Tahniah diucapkan buat pelakon Atikah Suhaime sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh dengan sekali lafaz pada 8.55 malam tadi.
Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di Cornerstone IPC dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta teman rapat sahaja.
Memilih tema berkonsep moden (tema sakura), Atikah kelihatan cukup jelita dengan persalinan busana serba putih.
Atikah menerima tujuh dulang bebalas sembilan dan menerima mas kahwin bernilai RM300. Wang hantaran pula bagaimanapun dirahsiakan.
Melalui perkongsiannya semalam, Atikah turut berkongsi suaminya, Datuk Lokman sentiasa membuatkan dirinya rasa tenang serta menyifatkan dia adalah pilihan terbaik serta seorang yang bertanggungjawab.
Terdahulu Atikah mengakui agak gementar untuk bergelar dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.
“Saya berasa agak gementar menanti saat untuk diijabkabulkan malam ini kerana sedar tanggungjawab berat selepas bergelar isteri,” katanya.
Dalam pada itu, Atikah turut mendoakan perkahwinannya itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club