Mendiami rumah sewa tidak bermakna kita tidak boleh mengubah suai rumah menjadi rumah idaman.
Juga tidak perlu wang berpuluh ribu untuk mendapatkan perkakasan untuk mencantikkan rumah.
Membeli barang-barang murah tetap kita boleh mengubah suai rumah menjadi cantik dan selesa. Apa yang pasti, sederhana adalah cara kita, jangan ikut orang.
Menarik dengan perkongsian seorang penyewa Aizura Abdullah. Beliau sudah lama tinggal di rumah sewa tersebut. Beliau juga berkongsi hasil ubahsuai rumah sewa 8 tahun mendiami guna barang Shopee yang cukup menarik.
“Ingin berkongsi hasil deco rumah sewa kami. Dah 8 tahun kami duk rumah ni. Alhamdulillah sekarang sudah cukup selesa untuk kami sekeluarga tinggal.”
Ads
SEBELUM UBAH SUAI
Beliau lakukan deco bajet sahaja sebab pintu itu beliau tak tukar pun, cuma tampal wallpaper. Sofa pun beli dekat Shopee sahaja dengan harga RM299.
Ini adalah keadaan selepas diubahsuai. Semasa mula-mula cat dengan warna kelabu, Mula risau sebab rumah nampak gelap tapi bila masuk colour kuning dia nampak cerah balik.
Bunga orkid itu, beliau gubah sendiri dan pasu dibeli dari Mr.DIY RM19.00 sahaja.
Pokok daun sup ni wajib ada di setiap rumah. Memang tidak sah kalau ketika keluar membeli barangan dapur anda tidak membeli daun sup sebagai penambah rasa dan hiasan dalam masakan terutama masakan sup.
Tidak nafikan ada yang tanam daun sup tidak menjadi dan tidak subur. Akhirnya ada yang mengambil keputusan untuk membeli aje di kedai.
Namun hakikatnya jika di tanam di halaman rumah pastinya daun sup lebih segar, siap boleh buat ulam lagi. Banyak khasiatnya! Awet muda lagi!
Apa kata ikuti petua puan Yan TieYasin menerusi group Berkebun Untuk Beginner cara menanam daun sup yang mudah. Namun katanya, jika tak menjadi, tetap usaha untuk tanam kali kedua dan seterusnya. Katanya lagi, kena banyak kali mencuba. Beliau sendiri, setelah percubaan pertama gagal, tapi percubaan kedua baru menjadi!
Ikuti lanjut perkongsiannya.
_____________________
Pokok daun sup, tanam dari keratan batang/akar. Tanam x hidup sudah bnyk kali. Kene cuba dan cuba lagi… Yg ini kali kedua tanam dan hidup.
INI CARANYA, MUDAH AJE! Keratan batang tu rendam bahagian akar sahaja. Lebihan batang yang tak berdaun buang dari pangkal pokok.
Dah keluar akar baru baru pindah ketanah/pasu. Tanam bahagian akar sahaja. Letak di tempat redup.
JANGAN LUPA LETAK BAJA!
Pokok dah stabil saya letak baja NPK 16,16,16 . Tak perlu siram bnyk air. Sekadar basah/lembab sudah cukup utk elak akar busuk dan btg reput
Nasihat: Kdg kene cuba berkali-kali baru hidup. Cuba dan cuba.
Memiliki keluarga yang semuanya berkongsi minat yang sama pastinya satu bonus. Bagi Rose Malawati Mohd Ariffin, 46, aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama suami dan anak-anaknya menjadi satu perkara yang dinantikannya setiap minggu.
Kelibat dia dan suaminya, Syd Ahmad Azimin Syd Jamaluddin, 45 dan dua anak-anaknya, Syd Asyraf Ukail, 22 serta Syd Haziq Uzair, 18 tahun yang turut berkongsi minat yang sama, sentiasa menjadi perhatian setiap kali mereka berkonvoi.
Lebih menarik lagi, tidak hanya sekadar minat malah satu keluarga ini turut menjadi ahli kepada Kelab Grup Famili Modenas Jaguh (FMJ).
