
Kalau pergi ke Pasar Malam tak sah rasanya kalau tak membeli kudapan untuk di bawa pulang. Ayam Gunting Pedas merupakan salah satu resipi wajib buat anak-anak kita. Kita pun tak ketinggalan juga menggemari isi ayam rangup yang satu ni.
Tak perlu ke Pasar Malam lagi semata-mata untuk membeli Ayam Gunting Pedas ini kerana di rumah pun anda boleh sediakan sendiri, sama seperti resipinya.
Perkongsian Puan Salimah Olie di facebooknya buat kita yakin untuk mencuba. Nampak mudah dan ringkas cara pembuatannya. Jom cuba petang ni. Anak-anak yang bercuti sekolah pasti teruja bila ibu sediakan satu resipi baru. Best pulak tu!
Ayam gunting, rangup diluar, lembut dan juicy didalamnya. Langkah dan bahan ada kat gambar. Saya buat cara paling mudah dan senang. Guna tepung goreng serbaguna Bestari je…hihi. Dah takyah pergi pasar malam petang ni ya!
Resipi Ayam Gunting Pedas
Bahan-bahan:
Isi dada ayam -yang telah dileperkan
Tepung serbaguna bestari
1 sudu kecil soda bikarbonat
Telur
Sedikit garam -pukul perlahan
Sedikit paprika
Caranya:
1. Masukkan isi ayam dalam plastik dan ketuk jadi sedikit leper.
2. Sudahkan kesemua isi ayam.
3. Golek isi ayam pada tepung.
4. Celup dalam telur kemudian golekkan semula pada tepung.
5. Goreng dalam minyak yang panas (tenggelam).
Selamat mencuba!
Cara Terbaik Cairkan Coklat Ketahui Do & Don’t Untuk Dapatkan Hasil Macam Pro Yang Buat!

Manisan pencuci mulut seperti kek dan biskut jika dibuat dengan menggunakan bahan daripada coklat, semestinya mempunyai rasa yang cukup digemari ramai. Bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak, malah kita orang dewasa juga amat menggemari keenakan rasa coklat yang manis.
Tentunya juga untuk menyediakan biskut raya pada tahun ini, ramai antara kita akan menyediakan biskut berasaskan coklat dan kebanyakkan coklat tersebut ada yang perlu dicairkan terlebih dahulu.
Untuk dapatkan coklat cair yang nampak berkilat dan enak rasanya seperti chef atau pakar hasilkan, perlulah tahu cara dan teknik serta ‘do and don’t’ berkaitan coklat. Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Yatie Faizal.
Ini yang dikongsikan olehnya.
Tips yang boleh dikongsi.. sharing dr blog. cara cairkan coklat kaedah double boiler. Cara ini terbaik untuk jaga kualiti coklat.. terlebih suhu rasa coklat akan berkurangan..
Tools / ingredient
Pan / periuk
Stainless steel bowl
Spatula
Coklat compound
Air
Kain lap
Piping bag
1. Masukkan air kedalam periuk separuh penuh, panaskan di atas api
2. Cincang coklat compound kecil- kecil supaya mudah hancur dan masukkan ke dalam stainless steel bowl
3. Setelah air mendidih, tutup api dan letakkan stainless steel bowl yang mengandungi coklat di atas periuk tadi. Untuk coklat putih dan milk coklat biarkan seketika baru letakkan bowl di atas periuk kerana suhu lebur coklat lebih rendah dari dark cokla.t
4. Kacau dengan spatula hingga semua coklat cair
5. Setelah semua coklat cair, angkat bowl dari periuk dan tuang coklat ke dalam piping bag. Lap dulu bawah bowl supaya air tidak menitik ke dalam piping bag ketika menuang coklat
6. kaedah ini hanya sesuai dengan coklat compound, coklat courveture perlu menggunakan kaedah tempering.
DO’S and DON’TS
DO
1. Pastikan semua peralatan (stainless steel bowl & spatula) bersih dan kering
2. Gunakan stainless steel bowl yang bersaiz lebih besar dari saiz periuk supaya bowl tidak terendam dalam air. Bowl mesti menutupi keseluruhan periuk untuk mengelak titisan wap air masuk ke dalam bowl.
3. Cairkan coklat di atas wap air, bukan di dalam air panas, dasar bowl tidak boleh terendam dalam air panas, tutup api ketika cairkan coklat
4. Jika hendak mewarnakan coklat, gunakan pewarna berasas minyak (oil based)
DON’T
1. Tidak tutup api ketika cairkan coklat
2. Rendam bowl di dalam air panas atau bowl di atas tidak menutupi keseluruhan periuk di bawah
3. Coklat terkena atau tercemar dengan titisan air atau wap air
4. Menggunakan pewarna water based
5. Tutup stainless steel ketika coklat masih panas, ia akan menghasilkan wap air yang mungkin menitis ke dalam coklat dan merosakkan coklat
Ekstra info :
Coklat yang dicairkan mengguna kaedah yang betul akan cair sepenuhnya, licin dan berkilat.
Coklat yang rosak, berketul-ketul dan agak pekat.
Coklat yang rosak tidak sesuai lagi digunakan untuk membuat coklat kerana sukar untuk mengeras dan susah dikeluarkan dari mold, tetapi jangan dibuang kerana ia masih boleh digunakan untuk membuat coklat ganache, kek, biskut dan sebagainya.
Sumber : Yatie Faizal
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Guru Masakan Tak Lokek Kongsi Resipi Semperit Legend Rangup Dan Sedap, Hasil Jualan Ibu Lebih 13 Tahun.

Hampir seminggu kita semua menjalani ibadah berpuasa. Rasanya bahang membuat persiapan menyambut hari raya kian terasa.
Bagi yang gemar membuat kuih raya tentu akan mencari resipi. Salah satu resipi legend yang wajib ada adalah kuih samperit.
Menarik dengan perkongsian seorang pengguna facebook, Muhammad Ali yang tidak lokek berkongsi resipi ibunya. Difahamkan resipi itu digunakan untuk jualan lebih 13 tahun.
Nak tahu cara membuatnya jom lihat resipinya.
Resipi ibu, guna untuk jualan lebih 13 tahun.
Bahan-bahan:
250gm butter (guna buttercup je, pure butter kuat rasa susu, tapi terpulang pada citarasa masing-masing)
400 gm tepung jagung
1/2 cawan susu pekat manis
1/4 cawan gula aising
1/2 cawan tepung cap rose merah (kalau tiada, pakai tepung biasa)
3 sudu besar tepung ubi
Sedikit esen vanilla
Cara-cara:
- Satukan susu dan butter, kacau dengan senduk atau whisk sehingga sebati sahaja, jangan terlalu lama.
- Masukkan semua tepung dan uli doh dengan sebati.
- Ambil sedikit doh, letakkan pewarna mengikut kesukaan masing-masing.
- Ambil sedikit doh warna asli dan yang ada warna, satukan dan uli seperti dalam gambar di bawah.
- Tekan dalam acuan dan hiaskan. (rujuk gambar di bawah)
- Biarkan setengah jam sebelum dibakar supaya bunga tak jatuh.
- Bakar dalam oven pada suhu 150℃ selama 30 minit. Satu adunan ini boleh dapat 100 biji.
Selamat mencuba!
Sumber: Muhammad Ali
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Tanam Ulam Raja Tepi Rumah, Ini Khasiatnya Kena Tahu, Ikuti Penjelasan Dr Ini.

Menjaga kesihatan ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuk bersenam, menjaga pemakanan dan bergaul dengan orang yang berfikiran positif.
Bila bercakap mengenai pemakanan sudah tentu melibatkan makanan yang berkhasiat. Salah satu makanan adalah ulam raja. Biarpun ia dikatakan makanan kampung tapi khasiat sungguh menakjubkan.
Malah tanaman ini mudah tumbuh dengan subur di tanam tepi halaman rumah.
Nak tahu khasiatnya ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai ulam ini.
Khasiat ulam raja
Ulam Raja atau cosmos caudatus popular di Malaysia, Indonesia dan Brunei sebagai hidangan tambahan dalam menu bersama sambal.
Ia mengandungi nilai kalori yang rendah, dan pelbagai nutrisi.
Setiap 100 gm Ulam Raja mengandungi:
• Tenaga 20 Kcal
• Karbohidratg 0.5 gm
• Protein 3.0 gm
• Serat 1.6 gm
• Vitamin C 65.0 mg
• Thiamin (B1) 0.15 mg
• Riboflavin (B2) 0.25 mg
• Kalium 430mg
• Fosforus 35 mg
• Kalsium 250 mg
• Magnesium 50 mg
• Zat besi 5.0 mg
Take note khasiat
Selain itu, kebaikan Ulam Raja ialah :
1. Mengawal paras gula
Pesakit diabetes yang amalkan 15 gram ulam raja setiap hari selama lapan minggu menunjukkan paras bacaan glukosa dalam darah yang lebih terkawal. Ini kerana ulam raja berbanding pesakit yang tidak mengambil ulam raja kerana ia meningkatkan paras sensitiviti insulin.l
2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Ulam raja kaya dengan sumber sebatian bioaktif seperti asid askorbik, asid klorogenik, quercetin, dan proathocyanidin dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes, darah tinggi dan tahap kolestrol yang tinggi. Selain itu ia dapat menurunkan tahap keradangan dalam tubuh.
3. Kaya dengan sumber antioksida
Ulam raja mengandungi sebatian antioksida yang tertinggi, yang penting untuk melawan radikal bebas yang terhasil akibat proses pencernaan makanan yang bersifat karsinogenik atau terdedah kepada persekitaran yang tercemar.
4. Mengurangkan tekanan darah tinggi
Ulam raja dapat mengurangkan tekanan darah tinggi (terutama pre-hipertensi) kerana, ia bersifat anti-diuretik.
5. Perlindungan terhadap tulang
Ulam raja mampu mengelakkan dari penyakit osteoporosis.
6. Meningkatkan fungsi Hati
Ulam raja dapat menguatkan fungsi organ hati dengan melancarkan pembuangan bahan kumuh yang terkumpul.
7. Bertindak sebagai anti-kulat and anti-microb
Phenylpropane yang berada pada akar ulam raja bersifat anti-kulat seperti kulat Cladosporium cucumerinum, Candida albicans dan anti-mikrob terhadap lima jenis bakteria seperti Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Candida albicans.
Kesimpulan
Pengamalan ulam raja sebagai sumber alternatif dalam perubatan moden masih diperingkat awal tetapi terbukti banyak khasiat-khasiat untuk kesihatan.
Ia juga tidak memberikan sebarang kesan sampingan terhadap pengguna.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad.