Sediakan Ikan Gelama Masin Homemade, Super Sedap Lagi Garing, Ini Langkahnya!

Share

Ikan masin kalau dihidangkan bersama nasi panas, ulam dan sambal belacan memang terasa hebatnya. Hangat dan terangkat. Sebenarnya taklah susah untuk hasilkan ikan masin sendiri di rumah. Senang sangat cara nak sediakannya.

Jom kita cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh blog chesitinoor.blogspot.my ini. Nampak senang. Jom cuba.

Untuk pengetahuan, ikan gelama adalah antara ikan yang selamat dimakan time berpantang. Hoho inilah juadah utama aku masa dalam pantang. Sedap bila bakar.

Aku memang buat sendiri ikan kering ni dah dekat-dekat time bersalin. Ok, apa kata kita tengok macamana nak buat ikan masin gelama, boleh adjust tahap kemasinan dan tahap kelembutan isinya. ewah…

BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan gelama (saiz terpulang, aku dapat yang saiznya selebar tapak tangan)
Garam
Cuka makan

CARANYA:
1. Ikan gelama cara siangnya, belah belakangnya dan jangan sampai putus.

2. Dengan menggunakan gunting, belah 2 kepala agar kita dapat bukak ikan tu seperti gambar di atas. Buang segala insang dan perut. Kalau ada telur nak simpan boleh, nk buang pun boleh, terpulang.Cuci bersih-bersih.

3. Dalam besen, susun ikan dan taburkan garam ke atas setiap ekor ikan, anggarannya segenggam penuh untuk seekor. Garam perlu banyak sebab kalau tak cukup masin ikan akan busuk. Jika banyak ikannya, boleh je susun tapi pastikan garam tu meliputi setiap ekor ikan. Susun cantik-cantik then masukkan air sehingga ikan tenggelam. Tutup rapat besen dan biarkan selama 24 jam.

4. Esoknya, bilas ikan. Masa ini kita adjust rasanya. Jika ikan terlebih masin, rendam seketika dalam air, jangan lama-lama, kang tawar pulak. Pastikan semua garam dibilas untuk elak bunga garam terbentuk waktu kita jemur.

5. Bilas bersih dan toskan. Sebelum susun atas talam, basahkan/percikkan setiap bahagian ikan dengan cuka, bau cuka akan menjauhkan lalat daripada ikan.

6. Sila jemur di bawah matahari yang terik selama 1 hari hingga 2 hari, bergantung kepada tahap kering yang dikehendaki.

*nota:
Aku biasanya jemur 1 hari, kul 10.00pg-4.30 petang. Ikan dah kering, bungkus dan letak dalam freezer.

 

Tips:
1. Jemur kat atas bumbung rumah, makin tinggi tempat, makin sukar untuk lalat hinggap.
2. Sentiasa pantau sebab kebiasaannya tebuan suka curi isi ikan, nanti isi ikan akan berlubang-lubang. Of course perhatikan kucing sekali ye.
3. Ikan ini bukan kering sepenuhnya, seeloknya simpan dalam freezer untuk elak daripada busuk atau hapak.

Sumber: chesitinoor.blogspot.my