphar sebelum ini, isterinya dinasihatkan untuk melahirkan zuriat tersebut minggu lalu tetapi berjaya bertahan sehingga cukup 35 minggu dengan menggunakan kaedah pembedahan.

Sebelum itu, beliau  berkongsi sebuah video memaparkan Dr Halina sedang mengemas keperluan diri sebelum meninggalkan empat anaknya di rumah buat sementara waktu.

Pasangan ini memilih untuk menimang anak kembar mereka pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

 

Kami memilih hari Jumaat 20.11.20 dengan harapan dapat menjadi baraqah untuk semua orang. Semoga Allah permudahkan segalanya. Doakan Dr Halina & anak kembar yang akan dilahirkan,” katanya.

 

Ia seperti dejavu berulang kembali. Perasaan gementar, gelisah dan gembira semuanya dirasai pada ketika ini. Terima kasih atas doa kalian,”
ujarnya.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha serta kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar