“Sederhana Saja Hidup Ini..”-Perkongsian Wanita Ni Tarik Perharian Warganet!

Share

Bila berlaku kematian, tidak dinafikan pembahagian dan pengurusan harta pusaka merupakan satu perkara yang menjadi isu dalam sesebuah keluarga. Apatah lagi bila perginya seorang ayah iaitu pencari nafkah yang lazimnya hidupnya mencari rezeki dan mengumpul harta untuk kesenangan keluarga dan anak-anaknya.

Pun begitu, kehilangan orang tersayang bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diterima oleh mana-mana individu, namun ia harus jua ditelan dengan reda.

 

 

Berkongsi detik itu seorang anak ini turut terpanggil untuk menulis berkenaan ayahnya meskipun hidup sederhana tanpa meninggalkan harta namun ada satu perkara yang lebih bermakna buat meraka adik beradik.

Ini perkongsiannya.

Abah meninggal sedikit pun tak meninggalkan harta. ASB ada dalam RM50. Tabung Haji tak sampai pun seratos. Ada pun cuma tanah felda yang sudah tukar nama pada anak-anak.

Motor kereta semua dah dijual masa arwah sakit.

Kami anak-anak mencari harta sendiri dengan usaha sendiri. Nak harap harta warisan, lagilah tak ada. Arwah atuk cuma penoreh getah estet.

Tapi ada baiknya.

Tiada harta tiada urusan susah payah.  Urusan faraid abah hampir tiada.  Urusan peninggalan arwah cuma baju-baju bundle yang arwah suka beli. Takat RM5 je bajunya, paling mahal

pun kami hampir tak jumpa.

Abah begitu saja sepanjang hayatnya.

Begitulah, tak kaya tak miskin tapi tetap ada makan, rumah tempat berteduh, anak-anak semua habis sekolah dengan baik, semua bekerja dalam bidang masing-masing.

Tak ada kereta mahal-mahal, tak ada rumah macam istana

Tetapi kalau sorang susah adik beradik datang kerumun, Mak dan abah cukup ajar soal tolong menolong.

Sederhana saja hidup ini. Pemergian abah sehelai sepinggang.Begitu juga harta dunianya

Betul juga, berpenat-penat untuk dunia konon untuk kesenangan anak-anak.

Entahlah anak-anak bila dah besar tak tau ingat ke kita atau tidak. Bila kita meninggal semua bergaduh pasal rumah dapat pada siapa, last-last urusan dunia sangkut. Urusan akhirat pun sama.

Hujung-hujung  hidup ni mati saja. Tak ada apa pun kan.

Ada baiknya penat buat ibadat dari penat kumpul harta dunia, last-last mati mengejut.

Sumber :  Suria Azmi

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club