Petua mengamalkan minuman halba pernah menjadi viral di media sosial suatu ketika dahulu. Dikatakan kesannya bagus untuk wanita jika diamalkan. Pun begitu, untuk yang belum pernah mencuba petua ini tentu tertanya-tanya bagaimana cara untuk menyediakannya.
Untuk itu, di sini dikongsikan cara menyediakan teh halba paling mudah. Jom semak.
Cara Menyediakan Teh Halba
Bahan-bahan:
2 gelas air
1 sudu besar biji halba
Cara penyediaan:
Jika kita rajin bersenam selepas minum secawan teh halba selama 30 minit setiap hari (sehingga 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan sehingga 14kg dari berat badan kamu yang amalkannya.
Ramai yang tanya, “Boleh ke nak minum teh halba tanpa cuka epal atau lemon jus?” Ya boleh aja teh halba boleh diminum begitu saja. Kalau nak manis boleh masukkan sedikit madu atau gula batu atau melaka. Tanpa campuran cuka buah-buahan, khasiatnya tetap sama.
Boleh amalkan resepi teh halba dan teh jintan manis secara berselang-seli, kedua-duanya sangat baik untuk memantapkan organ dalaman tubuh. Insya-Allah.
ANTARA KELEBIHAN DAN KHASIAT TEH HERBA
Mencuci perut.
Mencuci darah kotor = mencantikkan struktur kulit dari dalam.
Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah = merawat penyakit kencing manis.
Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan.
Membantu penggunaan kalori untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi.
Menjaga, memulih dan menambah tenaga seksual.
Membantu masalah kegemukan = mengurangkan berat badan.
Menguatkan fungsi jantung.
Merawat masalah sembelit dan buasir.
Melancarkan perjalanan darah.
Mengatasi masalah senggugut (kesakitan/ketegangan sewaktu haid dan pra-haid).
Melegakan masalah sakit kepala/migraine.
Menguatkan fungsi rahim, merangsang dan menyubur rahim = ikhtiar untuk mereka yang ingin hamil.
Mengetatkan dan meremajakan rahim.. kembali perawan la maknanya.. adus! u heard me..
Menghilangkan lendir dan sakit tekak.
Membantu mengatasi masalah kekurangan darah.
Membantu mengurangkan ketagihan rokok dan dadah.
Membantu kecerdasan kanak-kanak yang meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan dan menggalakkan tumbesaran badan.
Memperbanyakkan air susu ibu.
Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan.
Memelihara keseimbangan kadar hormon dalam badan.
Memelihara keanjalan kulit = awet muda secara semulajadi.
sumber : Ana Mahabu