Ganjaran dan nikmat bersedekah memang benar bagi yang sudah merasainya.

Oleh itu, jangan kedekut untuk bersedekah walaupun sedikit. Bersedekah juga dapat mendidik hati kita agar lebih lembut dan terbit rasa belas kasihan kepada insan lain.

Ini sebagaimana perkongsian kisah sedekah di akaun fb Encik Matt ini. Semoga dengan membaca kisah seperti dapat menjentik hati kita untuk melakukan amalan yang hebat seperti ini.

SEDEKAH WALAUPUN SEKEPING ROTI.

Apabila kita mudahkan urusan orang lain. Saya dengar dalam satu kuliah. Kisah sedekah Ahlullah yang cukup hebat.

Kisahnya begini. Pada suatu ketika,isteri Ahlullah ini telah menguli tepung lalu pergi ke rumah jiran untuk dapatkan api.

Semasa ketiadaanya,seorang peminta sedekah datang meminta sedekah. Ahlullah ini tanpa fikir panjang,terus beri kesemua dough yang ditinggal oleh isteri beliau.

Ads

Apabila isteri beliau kembali ke rumah sambil membawa api,dia dapati dough tadi sudah hilang.

Dia bertanya kepada suaminya, “Dimana dough yang uli tadi?” Si Alim ini jawab: “ia dihantar untuk dimasak sebagai roti”

Si isteri ini tidak senang hati lalu mendesak supaya suaminya bercakap benar. Yelah isteri ini dia boleh baca air muka seorang suami bercakap benar atau tidak.

Lalu suaminya menjawab dengan jujur. “Saya telah sedekahkanya. “SUBHANALLAH isterinya sebut. Rupanya sekadar bertasbih,isteri Si Alim ini terus membebel tanpa henti. Yelah itu sahaja tepung yang dia ada,sekurangnya tinggallah sedikit untuk dimakan.

Ads

Tapi Ahlullah ini senyap tak menjawab. Bila saya dengar kisah ini rupanya isteri Ahlullah pun kuat juga membebel. Hehe. Tapi Ahlullah ini yakin dengan bersedekah Allah ganti yang lebih baik.

Sedekah Walau Sekeping Roti, Deep Perkongsian Ni. Moga Jiwa Seisi Keluarga Terisi Dengan Kisah Ni!

Sedang dia membebel,datang seorang lelaki yang membawa satu bekas besar yang berisi gulai daging bersama roti yang baik. Si Alim ini berkata. “Begitu cepat roti dimasak dan dibawa datang. Gulai daging pun ada sebagai tambahan”.

Subhanallah. Nampak tak keajaiban yang الله tunaikan kepada mereka yang begitu yakin dengan amalan bersedekah. Sedikit diberi berganda balasan diganti.

Ads

Sebab itu banyak hadith menerangkan dengan bersedekah tidak akan mengurangkan harta bahkan الله akan tambah harta tersebut dan pintu pintu rezeki akan terbuka luas.

Sedekah Terbitkan Rasa Bahagia

Memang kita tengok orang yang suka bersedekah ini hidup mereka bukan sahaja diberi kesenangan harta,bahkan amalan,akhlak mereka cukup hebat.

Moga kita semua jadikan amalan bersedekah sebagai rutin harian. Tidak banyak tapi istiqomah. Sebab itulah dalam ebook ini http://www.cintaterindah.com
saya ada nukilkan tentang sedekah buatkan ikatan rumahtangga makin hormoni,buatkan kita rasa tenang dan bahagia.

Nota: Orang alim yang dimaksudkan itu adalah Hadrat Habib Ajmi.

Sumber : EncikMatt

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI