Ajal, maut dan rezeki segalanya di tangan tuhan, tiada siapa dapat menghalangnya jika Allah telah mentakdirkan sesuatu perkara itu berlaku.
Menerusi laporan Harian Metro, kita dikejutkan dengan berita apabila influencer dan pelakon drama Oh My Hantaran, Syazlin Zainal dilaporkan meninggal dunia pada usia 26 tahun.
Syazlin difahamkan meninggal dunia di Johor bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Berita sedih itu turut dikongsikan oleh rakannya Zeatyalia di Instagram Story. Kongsinya, “Tidak ada kenyataan lain yang akan dikongsikan. Saya perlu menghormati privasi keluarganya.
“Saya kehilangan rakan hari ini. Saya tidak tahu bagaimana untuk luahkan perasaan saya sekarang ini. Saya juga sedang memahami apa yang berlaku.”
Apa yang pasti, berita pemergian Syazlin mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan dan peminat.
Dalam pada itu, akaun Instagram kelab peminat arwah memaklumkan akan memadam akaun itu.
“Semoga segala urusan dipermudahkan dan mohon maaf atas segala kekurangan atau kekhilafan. Akaun ini akan ditutup,” tulisnya.
Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.
Allahyarham adalah anak bongsu daripada lima adik-beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.
Sumber : Harian Metro
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club