Sediakan Sajian Seimbang Untuk Keluarga, Rupanya Itu Tanda Luahan Sayang Mak-mak!

Share

Sediakan Sajian Seimbang Untuk Keluarga, Rupanya Itu Tanda Luahan Sayang Mak-mak!

Kasih sayang dari seorang ibu itu cukup luas, bukan sahaja dizahirkan dengan belaian dan perhatian kepada anak-anaknya malah melalui masakan yang disajikan juga jelas mencerminkan betapa nurani seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarganya.

Apa tidaknya, lihat sahaja setiap hidangan yang dimasak akan dipastikan mempunyai rasa yang enak agar seisi keluarga makan berselera. Bahkan tidak dinafikan bermula daripada pemilihan bahan masakan sudah dapat dilihat betapa seorang ibu itu teliti memilih bahan masakan yang segar dan berkualiti.

Ini penting bagi memastikan setiap nutrisi yang diperlukan tubuh dapat dibekalkan kepada keluarga tercinta. Lagi pun, bukankah apa yang kita makan hari ini akan menjadi penyumbang utama kepada tahap kesihatan kita di masa akan datang?

Jadi tidak hairanlah seorang ibu begitu mengambil berat soal pengambilan makanan sihat dan seimbang untuk keluarga tercinta.

Sajian Seimbang Tanda Sayang

Menyentuh tentang menyediakan hidangan yang sihat untuk keluarga, MAGGI baru-baru ini ada melancarkan kempen “Sajian Seimbang Tanda Sayang” untuk menggalakkan para ibu di Malaysia supaya menyediakan hidangan masakan sendiri dengan kos efektif dan enak.

Percaya atau tidak, hanya dengan menggunakan mi MAGGI apabila ditambah dengan bahan-bahan yang lainnya daripada sumber protein dan sayur-sayuran akan dapat menghasilkan hidangan yang seimbang.

Ini sebagaimana diilhamkan berdasarkan kepada Panduan Pinggan Sihat Malaysia (Malaysian Healthy Plate, MHP) yang diutarakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, ianya merupakan panduan visual bertujuan membantu orang ramai merancang pengambilan makanan mereka bagi mencapai hidangan yang seimbang – terdiri daripada ¼ pinggan berisi sumber karbohidrat seperti mi, nasi, roti, bijirin; ¼ pinggan berisi sumber protein seperti telur, tofu, daging, makanan laut malah sumber protein berasaskan tumbuhan; dan ½ pinggan berisi sayur sayuran atau buah-buahan.

Diperbuat Daripada 100% Gandum Australia

Mi segera MAGGI yang diperbuat daripada 100% gandum Australia adalah sumber karbohidrat dan protein yang baik, dan dihasilkan di bawah proses pembuatan yang ketat. Mi segera MAGGI juga menawarkan pelbagai perisa yang lazat termasuk Kari, Ayam, Tom Yam dan Asam Laksa, di mana perisa kari MAGGI diperbuat daripada adunan 12 jenis rempah yang terpilih yang dimasak perlahan-lahan sehingga pecah minyak untuk mengeluarkan rasa dan aroma khas, iaitu rasa kari MAGGI yang tersendiri.

Jika anda buntu untuk membuat pilihan dalam menyediakan menu mi segera MAGGI yang kaya dengan khasiat, apa kata anda cuba menu yang satu ini terlebih dahulu; Mi MAGGI Kari Minang Negeri Sembilan.

Bahan-bahan

5 cawan Air

2 Bawang Merah

2 ulas Bawang Putih

4 Cili Padi

2 keping Dada Ayam

4 paket Mi MAGGI® Kari 2 Minit

2 tandan Sawi

1 kecil Lobak Merah

1 sudu besar Daun Bawang

1 sudu besar Bawang Goreng

1 Telur

3 sudu besar Santan

 

Langkah Penyediaan:

  1. Di dalam periuk, masukkan air dan biarkan ia mendidih.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang ditumbuk. Masukkan ayam dada.
  3. Reneh seketika, masukkan perencah Mi MAGGI® 2-Minit Kari, sawi, lobak merah dan santan.
  4. Reneh selama 2 minit, dan masukkan Mi MAGGI® Kari 2-Minit. Rebus selama 2 minit atau sehingga mi masak.
  5. Hidangkan bersama bawang goreng

Tidak dengan menu ini sahaja, malah banyak lagi pilihan resipi yang seimbang boleh anda cuba dengan layari laman sesawang https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/sajian-seimbang-tanda-sayang/