Seorang demi seorang berkongsi momen berkenaan Siti Bainun termasuklah terbaru Uyaina Arshad. Ini berikutan viral video program WHI baru-baru ini.

“Sedih bila kenang balik ‘moment’ ini. Menyesal pun ada,”.

Itu komen yang ditinggalkan pelakon dan pengacara  ini pada video siaran program Wanita Hari Ini (WHI) siaran 30 Julai 2020 yang dimuat naik pengguna TikTok di platform itu.

Komen Uyaina itu mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada netizen.

“Awak cuma buat kerja awak. Jangan risau. Kita tak tahu benda nak jadi,” tulis satu netizen membalas komen Uyaina.

“Sedih Bila Kenang Balik, Menyesal Pun Ada.” Throwback Rakaman Program Bersama Siti Bainun, Uyaina Arshad Luah Rasa!

Dalam video itu, Uyaina yang bertindak sebagai pengacara program WHI menemubual pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, yang hadir sebagai tetamu jemputan di episod yang membincangkan topik Berkorban Apa Saja itu.

Antara soalan yang diajukan adalah bagaimana Bainun mengenepikan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

“Sedih Bila Kenang Balik, Menyesal Pun Ada.” Throwback Rakaman Program Bersama Siti Bainun, Uyaina Arshad Luah Rasa!

Ads

“Tetapi, untuk kekal istiqomah, kekal konsisten melakukan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan sekarang ini sebab bisikan syaitan itu nyata.

“Tapi, bagaimana sebenarnya Bainun mengenepikan segala tohmahan, kata-kata negatif dan buruk yang dilemparkan kepada Bainun?

“Dan untuk memastikan yang anak-anak jagaan Bainun ini juga masyarakat yang mendapat kebaikan daripada perbuatan Bainun ini terus dapat dijaga?” katanya.

Bainun kemudiannya menjawab pertanyaan itu dan memaklumkan bahawa ramai yang menyokongnya.

“Sedih Bila Kenang Balik, Menyesal Pun Ada.” Throwback Rakaman Program Bersama Siti Bainun, Uyaina Arshad Luah Rasa!

“Kalau ada tohmahan, mesti ada orang yang sokong. Ramai orang yang sokong saya, yang sokong apa yang saya buat.

Ads

“Jadi, kenapa saya nak kena fikir apa yang orang cakap. Kekuatan saya, anak-anak saya. Anak-anak saya yang OKU, setiap kali bangun pagi, senyum.

“Nak tidur, senyum. Takkanlah saya nak sedih. Pagi-pagi saya bangun, saya cari dia. Tidur dengan saya. Itu kekuatan saya pagi, petang, siang, malam. Kalau saya tak tengok muka dia, tak boleh,” katanya.

“Sedih Bila Kenang Balik, Menyesal Pun Ada.” Throwback Rakaman Program Bersama Siti Bainun, Uyaina Arshad Luah Rasa!Pada ketika itu, Bainun juga menjelaskan mengenai tiga anak-anak OKU di bawah jagaannya termasuklah remaja perempuan Sindrom Down, Bella yang disahkan sebagai mangsa dera.

“Bella, Tulus, Jiwa. Bella saya baru ambil tiga minggu lepas,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Ads

ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!

ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI