Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi momen bercuti dengan keluarga termasuklah suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa serta dua orang cahaya mata nya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya. Rupa-rupanya keluarga bahagia ini pergi bercuti di Pulau Redang, Terengganu.
Menerusi laman InstaStorynya, pasangan ini vmenaiki kapal terbang dalam perjalanan ke destinasi percutian.
Menurut Siti, ia merupakan pengalaman kali pertama anak keduanya, Afwa menaiki pengangkutan di awan biru itu.
“Alhamdulillah, first time bawa Afwa naik flight..good boy ibu.
“Sepanjang dalam flight, Afwa sleep & mudahkan ibu sampailah dah sampai,” ujarnya Penyanyi yang mesra disapa Tokti.
Selain Tokti juga turut memuatnaik momen mereka sekeluarga bermain ombak ditepi pantai yang turut disertai anak-anaknya.
Ads
Namun, apa yang mencuri perhatian warganet adalah lagu selingan yang dimuatnaik bersama video mereka sekeluarga begitu menyentuh hati.
Jelas kebahagiaan pelantun lagu Kuasa Cintamu ini setelah sekian lama menantikan kehadiran cahaya mata. Kini, dua sudah miliki sepasang cahaya mata yang menjadi penyeri rumahtangga pasangan ini.
Untuk rekod, Siti mendirikan rumah tanga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada tanggal 21 Ogos 2006.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Siti Aafiyah, 3 dan Muhammad Afwa, 7 bulan.
bawangmerahhh Semoga keluarga tokti dalam jagaan Allah. Suka tgok family ni . Semoga semua yg membaca komen ini juga dimewahkan rezeki oleh Allah Taala dan dijauhkan dari segala wabak penyakit. Amin Ya Mujib❤️
babyctdk Alaaa, nape kita bergenang air mata ni.. Lagu tu main peranan betul 😭😭.. Bahagia terus kak iti sayang 🤍🤍
wnejhn 😢😢 Sedih ada. Gembira pun ada. Semoga terus berbahagia hingga ke syurga. Aamiin ya rabbal alamin.
yuliariani87 Terharu kalo mendengar lagu ini, menyentuh banget…lagunya pas banget bwt kebersamaan Dato’ Siti dgn suami n anak2…
dekna_ct alhamdullilah..❤️❤️❤️❤️❤️happy tgk tokti & family
fatinaiviana Mesti tersentuh stiap kali dgr lagu ni. Awal2 keluar dlu mmg repeat bykkkk kali. Alhamdulillah utk kurniaan zuriat buat Tokti❤️❤️❤️
Kipas bila kerap digunakan sepanjang hari akan menyebabkan banyak habuk dan debu mudah melekat.
Untuk mencucinya, Kena buka satu persatu bahagian jaringnya juga perlu dibersihkan sempurna.Betul tak?
Ini tip mudah dan paling senang untuk elak habuk melekat sekaligus, tak perlulah nak cuci kipas selalu.
Ini cara yang mudah untuk korang buat supaya habuk tak lekat dah pada bilah dan jaring kipas.
Yup, ia bukan omongan kosong, bahkan kosnya murah yakmat, alaa gunakan pelembut fabrik dan cuka makan yang ada di rumah jer. Caranya:
1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain.Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan. 3. Kacau sebati dan korang masukkan ke dalam botol berspray supaya lebih senang nak digunakan.
4.Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.
5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.
6. Keringkan. Yayyy, kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!
7.Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali.Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.Hu2
Senangkan? Korang ada tips lain tak untuk bersihkan habuk pada kipas ni??
Hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Semalam juga pihak polis sudah mengadakan sekatan jalan raya. Jadinya, baiklah kita dengar nasihat dari Perdana Menteri untuk #stayathome.
Sambil tu apa kata kita sediakan apa yang patut untuk keluarga. Pagi-pagi begini jom sediakan hidangan buat anak-anak semuidah ABC. Jom cuba resipi pancake yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans ini.
Asalamualaikummm anak2 makkk..Semua kita syg satu lain kan.Jadi xmau degil2 ya..Yg xde keperluan keluar kita xmau keluar rumah ek.Kesian kat jabatan2 lain yg bertungkus lumus jaga keselamatan dan kesihatan semua.Sapa setuju kempen mak like Kita duk rumah diam2 ibu2 jom ajak anak2 buat benda2 makanan mudah dan enjoy the rest time ni dgn anak2 ok.
Pancakes semudah ABC
Bahan bahan
1 1/2 cawan tepung naik sendiri(150g)
1/2 sk soda bikarbonat
4 sb minyak masak/ butter yg cair
1 biji telur gred A
2sudu besar gula halus
sedikit garam
esen vanilla
1 1/4cawan susu segar suam2
cara-cara
– campurkan semua aduan kedalam bekas bekas. kacau gunakan whisk.paling senang ko pemalas nak mampos mcm cikgu blend 2 mnt bhan basah campurkan semua bahan kering blend seminit.. masuk peti ais perap bg lembut 30 mnt
Pakai pan non stick.
Tutup pakai tudung periuk je pn boleh..
ttup tu kejap je dalam 1 mnt gitu la bukak tgk kalau die dah mcm gambar tu boleh tebalik kan.
mcm gini tebalik kan die bia sekejap dan angkat.
susun elok2…Masa time kuanrantin ni ygk pancake dah mcm peha ayam.
Dah siap
Bolweh sapu nutella jika anak-anak suka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masalah sinki tersumbat menyebabkan segala kerja di dapur terbantut. Memang geram dibuatnya terutamanya jika sudah pelbagai cara dicuba tapi sinki masih tidak mengalirkan airnya.
Jika berdepan masalah ini untuk sekian lagi, cuba kaedah yang disarankan oleh Mat Isa Muhamad Nor dalam Facebook beliau.
1. Gunakan soda untuk mengatasi masalah sinki.
Boleh dibeli di kedai hardware. Ada yang menyarankan mengguna soda bikarbonat tapi kesannya tidak sekuat soda jenis ini. Bentuk soda ini keping-keping. Elakkan menyentuh bahan ini kerana boleh melelas tangan.
2. Masak air. Saya guna bekas paling besar. Lagi besar lagi banyak air, bermakna lagi banyak air boleh mencuci paip yang tersumbat tu.
3. Kemudian, letak soda dalam lubang sinki seperti dalam gambar. Tunggu air menggelegak lalu tuangkan air panas tadi dan lihat soda bertindak balas.
4. Sudah selesai air turun, buka paip air untuk membolehkan kekotoran dalam saluran yang melekat itu keluar.
Sumber: Mat Isa Muhamad Nor (facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...