Tiada yang lebih membahagiakan seorang ibu apabila anak perempuan yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh sudah selamat diijabkabulkan dan sah bergelar isteri.
Biarpun pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa dilalui sehingga majlis pernikahan terpaksa ditunda sehingga dua kali dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),namun tarikh 8 Ogos 2021 meninggalkan memori yang cukup indah buat keluarga ini.
Sentuhan jurumekap Ramzamode membuatkan Baby tampil manis di hari pernikahannya.
Dengan sekali lafaz, Mas Aliza Ali yang anggun dengan persalinan Man Kajang, sah bergelar isteri kepada juruterbang bernama Faruq Azran.
Mengukap kata-kata syukur dan gembira usia segalanya, Mas Anizan yang merupakan pelakon era 1990-an itu berkata, perancangan majlis dibuat sekitar seminggu lalu.
“Selepas majlis akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di negeri Selangor sejak 1 Julai lalu, saya mula memikirkan cara untuk mempercepatkan majlis ini.
“Tapi memang akur, kehadiran di pusat agama itu hanya membabitkan tiga orang saja iaitu pengantin lelaki dan wanita serta anak kedua saya, Mohd Masli Daniel Ali sebagai wali. Saya hanya menunggu di dalam kereta saja kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat ditetapkan.
“Ikutkan majlis tunang dan nikah buat kali pertama dirancang pada 21 Mac lalu. Kemudian kedua majlis itu dianjak pula ke 12 Jun. Tapi akhirnya hanya majlis nikah saja diadakan hari ini. Kita utamakan akad nikah dulu, majlis resepsi menyusul kemudian apabila segala galanya reda selain dibenarkan penganjuran acara kahwin,” katanya.
Ads
Tambah Mas Anizan lagi, tiada sebarang simbolik ataupun majlis besar-besaran. Sebaliknya hanya cincin dan gelang tangan menjadi tanda termeterai majlis pernikahan.
“Selepas majlis pernikahan, pasangan pengantin balik ke rumah mereka untuk mengabadikan gambar kenangan.
“Tak apalah janji mereka sudah sah ikatan. Dengan keadaan semasa segala serbi ada kekangan memang tak dapat buat apa apa,” katanya.
Ads
Ditanya mengenai perasaannya melepaskan anak sulungnya yang mesra disapa Baby membina keluarga sendiri, pelakon kelahiran Teluk Intan, Perak itu mengakui perasaannya bercampur baur.
Pasangan sama cantik sama padan di atas pelamin yang cukup indah hasil sentuhan Melur Putih
“Sedih ada, bahagia dan gembira pun bertandang. Sedih kerana saya sudah sah menyerahkan tanggungjawab sebagai ibu kepada menantu. Lepas ini saya yakin Faruq pula dapat menjaga Baby dengan baik.
“Paling menyeronokkan kerana bertambah ahli keluarga baru. Insya-Allah selepas setahun tiga bulan mereka kenal, saya yakin Faruq akan membahagiakan Baby,” katanya.
Selain Mas Aliza dan Mohd Masli Daniel Ali, pelakon itu turut dikurniakan anak bernama Ariana Marissa.
Dalam kesibukan kita menunggu keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), khabar duka kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa keluarga tersayang sudah pasti hati meruntun sebak.
Tiga beranak termasuk seorang bayi maut selepas kenderaan pikap dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 200.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan pada 19 November lalu iaitu hari PRU 15 buat rakyat Malaysia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mereka yang maut ialah pasangan suami isteri, Mohamad Shafiq Zailani, 33 dan Faeiznoor Mansor, 32, masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian.
“Bayi lelaki pasangan itu yang berusia 10 bulan, Daryan Marwa pula meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
“Tiga anak mangsa yang terselamat namun mengalami kecederaan ialah Mohamad Danish Uqasha 9, Dhia Medina, 5 dan Damiaa Melissa, 2.”
Beliau berkata, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pikap jenis Ford Ranger berlaku kira-kira 4 petang.
Katanya, siasatan awal mendapati, kenderaan yang dipandu Mohamad Shafiq dari Bandar Jengka, Maran menghala ke Kuantan.
“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pokok di bahu jalan.
“Akibat kemalangan, pemandu dan penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala bayi lelaki berusia 10 bulan disahkan meninggal dunia di HTAA , Kuantan.
“Tiga lagi anak pasangan yang cedera dibawa ambulans ke HTAA untuk menerima rawatan lanjut,” katanya lagi.
Wan Mohd Zahari berkata, kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Kemalangan di Kilometer 200.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan.
Tiga anak mangsa yang terselamat namun mengalami kecederaan ialah Mohamad Danish Uqasha 9, Dhia Medina, 5 dan Damiaa Melissa, 2.
“Berat memandang berat lagi bahu yang memikul.” Ungkapan yang biasa ditujukan kepada golongan yang menghadapi kesusahan hidup.
Namun barangkali, ungkapan ini boleh juga ditujukan kepada anak-anak sekolah yang menghadapi masalah beban beg sekolah yang berat.
Malah daripada tinjauan komen mendapati, segelintir ibu bapa tidak berpuas hati dan risau beban beg yang melampau memberi kesan kepada anak mereka.
Malah ada yang mendakwa bahu menjadi sakit, belakang badan yang membongkok, tekan emosi dan sebagainya. Lebih mengejutkan ada yang berkongsi berat beg anak sekolah hingga 8kg.
Bagaimanapun isu mengenai beban beg ini sudah lama diperkatakan sebelum ini, Namun baru-baru ini seorang guru kembali menguarakan mengenai isu ini. Bimbang dan simpati kepada nasib generasi muda ini yang semakin dibebani dengan beg yang berat serta subjek yang padat.
Menerusi posting guru, Mohd Fadli Salleh di facebook miliknya, beliau berkongsi coretan mengenai isu ini. Perkongsian beliau mendapat resopon yang positif daripada netizen. Pada masa yang sama beliau berharap netizen menyokong usahanya itu.
Seorang guru Matematik ajar tajuk Jisim dalam kelas. Maka dibawa alat penimbang dan timbang beg murid.
Dapat purata berat beg murid Tahun 2 sekitar 5kg. Paling berat 8.3kg.
Bila aku tulis isu beg berat, ada yang sinis komen,
“Manja la generasi sekarang. Patut lembik. Kami dulu bawa beg tak ada komplen pun. Jangan manjakan sangat”.
Manja? Kemon beb. Ni isu kesihatan anak-anak kita. Banyak dah yang terkena. Harap tak kena pada anak kau lah.
Lagi satu nak cakap, tak boleh buat perbandingan dengan zaman dulu. Dulu 7-8 subjek je. Sekarang 12-15 subjek.
Dulu hanya buku teks dan buku tulis. Sekarang buku teks, buku aktiviti (sama besar buku teks), buku tulis, buku rujukan/latihan tambahan. Hampir subjek pula ada 2 jilid buku.
Jadi perbandingan tu tak kena. Dan paling penting, jelas subjek kita terlalu banyak, silibus terlalu tinggi, dan berat beg boleh membahayakan kesihatan anak-anak kita.
Sesuatu perlu dilakukan. Bukan beri alasan manja dan seumpamanya. Ia langsung tak membantu apa-apa.
Netizen sokong
Tinjuan mendapati netizen turut berkongsi pengalaman yang sama
Ada orang tag saya kat gambar anak kawan dia di UK pergi sekolah. Kecik je beg. Yang besar tu bekal makanan.
Ada aktiviti hujung minggu selain berkebun? Kalau saya, bukan hujung minggu ja. Stiap hari. . Maklumla dah jadi sura rumah spnuh masa sambil2 Baking dri tempahan orang kampung.
Hari ni nak kongsi tentang cara penghasilan dan penggunaan baja DIY dri kulit telur yang saya amalkan utk rawatan tnaman sya dri anak pokok smpaila menghasilkan buah & boleh dituai.
Banyaknye guna telur? Saya baker. Stock untuk penyediaan kek sentiasa ada. . Ni cara saya. Mungkin ramai sahabat2 juga mnggunakan ni. Cuma berbeza cara. Jangan tanya saya apa kandungan kulit telur @ khasiat. Sebab saya buat try & error brdasarkan rekod & hasil sya sndiri. . InshaaALLAH, sya dlm proses bguru dgn yg ahli dlm bidang khasiat2 penghasilan baja organik/kompos ni. Dah khatam nnti saya akan kongsi. Sllu je dgar baja2 organik lain. Cuma kekangan kami duduk kt pulau jauh dri bndr. InshaaALLAH akan cuba satu msa nnti.
Untuk penerangan saya lampirkan pada setiap gambar. Mudah nk tunjuk tentang penerangan.
Kulit telur yang dah saya gunakan. Saya akan jemur sampai la rangup. Bukn utk dimakan. Tapi untuk proses seterusnya.Ni selepas rangup. Saya hancurkan dengan tangan ja. Kalau tkut sakit2 atau luka kecik. Masukkan dalam plastik. Tumbuk dengn anak lesung. Jangan lumat sangat. Cukup mcm dlam gambr ni. Lepas ni. Bahagikan kepada 2. Satu kekal mcm dlm gmbr. Satu lagi kisar.Ok. Ni saya memang letak siap2 kt kebun. Wlupun tepi rumah ja. Ahahaha. Sebelah kiri yang dikisar. Kanan yang dihancurkan gitu2 ja.Penggunaan saya bagi yang di smash ni. Adalah utk pokok2 yg dh besar. Atau 3 minggu dan ke atas. Kuantiti cukup satu sudu tu ja.Ni bukan ragi instant ya. Ni lah yang telah diproses kisar. Cukup sampai mcm ni. Jangan halus sangat. Nnti jadik macam baking powder. Berdebu.Apa masalah kat sini ?? Mula2 saya dapat idea ni. SATU benda saya PALING takut. ADAKAH CUKUP saiz medium ni.Dh masuk minggu ke 6. Alhamdulillah. Ni la jawapan die. Asalkan penjagaan teratur. Bila buat mcm ni. Antara kelemahan : 1 ) Kena Topup sikit2 tanah dlm mdium tu. 2 ) HUJAN LEBAT tanah akan terkluar sikit2. TAPI kalau ada pasang jaring hitam mcm dlm gmbr tu. Alhamdulillah.OK. Ni penggunaan untuk yang dikisar. Saya khaskan untuk anak2 pokok yang baru masuk 2 minggu dan ke atas. JANGANNN BANYAKKK. Sikit2 ja. Skadar hjung sudu plastik tu ja ya.Ni pula penggunaan untuk yang dihancurkan. Saya bubuh kat pokok cili. Pokok cili sya ni. Dah masuk 6 bulan. Panas terik, hujan lebat, dan mcm2 die lalui. . Daun kuning, luruh sampai tinggal ranting ja. TAPI jangan risau. Itu normal. Nak segarkan dia. 1 ) Gemburkan semula medium kalau tanam dalam bekas sebb akar dia dah penuh sangat. 2 ) Gantikan dengan tanah baru untuk akar dia lebih sihat. 3 ) Jangan takut untuk keratkan bhgian ranting2 hjung. Sbb situ nnti akan hasilkan tunas lagi dan berdaun & berbunga – berbuah lebat.Say Hi untuk family baru . Semua usia skitar 2 – 3 minggu. Ada : 1 ) Lada Benggala 2 ) Cili epal / Padi 2 ) Terung. Kalau Tuan/Puan perasan. Anak2 pokok tu daun2 die. Ada yg segar hijau dan kekuningan. InshaaALLAH next perkongsian saya akan kongsikan.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.