Pengalaman melihat sendiri perusahaan membuat fish cake dan fish ball di satu perkampungan industri sedikit masa dulu buat rasa geli hendak menjamah makanan yang satu ini.

Itu jugalah penyebab fish cake bukan jadi makanan kegemaran setiap kali hendak memasak.

Tapi tak dinafikan penambahan fish cake dalam beberapa resipi memang membantu malah buat rasa makanan lebih sedap. Soalnya bagaimana nak jadikan kita makan dengan rasa selamat, suci dan halal malah tanpa rasa was-was?

Memilih untuk membuat sendiri adalah pilihan tepat. Perkongsian wanita bernama Tahrunisah Jali di facebooknya menjadi ikutan ramai. Jom kitacuba resipi yang dikongsikannya ini. Paling penting bersih dan halal.

Sediakan Fish Cake Homemade, Hanya Guna 6 Bahan Sahaja. Paling Penting Halal & Bersih!

Assalamualaikum..sebelum ini saya ada berkongsi resepi fish ball, sekarang saya kongsikan resepi fish cake pula. Memang ia sangat kenyal seperti dijual dikedai-kedai yang diusahakan oleh bukan bangsa Melayu. Insyaallah semua yang saya kongsikan bersih, suci halal dan sangat menjimatkan kita.

Bahan-bahan:
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil garam
Sedikit ajinomoto (terpulang nak letak atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cawan air sejuk (dari ais batu)

Ads

Caranya:
1. Asingkan isi ikan tenggiri dan kisar halus dalam food prosessor.

2. Kemudian masukkan sedikit air ais dan kisar lagi.

3. Masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak letak boleh tambahkan sedikit).

Sediakan Fish Cake Homemade, Hanya Guna 6 Bahan Sahaja. Paling Penting Halal & Bersih!

4. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung. Kisar sebati.

Ads

5. Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi.

6. Loyang tu biarlah boleh masuk dalam periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware yang tahan panas.

7. Masukkan adunan ikan tadi ke dalam bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu, supaya senang nak keluarkannya.

8. Ratakan serta padat-padatkan adunannya. Gunakan minyak yang disapu dijari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak.

Ads

Sediakan Fish Cake Homemade, Hanya Guna 6 Bahan Sahaja. Paling Penting Halal & Bersih!

9. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.

10. Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi dan potong sepertimana bentuk fish cake.

11. Panaskan minyak dan goreng sekejap hingga ia kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Tahrunisah Jali

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI