Petua mengamalkan minuman halba pernah menjadi viral di media sosial suatu ketika dahulu. Dikatakan kesannya bagus untuk wanita jika diamalkan. Pun begitu,  untuk yang belum pernah mencuba petua ini tentu tertanya-tanya bagaimana cara untuk menyediakannya.

Untuk itu, di sini dikongsikan cara menyediakan teh halba paling mudah. Jom semak.

Cara Menyediakan Teh Halba

Bahan-bahan:

2 gelas air
1 sudu besar biji halba

IKLAN

Cara penyediaan:

Sediakan Minuman Halba Untuk Jaga Kesihatan Wanita. Ni Caranya!

  1. Masukkan semua ke dalam periuk.
  2. Rebus hingga mendidih.
  3. Setelah mendidih, terus tutup api dan tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
  4. Setelah suam, tapis dan tuang ke dalam gelas.
  5. Kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur / cuka delima (boleh diganti dengan perahan lemon jus atau abaikan jika tiada).
  6. Kacau dan minum 3 kali sehari.

Jika kita rajin bersenam selepas minum secawan teh halba selama 30 minit setiap hari (sehingga 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan sehingga 14kg dari berat badan kamu yang amalkannya.

IKLAN

Sediakan Minuman Halba Untuk Jaga Kesihatan Wanita. Ni Caranya!

Ramai yang tanya, “Boleh ke nak minum teh halba tanpa cuka epal atau lemon jus?” Ya boleh aja teh halba boleh diminum begitu saja. Kalau nak manis boleh masukkan sedikit madu atau gula batu atau melaka. Tanpa campuran cuka buah-buahan, khasiatnya tetap sama.

IKLAN

Boleh amalkan resepi teh halba dan teh jintan manis secara berselang-seli, kedua-duanya sangat baik untuk memantapkan organ dalaman tubuh. Insya-Allah.

ANTARA KELEBIHAN DAN KHASIAT TEH HERBA

Mencuci perut.
Mencuci darah kotor = mencantikkan struktur kulit dari dalam.
Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah = merawat penyakit kencing manis.
Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan.
Membantu penggunaan kalori untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi.
Menjaga, memulih dan menambah tenaga seksual.
Membantu masalah kegemukan = mengurangkan berat badan.
Menguatkan fungsi jantung.
Merawat masalah sembelit dan buasir.
Melancarkan perjalanan darah.
Mengatasi masalah senggugut (kesakitan/ketegangan sewaktu haid dan pra-haid).
Melegakan masalah sakit kepala/migraine.
Menguatkan fungsi rahim, merangsang dan menyubur rahim = ikhtiar untuk mereka yang ingin hamil.
Mengetatkan dan meremajakan rahim.. kembali perawan la maknanya.. adus! u heard me..
Menghilangkan lendir dan sakit tekak.
Membantu mengatasi masalah kekurangan darah.
Membantu mengurangkan ketagihan rokok dan dadah.
Membantu kecerdasan kanak-kanak yang meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan dan menggalakkan tumbesaran badan.
Memperbanyakkan air susu ibu.
Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan.
Memelihara keseimbangan kadar hormon dalam badan.
Memelihara keanjalan kulit = awet muda secara semulajadi.

sumber : Ana Mahabu

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI