Khasiat dan manfaat daripada mengamalkan air rebusan kunyit atau jus kunyit untuk penjagaan kesihatan dalaman wanita, tentu sudah ramai mengetahuinya.
Apatah lagi menjadi kelaziman orang Melayu kita untuk diamalkan semasa berpantang agar luka bersalin cepat sembuh.
Pun begitu, tahukah anda selain teknik direbus untuk mendapatkan khasiat kunyit, menurut saintis Dr Suri Roowi terdapat beberapa perkara perlu difahami dalam menyediakan jus kunyit ini agar khasiatnya dapat dikekalkan.
Nak tahu apakah teknik dan tipsnya, jom kita baca perkongsian penuh daripadanya.
BAGAIMANA TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT UNTUK MANFAAT KESIHATAN?
1. Kunyit sebaiknya di ‘blend’, dimasak atas dapur sebelum diminum.
Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan.
Ia juga tingkatkan kemampuan bahan berkhasiat untuk melawan sel-sel kanser selain bertindak sebagai antioksidan.
Memasak kunyit dalam masa singkat (kurang 10 minit) TIDAK memusnahkan bahan khasiat kurkumin, sebaliknya akan tingkatkan keboleh-serapan bahan berkhasiat dalam darah.
Ads
2. Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) pula akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%
3. Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA ASAM JAWA.
3. Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama sedikit minyakzaitun atau susu. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
4. Meminum jus kunyit bersama serbuk lada hitam juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.
Ads
Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam DAPAT TINGKATKAN penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara, DAPAT ELAKKAN PEMBESARAN BATU HEMPEDU dan DAPATKAN TURUNKAN LEMAK dan KOLESTEROL DARAH
5. Cadangan dos: 1 kunyit sebesar ibu jari dengan 1 mug air + sedikit lada hitam atau asam jawa dan diminum 2x sehari. Boleh juga diambil bersama susu segar.
BOLEHKAH KITA MEMINUM JUS KUNYIT BERSAMA UBATAN MODEN @ MEMINUMNYA PADA KADAR TINGGI?
Ads
1. Elakkan pengambilan jus kunyit bersama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat antikencing manis.
2. Penggambilan jus kunyit semata (100% kunyit) yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing.
Bukannya mudah untuk hilangkan lemak dalam badan.Pelbagai cara dan tips diet sihat yang dicuba, termasuk melakukan senaman dan segalnya. Namun kurang berhasil dengan kita. Ada kala hasil yang diperoleh tidak berbaloi dengan usaha keras. Mungkin cara pemakanan atau teknik yang digunakan salah.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter, Zack Zakirin berkongsi rahsia turun berat badan sebanyak 10kg dalam masa sebulan. Jom baca perkongsian ini bagi yang ingin mencuba sendiri.
Isu doktor lelaki menyambut kelahiran anak sekaligus melihat aurat wanita lain bukanlah isu biasa yang harus diperkatakan. Namun masih ramai daripada kita yang keliru berkenaan isu ini.
Tak kurang juga yang masih was-was walaupun ketika sudah berada di bilik bersalin.
Atas keprihatinan dan beberapa berkenaan kemusykilan ini, Mufti Wilayah Perseketuan, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri terpanggil untuk berkongsi ilmu ini di twitternya. Ini yang harus wanita tahu.
Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?
Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat hājah (keperluan) dan darurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-fasdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam…dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan haraj (kesukaran) sedangkan haraj dihilangkan oleh Syarak.
Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat…
1. Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan. 2. Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang dipercayai. 3. Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki. 4. Perawat boleh melihat kepada bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya.
“Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin darapada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”
Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206). Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127).
Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram, boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah: …
“Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Mirqah al-Mafatih ٍ (no. 3103).
Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibatkan nyawa ibu dan anak jua.
Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.
Begitu yang dijelaskan oleh beliau. Moga kekeliruan ini buat wanita rasa lebih tenang untuk melalui proses melahirkan bayi mereka. Kalau rasa kurang selesa dan bimbang risiko bertemu dengan doktor lelaki, ada baiknya kumpul duit dan pergilah ke mana-mana hospital bersalin terpilih.
Anda boleh memilih untuk sendiri untuk bersalin dengan aman dan paling penting boleh demand doktor perempuan. Ikut pilihan masing-masing. Tepuk dada tanya selera anda.
Bersin setiap pagi memang buat rasa tak selesa. Muka jadi tegang, hidung pula berair, memang rasa tidak selesa. Buntu rasanya bila semua ubat tidak serasi.
Lazimnya, jika begitu keadaannya kita sering kaitkan seseorang itu mempunyai masalah resdung atau sinus dan cara untuk atasinya dengan makan ubat.
Pun begitu, tahukah anda bahawa meredakan bersin boleh juga dilakukan dengan amalkan petua yang dikongsikan doktor pakar otak ini, Dr Rizal Abu Bakar.
Menurut perkongsiannya di instagram miliknya, dulu dia kerap juga mengelami situasi bersin-bersin dan kini masalah tersebut dapat diatasi dengan amal petua menggunakan bawang putih.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita. Sana sini dengar achuw sana achuw sini.
Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin bersin. Tak de lah lagi resedung resdung ni.
Petua dia macam ni:
1) Ambil 3-4 ulas bawang putih. Buang kulit. Hancurkan macam kita dok tengok rancangan memasak tu.
2) Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan lebih kurang 4 minit atau sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih yang dah hancur tu.
3) Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau Cover kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.
4) Sedut bau yang keluar dari wap tu. Bawang yang dah diketuk tu akan keluarkan Allicin. Bahan lain pun keluar juga. Geng ni lah yang akan hilangkan jangkitan.
Paling best lendir akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang.
Pada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.