Sediakan Secawan Teh O Pandan Panas Selepas Berbuka, Confirm Badan Makin Segar Lagi Cergas, Wajib Cuba!

Share

Tubuh yang lemah akibat keletihan berpuasa seharian sememangnya perlukan makanan untuk mengembalikan semula tenaga.

Selain kurma yang membekalkan tenaga dengan cepat, anda boleh juga menyediakan minuman booster penambah tenaga ini selepas berbuka. Confirm badan lebih cergas.

Ini cara yang dilakukan oleh wanita bernama Lyndah Abraham di facebooknya. Juga perkongsian buat ibu-ibu mengandung yang selalu mengalami keletihan dan lemau-lemau badan. Juba jangan tak cuba.

Teh Penyegar Badan 

Air Tea O penyegar badan. Paling sesuai untuk keluarga. Ibu-ibu mengandung yang selalu lemau pun boleh cuba.

Bahan-bahan:
Halia
Daun Pandan
Gula kabung/gula batu
Uncang tea

Caranya:


1. Rebus air bersama halia dan daun pandan.

2. Setelah mendidih tutup api.

3. Masukkn air panas tadi ke dalam cawan. Letakkan gula dan uncang teh (seperti bancuh teh biasa).

4. Siap untuk di hidang.

Kredit: Lyndah Abraham