Sederhana Cara Kita! Hias Rumah Sewa 8 Tahun Guna Barang Shopee.

Share

Mendiami rumah sewa tidak bermakna kita tidak boleh mengubah suai rumah menjadi rumah idaman.

Juga tidak perlu wang berpuluh ribu untuk mendapatkan perkakasan untuk mencantikkan rumah.

Membeli barang-barang murah tetap kita boleh mengubah suai rumah menjadi cantik dan selesa. Apa yang pasti, sederhana adalah cara kita, jangan ikut orang.

 

 

Menarik dengan perkongsian seorang penyewa Aizura Abdullah. Beliau sudah lama tinggal di rumah sewa tersebut. Beliau juga berkongsi hasil ubahsuai rumah sewa 8 tahun mendiami guna barang Shopee yang cukup menarik.

“Ingin berkongsi hasil deco rumah sewa kami. Dah 8 tahun kami duk rumah ni. Alhamdulillah sekarang sudah cukup selesa untuk kami sekeluarga tinggal.”

 

SEBELUM UBAH SUAI

Beliau lakukan deco bajet sahaja sebab pintu itu beliau tak tukar pun, cuma tampal wallpaper. Sofa pun beli dekat Shopee sahaja dengan harga RM299.

Link Shopee sofa : https://shp.ee/94dmmne

Ini adalah keadaan selepas diubahsuai. Semasa mula-mula cat dengan warna kelabu, Mula risau sebab rumah nampak gelap tapi bila masuk colour kuning dia nampak cerah balik.

Bunga orkid itu, beliau gubah sendiri dan pasu dibeli dari Mr.DIY RM19.00 sahaja.

Link Shopee wallpaper pintu : https://shp.ee/cza8ygw

Drawer itu pun beli dekat Shopee dengan harga RM120. Kalau dekat IKEA mahu RM300 lebih satu.

Kerusi kuning itu sudah berkenan teruk. Jadi, masukkan 2 buah kerusi dan pokok itu sudah lama nak beli. Semuanya beli dekat Shopee.

Langsir pun  beli dekat Shopee sahaja dan batang langsir itu gunakan batang paip yang sudah di cat dengan warna putih. Bajet sungguh la katakan.

Selamat menghias rumah!

Sumber: Aizura Abdullah

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club