Apabila seorang muslim itu, bersedekah ia merupakan tindakan mulia yang masuk ke dalam salah satu sunnah yang sangat dianjurkan untuk umat Islam.
Malah setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.
Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
Oleh itu, setiap Mukmin perlu yakin amalan bersedekah memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa sekiranya ia sentiasa diamalkan dalam hidup mereka. Begitu juga dengan rezeki yang melimpah ruah
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Abang ini setiap kali nampak saya balik rumah mentua pasti dia datang minta duit. Dari zaman saya mula mula kahwin lagi. ketika itu tak perasan yang abang ini ada masalah kesihatan mental. Kat pasar basah juga begitulah. nampak saja saya terus minta duit.
Dari jauh kadang kadang nampak kereta saya terus angkat tangan.
Tak banyak dia minta. Paling banyak RM5. Saya pernah bagi RM50. Kata dia taknaklah,nak RM3@RM5. Saya tanya kenapa taknak RM50? dia jawab aku orang gila RM5 cukup dah.
Pernah kawan sekampung nasihatkan saya. Matt Nanti kau bagi duit,hari hari dia minta duit.Dia tak sihat tu. Susah kau nanti.
Abang ini ada masalah kesihatan mental disebabkan keturunan. Jadi orang tak layan sangat dia. Tapi dia kata taknak dah makan percuma kat warung,nak bayar juga walaupun seringgit. Selalu jalan kaki pergi merata. Kerjanya itulah setiap hari ulang alik kawad.
Saya kata kat member,tak susahlah,bertambah senang adalah. RM5 aku belanja untuk dia mudahan dapat pahala. Ada orang setiap hari habiskan duit RM10 beli rokok itu pasti satu pembaziran Allah tak suka.
Paling saya kagum dengan abang ini adalah sifat taat dia dalam menjaga solat berjemaaah. Bersebelahan rumah mentua saya ini ada surau. Boleh dikatakan Zohor Asar,Magrib Isyak pasti dia ada. Kadang kadang kami berdua sahaja solat berjemaah. Saya imam dia makmum.
Sekarang Walaupun PKP hanya dia saja dapat lesen besar pergi masjid,solat kat masjid,tidur kat tangga masjid. Kita walaupun normal,pergi masjid boleh dapat surat saman. Dia pula yang kata kita ini gila sebab takut nak datang masjid.
Saya selalu sembang dengan dia. Saya kata abang Ahli syurga dah insyaallah. Jawapan beliau buatkan saya termenung panjang.
JANGAN PANDANG RENDAH BIARPUN MEREKA MINTA SEDEKAH
Aku walaupun gila aku kenal Allah. Aku kenal masjid,aku jaga solat sebab orang yang tak jaga solat dia masuk neraka. Nak masuk syurga syaratnya bukan gila,tapi taat perintah Allah.
Fuh sentap ke jantung. Sehingga ke hari ini saya masih ingat kata kata beliau.
Begitulah kawan. Jangan pandang rendah orang begini. Jika nampak mereka jalan kaki tepi jalan,berentilah hulurkan seringgit dua. Mungkin asbab sedekah ini Allah datangkan rezeki mencurah curah dari sumber yang kita tak sangka.
Kadang kadang saya terfikir dia lebih baik dari kita. Dia lebih rapat dengan Allah dalam soal ibadah. Mungkin dosa tak buat dah,tak ambil riba,tak tipu waktu kerja,takyah fikir tanggungjawab keatas anak isteri,tak fikir hutang kereta rumah. Doa dia pasti lebih makbul dari kita. Dan mungkin dia lebih awal dari kita masuk syurga.
“Gila yang sebenarnya adalah apabila kita berjalan diatas muka bumi Allah dengan kesombongan dan riak”
Sumber: Muhammad Hassan