Sememangnya sate adalah menu wajib ketika raya dan majlis rumah terbuka. Bimbang kos membuat sate yang sedikit mahal, ada baiknya kita buat sendiri bersama ahli keluarga. Barulah puas makan beramai-ramai.
Bestnya dapat buat sendiri sate di rumah bersama anak-anak. Selain dapat makan dengan banyak dan berselera, anak-anak pasti lebih seronok ketika proses membakar sate.
Mengipas sate beramai-ramai dan berebut-rebut kala sate sudah masak memang seronok. Momen sebegini pastinya buat anak-anak gembira. Kita pun rasa seronok dapat buat anak-anak terhibur.
Foto: banyakresipiblogspot.my
Tapi yang selalunya jadi ‘spoil’ bila sate yang kita sediakan terhangus kerana gagal mengawal api. Tak kurang juga lidi yang mudah patah ketika proses membakar. Tahu tak sebenarnya ada cara yang diamalkan oleh pengusaha sate untuk pastikan lidi kekal mantap dan tak patah ketika dibakar?
Begini caranya.
Ikuti Langkah Ini:
1. Ambil lidi sate dan biarkan ia direndam terlebih dahulu di dalam air.
2. Biarkan selama 30 minit atau lebih.
3. Kemudian barulah dicucuk daging atau isi ayam.
4. Ketika membakar sate, adakalanya basahkan tangan anda dan ketika mengalihkan sate, bila anda pegang lidingnya, lidi akan kekal basah.
Ads
Teknik membasahkan lidi ini buat lidi jadi lebih lembut. Lidi yang lembut dan lembap akan menyukarkan ia terbakar. Senang kan?
Layan Resipi Sate Special
Resepi ‘special’ ini dikongsikan oleh seorang peniaga sate, Puan Fieza Aryan. Jadi jom kita cuba untuk anak-anak.
Foto: banyakresipiblogspot.my
Sate Ayam Sedap
Bahan Perap:
1 ekor ayam -dipotong kecil
6 biji bawang besar
6 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh ketumbar
Sedikit serbuk kunyit
1 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa
Bahan Kuah:
1/2 kg kacang tanah
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 sudu besar cili boh
2 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar gula
Sedikit air
Garam secukup rasa
1 liter air
3 batang serai -diketuk
Ads
Bahan Nasi Impit Homemade:
3 cawan beras Siam -beras wangi pun boleh
5 cawan air
Caranya:
1. Kisar kesemua bahan perap (kecuali ayam, garam, gula dan perasa)
2. Gaulkan bersama isi ayam yang dipotong kecil.
3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Gaul rata. Biarkan di perap semalaman.
4. Untuk kuah kacang pula, goreng kacang tanah tanpa minyak dan buangkan kulitnya. Kisar hingga sedikit hancur.
Ads
5. Untuk kuahnya, panaskan minyak dan tumis semua bahan hingga naik bau.
6. Kemudian masukkan air dan juga kacang yang dikisar. Kacau rata.
7. Ambil serai dan masukkan ke dalam kuah kacang. Biarkan hingga masak.
8. Untuk nasi impit pula, apabila nasi masak, masukkan ke dalam plastik.
9. Tekan kuat dan penyetkan nasi ketika masih panas. Biarkan hingga sejuk.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapat bercucuk tanam sayur-sayuran memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi ketika hendak menuai hasilnya. Pasti terasa puas hati, hilang terus rasa penat. Pun begitu, tidak semua boleh bercucuk tanam. Apatah lagi jika tinggal di kawasan perumahan yang sudah pastinya ruang tanah adalah terhad.
Tapi tidak bagi Puan Emma Azie Aziz, baginya walau ruang tanah dikediamannya terhad namun pelbagai jenis tanaman telah diusahakannya. Tambah menarik dan mengujakan, sayur-sayuran yang ditanam nampak begitu subur dan segar.
Nak tahu bagaimana tipsnya, ikuti perkongsian ini.
Siapa seperti saya tinggal rumah teres macam-macam sayur nak tanam, saya suka tanam bunga.. Suami perli, tanam bunga bukan boleh dimakan..akhirnya inilah hasilnya sayuran silih berganti.
Penggunaan Baja
Baja guna baja organik buat sendiri. Kangkung + ikan + gula merah peram 2 minggu dah boleh guna.. Nak cantik biar sebulan..
Cara guna :
Pertama: 10 ml 1 litter air..siram atas tanah..
Kedua : Bancuh 5 ml 1 liter air spray keseluruhan pokok seminggu sekali.. Letak baja organik sebulan sekali
Buat Sendiri
Media tanam saya buat sendiri daun-daun kering dan sisa-sisa dapur letak paling bawah sebab nak tunggu jadi kompos jenuh tunggu bahagian atas letak tanah hitam yang dah jadi tanah kompos.
sumber : Emma Azie Aziz via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Cukup mengkagumkan. Itu yang boleh diungkapkan pada dekorasi rumah flat yang berkeluasan 680 kaki persegi bertukar wajah. Tampak mewah, elegan dan eksklusif. Bijak memilih warna serta kesesuaian susun atur perabot memainkan peranan. Barulah kediaman nampak lebih menyerlah. Tak perlu rumah yang luas atau mahal, tetapi andai bijak dan kreatif bab dekorasi, itu pasti akan membantu.
Seperti yang dikongsikan oleh Shazwani Ismail ternyata dia bijak menggunakan ruang yang terhad sepenuhnya untuk menukar kediamannya seolah-olah banglo mewah. Salam Aidiladha warga kkd. Second time share rumah kos sederhana rendah saya dengan keluasan 680sqt, walaupun ruang rumah yang agak kecil saya gunakan ruang yang ada sebaik mungkin untuk mendeco.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila lihat ada lebihan nasi pada pagi hari, sayang juga jika tidak dibuat menu sarapan. Selain enak dibuat nasi goreng, apa kata anda mencuba resipi cucuk nasi seperti yang dikongsikan oleh Yatie Eimra ini.
Difahamkan anak-anak dan keluarganya amat menyukai rasa cucur nasi ini. Jadi bolehlah dicuba resipi ini, alang-alang ada lebihan nasi di dapur. Jom semak.
Cucur Nasi Lemak Manis
Hari ni kebetulan ada nasi lebih, saje je buat cucur nasi lemak manis untuk breakfast. Cucur ni saya selalu buat masa Fydh susah makan dulu sebab ni antara kudapan yang mengenyangkan (ada nasi) & 1 famili pun suka makan.
Cucur nasi lemak manis ni walaupun boleh guna air panas je, tapi saya suka guna teknik buat churros.
Sebab kekadang kalau guna air tak betul-betul panas, boleh menyebabkan tepung tak cukup masak. Kalau tepung tak masak, boleh jadi liat cucurnya.. Bila nak goreng lak, macam biasa gak saya selalu gunting-gunting je sebab nak cepat.
Cucur Nasi Lemak Manis
=====================
1 cawan tepung gandum
½ cawan nasi dilenyek
½ cawan air
½ cawan santan
2 sudu makan susu tepung (optional)
5-6 sudu gula
Secubit pink salt
Cara-cara:
1. Lenyek/blend nasi dengan sedikit air (dari ½ cawan air tadi)
2. Campur semua bahan kecuali tepung. Didihkan dalam periuk.
2. Kecilkan api, masukkan tepung. Kacau laju-laju. Tutup api apabila bancuhan agak kering.
3. Kacau bancuhan tepung tadi hingga licin & tak berketul-ketul.
4. Masukkan dalam piping bag/plastik bungkus makanan & gunting-guntingkan.
5. Goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Ekstra tip
*selepas masukkan tepung, bancuhan sepatutnya akan berwarna agak kekuningan sikit (kerana adunan tepung dah masak)
*celup hujung gunting dalam minyak untuk mudahkan proses menggunting
*bagi anak 1-2 tahun, skip garam & boleh gantikan gula dengan madu (lagi sedap)
Tip buat sambal belacan yang sedap, ikut sukatan dan petua ini. Sambal yang berasaskan cili dan belacan ini bukan sahaja pembuka selera, malah menjadi pelengkap wajib bagi pelbagai hidangan seperti nasi putih, ulam-ulaman, ikan goreng, mahupun nasi lemak.