Sekiranya makanan kucing yang kita berikan tidak digemari oleh kucing, reaksi pertama yang diberikan kebiasaannya kucing tidak akan makan makanan tersebut. Oleh itu, tanggungjawab kita sebagai pemilik kucing hendaklah segera mencari apa yang digemari oleh kucing peliharaan kita.
Ini memandangkan kucing-kucing ini akan sanggup menahan lapar dari makan dan ini mungkin akan memudaratkan jika dibiar berlarutan. Oleh itu, apa kata kita cuba untuk sediakan sendiri makanan kucing dengan pilihan ramuan yang segar dan berkhasiat. malah apa yang lebih penting, kos untuk menyediakan makanan kucing lebih murah jika dibandingkan membeli yang sedia ada dipasaran.
Pun begitu perlu diingat, jika anda ingin menukar jenis makanan sedia ada ke jenis atau perasa yang baru, anda perlu memberikannya sedikit demi sedikit selama beberapa hari, untuk mengelakkan kucing menolak makanan baru dan untuk mengurangkan kebarangkalian stomach upset pada kucing.
Di sini ada dikongsikan cara untuk membuat makanan kucing yang berkhasiat dan pastinya digemari oleh kucing-kucing sebagaimana yang dilakukan oleh pencinta kucing Christine ini. Jom cedok ilmu!
“Sini saya share cara saya buat Wet food untuk anak bulus.”- Christine
Bahan-bahan :
Labu
Ikan Lumahan/ikan kembung besar
Agar-agar
Cara Penyediaan :
1. Labu dipotong dadu.
2. Bersihkan ikan Lumahan (ikan kembung besar).
3. Ini agar agar tali yang saya pakai.
4. Masukkan labu dalam belanga untuk direbus. Sukatan air, agak-agak ikut kuantiti labu dan besar periuk.
5&6. Labu dan ikan yang sudah masak, tunggu suam supaya senang asing kan isi.
7. Isi ikan dan labu sedia di lenyek,saya pakai tu potato smasher saja sebab tiada blender bah ni mami kucing. Exercise kasi sado tangan
8. Bahan yang siap dilenyek .
9. Masukkan agar agar tali 1 paket tadi di dalam air rebusan labu. Tidak perlu tambah air pun tidak apa.
10. Tunggu agar agar cair dan terus masukkan makanan yang sudah dilenyek. Tunggu 10 minit.
11. Siap untuk disejukkan sebelum masukkan dalam kontena (bekas).
12. Tadaaa, siap pun makanan anak anak bulus. Sedia dimasukkan dalam peti sejuk. Besok pagi boleh diberikan kepada anak bulus.
sumber : Christine Sindih Chirstopher