Ramadan adalah simbolik bulan penuh kebaikan, mengejar pahala dan melakukan amal kebaijkan. Maka tidak hairanlah ramai antara kita membudayakan pemberian sedekah bagi membantu orang yang dalam kesusahan agar dapat meringankan beban yang ditanggung di bulan yang mulia ini.
Menyentuh tentang sedekah, apa yang pasti ia tidak terhad pada wang ringgit semata-mata. Bahkan pemberian berupa barangan, makanan dan minuman juga amat digalakkan. Ini sebagaimana yang dilaksanakan oleh Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB)
Ramadan adalah simbolik bulan penuh kebaikan, mengejar pahala dan melakukan amal kebaijkan. Oleh itu Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB), menerusi jenama ikoniknya 100PLUS – minuman isotonik No. 1 di Malaysia, akan menyumbangkan satu juta barangan produk dan barangan keperluan kepada barisan hadapan negara, keluarga dan individu yang kurang bernasib baik melalui kempen ‘Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu’. F&NHB juga akan memberi bantuan kepada 10,000 keluarga daripada golongan B40 di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak sepanjang bulan mulia ini.
Melalui program ini, lebih 500,000 produk F&N termasuk minuman 100PLUS dan kotak makanan khas disalurkan kepada barisan hadapan di hospital, balai polis dan balai bomba untuk mereka berbuka puasa bagi memastikan mereka kekal hidrat dan bertenaga semasa melaksanakan tugas mereka. F&NHB telah bekerjasama dengan usahawan makanan tempatan bagi memastikan mereka mendapat sokongan bagi menjana pendapatan dan seterusnya mengekalkan perniagaan mereka di saat getir ini.
F&NHB juga akan mengedarkan bantuan makanan kering seperti beras, minyak masak, tepung, gandum berserta produknya seperti minuman isotonik 100PLUS, Teh dan Susu Soya F&N SEASONS, Susu UHT F&N Magnolia dan Tin Susu F&N kepada lebih 10,000 keluarga termasuk mereka yang tiada tempat tinggal, rumah jagaan anak yatim dan orang tua. Selain daripada itu, F&NHB juga akan mengedarkan keperluan penting yang lain seperti topeng muka, cecair sanitasi tangan dan lampin dewasa kepada yang memerlukan.
Pengerusi F&NHB, Tengku Syed Badarudin Jamalullail berkata, “Tahun ini, kita harus tabah dan kuat menyambut Ramadan dalam situasi yang diuji virus COVID-19 yang melanda seluruh negara dan juga dunia. Program “Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu” mensasarkan untuk berkongsi rezeki, kegembiraan dan keberkatan Ramadan bersama komuniti yang kurang bernasib baik dan juga wira dan wirawati negara yang berpenat lelah setiap masa dalam memastikan keselamatan negara ketika krisis ini.
“Kami juga ingin memberi penghargaan kepada wira dan wirawati barisan hadapan di atas usaha keras, dedikasi dan pengorbanan mereka bagi melawan COVID-19 demi keselamatan dan kesejahteraan negara. Kami berharap sumbangan kami dapat meringankan beban dan serba sedikit mereka dapat merasai nikmat juadah panas ketika berbuka puasa,” kata Tengku Syed Badarudin.
Memandangkan sambutan Ramadan dan Hari Raya tahun ini berbeza daripada sebelumnya, F&NHB menawarkan pakej khas rangkaian produknya di F&N Life, kedai dalam talian yang memberikan lebih faedah kepada rakyat Malaysia. Kini, mereka boleh masak sajian kegemaran yang dulunya boleh dibeli di Bazaar Ramadan dan menikmatinya dengan selesa di rumah sendiri.
Tambah Tengku Syed Badarudin lagi, “F&NHB ingin menyebarkan mesej kebaikan kepada rakyat Malaysia, agar di bulan ini kita dapat bangkit dengan penuh ketabahan, harapan dan kegembiraan dalam menangani krisis ini bersama.”
Sejak tercetusnya wabak COVID-19 di Malaysia, F&NHB telah menyumbangkan lebih 200,000 barangan produk bagi menyokong komuniti yang terkesan akibat krisis ini dan memastikan barisan hadapan negara sentiasa hidrat dan bertenaga – di Semenanjung dan Malaysia Timur.
F&N amat sinonim dengan musim perayaan di Malaysia kerana produknya bukan sahaja popular dengan jamuan dan keraian sepanjang tahun, tetapi ia juga mengembalikan nostalgia. Program ‘Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu’ adalah sebahagian daripada inisiatif tahunan F&NHB semasa bulan Ramadan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2004. Usaha murni ini bertujuan untuk membantu golongan kurang bernasib baik agar mereka dapat merasai kenikmatan Ramadan dan dalam masa yang sama mengeratkan ikatan silaturrahim rakyat Malaysia dari pelbagai budaya dan peringkat masyarakat.