Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang dilihat lengang beberapa hari ini berikutan proses sterilisasi dan pembersihan selama satu jam ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Lokasi suci itu yang kebiasaannya meriah dengan puluhan ribu jemaah dari seluruh dunia menjadi kosong selepas ia ditutup buat pertama kalinya dengan penggantungan sementara ibadah umrah.
Media tempatan Arab Saudi melaporkan, keputusan penggantungan tersebut melibatkan rakyat dan penduduk di Arab Saudi selepas penguatkuasaan sama ke atas jemaah dari luar negara diumumkan pada minggu lalu.
Sebagai langkah berjaga-jaga, kawasan itu akan terus ditutup selagi penggantungan umrah berlangsung tetapi jemaah dibenarkan solat di dalam masjid. Masjidil Haram serta Masjid Nabawi di Madinah akan ditutup selama satu jam selepas solat Isyak dan dibuka semula sejam sebelum solat Subuh untuk pelaksanaan kerja-kerja pembersihan serta sterilisasi.
Dalam pada itu, sekumpulan pekerja pembersihan dilaporkan melakukan kerja-kerja pembersihan seperti menggosok dan mengelap jubin di sekitar Kaabah.
Saudara izwanazirsaleh menerusi laman instagramnya. Menurut beliau lagi, video ini adalah video semasa, diambil dari jendela hotel penginapannya.
“Kepada yang bertanya, apakah benar Masjidil Haram ditutup, saya khabarkan bahawa lantai Tawaf (Mataf) buat masa ini ditutup, tetapi dalam Masjid, tingkat kedua dan bumbung, ia masih dibuka.
“Entah sampai bila mataf akan ditutup dan tiada ibadah tawaf di mataf, hanya Arab Saudi yang tahu. Semoga kita dilindungi Allah selalu, Amin.
Video pertama: Azan Asar di Masjidil Haram
“Video kedua: Takbir Imam yang memimpin solat Asar dari dalam Masjid (kebiasaannya dihadapan Kaabah)
Beliau sebelum itu turut meluahkan rasa sayu hati ketika melihat Masjidil Haram yang dikosongkan.
“Saya jadi insaf, betapa dengan hanya sekecil-kecil hamba Allah bernama Covid-19 yang ditimpakan kepada umat manusia sekarang, maka banyak urusan jadi tergendala. Yang telah dirancang, dibatalkan. Yang berniaga, rugi. Yang dahulu ketawa ria, sekarang ketakutan.
“Peringatan untuk diri sendiri, sedarlah dengan ‘jentikan dari langit’ ini. Dia sedang memberitahu kita, bahawa ‘kau hanyalah abdi, Akulah Raja segala raja, Akulah Pengatur Semesta, maka patuhlah pada Aku!’ Sumpah, saya tak pernah tengok Masjidil Haram kosong selama hayat saya!
Sumber: Sinar Harian & izwanazirsaleh