Bagi ibu anak dua ini, minatnya mula cenderung selepas suami dan anak-anak mula sukakan aktiviti ini.
“Jujurnya saya bukanlah peminat motor apalagi motor berkuasa tinggi. Suami saya usah cakaplah, sudah semestinya itulah minat dan hobinya sejak dulu.
Malah sejak dulu lagi memang dia selalu bawa anak sulung kami setiap kali ada konvoi ke mana-mana.
Bila dah besar sikit, anak sulung saya, Syd Asyraf Ukail pula mengikut jejak langkahnya. Mungkin sudah terbiasa mengikut ayahnya ke mana-mana.
Berbeza pula dengan anak bongsu saya. Dia mulanya minta dibelikan sebuah basikal untuk menganggotai aktiviti kelasnya, tetapi saya larang kerana risaukan keselamatannya ketika itu.
Pada saya daripada keluarkan duit beli basikal baiklah beli sebuah motorsikal sahaja. Malah saya bagitau dia kalau dia setuju untuk dibelikan motorsikal, saya akan turut serta sekali bawa motor seperti ayah dan abangnya. Tanpa saya sangka dia bersetuju dengan cadangan saya. Itulahpermulaannya.”
Konvoi Di Hari Raya
Sejak itu, wanita yang pernah berkhidmat di sebuah bank selama 24 tahun ini mula memberanikan diri menunggang motorsikal berkuasa tinggi bersama suami dan anak-anaknya.
Destinasi Lukut, Negeri Sembilan dengan jarak sejauh 80km menjadi trip pertama bagi Rose Malawati berkonvoi bersama suami dan anak-anaknya.
Perjalanan selama dua jam setengah itu menjadi kenangan terindah buatnya.
“ Pengalaman pertama kali menyertai konvoi empat beranak adalah satu pengalaman yang indah buat saya. Seronoknya kerana bukan hanya menunggang motor sendiri tetapi lebih seronok lagi bila suami dan anak-anak ada sekali.
Menariknya ketika pertama kali, berdebarnya bukan main lagi. Malah tanpa disangka-sangka ada pula polis buat sekatan jalan raya dan tiba-tiba
enjin saya berhenti. Semuanya sebab panik. Walaupun panik tapi saya rasa seronok. Biasanya suami di hadapan, saya di tengah bersama anak bongsu dan anak sulung di belakang sekali.
Selepas itu kalau hendak ke mana sahaja terutama balik kampung di musim perayaan, motorsikallah menjadi pilihan suami dan anak-anak. Sehingga
kini boleh dikatakan setiap kali balik ke Teluk Intan dan Kuala Kangsar, kami berkonvoi empat beranak sahaja. Saya ikutkan sahaja.
Tidak dinafikan kelibat kami menjadi perhatian apabila berada di atas jalan raya. Mungkin kerana kami sekeluarga. Malah saudara mara sendiri dah tahu dan ternanti-nanti kepulangan kami berkonvoi setiap kali raya.
Tapi yang tak seronoknya, bila berhari raya dengan motor, terpaksalah lupakan bercantik-cantik di hari raya,” ujarnya yang turut berkonvoi ketika menziarah sanak saudara di hari raya.
Pilih Jaguh?
Menurut Encik Syd lagi, jaguh adalah motosikal yang tidak banyak cerewet. Malah kos pembaikannya juga rendah berbanding motorsikal berkuasa tinggi lain.
Selain namanya yang sudah hebat, alat ganti motorsikal ini cukup mudah untuk di dapati di mana-mana kedai di seluruh Malaysia dan ini menjadikan ia bukan satu masalah apabila mengalami kerosakan.
“ Paling penting minyaknya cukup jimat. Selain itu saya rasa jaguh antara motorsikal yang paling mudah untuk di tambah sebarang aksesori lain.
Nampak kena dengan semua aksesori yang ditambah.
“Kami pernah berkonvoi ke Gunung Semanggol, Perak dengan sejauh 330km dan minyak yang digunakan hanyalah RM25 sahaja. Bukahkah ia sangat menjimatkan,” ujarnya lagi sambil menyeru sesiapa yang berminat untuk menganggotai kelab ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bayangkan jika wajah kusam dan badan mudah letih tentu membuatkan kita kurang keyakinan diri dan tidak bertenaga untuk menguruskan rumah tangga. Malah, hubungan suami isteri pun kurang intim.
Nyata, kecantikan luaran dan dalaman adalah antara aset setiap wanita. Penjagaan kecantikan wanita ini sangat perlu dititikberati terutama yang telah menginjak usia 30an.
Jadi di sini, ada list petua dan tips sesuai bagi wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Petua ni sesuai bagi wanita yang sudah berusia 30an dan 40an. Ayuh kekal cantik walaupun usia meningkat!
Ini 3 perkara kena tahu untuk kekal awet muda luaran dan dalaman.
1.Skrub kunyit
Nak miliki kulit wajah yang mulus dan dalam masa yang sama cerah berseri.
Bahan-bahannya:
Serbuk kunyit(mana-mana jenama tapi kalau pakai kunyit hidup lagi bagus, dalam 3 inci pun memadai)
Asam jawa
Beras pulut
Air
Blender atau lesung batu
Cara membuatnya:
Rendam beras pulut semalaman supaya lebih lembut
Bancuh asam jawa dengan air untuk mendapatkan airnya. Buang biji.
Campurkan kesemua bahan dengan cara mengisar sampai halus atau sederhana halus. Atau dengan menggunakan lesung batu.
Dah siap! Masukkan scrub tadi ke dalam bekas yang kering dan di tempat yang kering dan dingin. Lagi best kalau simpan di dalam peti sejuk.
Bila nak guna, lumurkan ke muka dan biarkan selama 15 minit kemudian scrub muka dan bilas bersih guna pencuci muka. (Sumber: Nur Azuwa Sallehen)
2.Jus buah-buahan
Minuman untuk membuang toksin dari usus. Bahan bahan yang perlu ialah halia sebesar ibu jari, sebiji epal, lemon sebiji atau limau kasturi. Kena masukkan sikit garam dan perlukan 1/2 cawan air suam.
Cara penyediaan:
Masaukan air, epal hijau atau merah dan halia ke dalam blender. Kisarkan. Perah air limau atau lemon dan masukkan sekali ke dalam blender. Masukkan garam dan kisar sekali lagi.
Tuangkan ke dalam gelas. Minum. Halia akan nyahkan toksin dan baiki metabolisme. Halia ada gingerol yang bagus untuk penghadaman, hilangkan loya, lawan flu dan selsema.
Epal pula ada bantu halang diabetes, lindungi jantung, turunkan kolesterol dan 53% jauhkan strok. Ini kata The American Journal of Clinical Nutrition tahun 2020. Paling menarik ialah dalam epal ada immune boosting vitamin C. Ini seperti laporan dalam jurnal Nutrients tahun 2017.
Baguskan? Kan ada pepatah an apple a day keep a doctor away. Jom cuba! (Sumber: DrRizal Abu Bakar)
3. Daun Sirih
Masalah keputihan dan gatal gatal dibahagian miss V. Amalan ni juga boleh naikkan seri wajah. Sesape yang nak cantik elok sangat amalkan.
Cara penyediaan:
1.Ambil daun sireh dalam bilangan ganjil. Contoh 7 atau 11 helai. Kemudian rebus sampai mendidih.
2.Pastu minum air sireh yang telah dimasak tu dalam tiga teguk sambil selawat salam hati. Selebihnye masukkan ke dalam besen besar dan campurkan dengan air paip dalam suam suam. Ramas ramas daun sireh tu untuk keluarkan khasiat dan pati yang dalam daun sireh. Semerbak bilik air korang wangi tau. Nak campur dengan sedikit garam pun boleh lagi bagus.
3.Rendamkan punggung dalam besen tu sampai puas hati. Omputeh sebut “sitbath”. Amalan ni bukan sahaja membersihkan dalaman miss v, tapi bagus juga untuk ibu ibu yang baru lepas bersalin. Insha Allah mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin. (Sumber: Nik Syafniey MatJali)
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.