Sedapnya Tempe, Rupanya Guna Tiga Aje Nak Buat. Patutlah Ramai Share!

Share

Tempe merupakan sejenis makanan prebiotik yang mengandungi bakteria yang sihat bagi tubuh badan kita. Ianya diperbuat daripada kacang soya dan dipercayai.

Asyik beli di kedai aje, apa buat sendiri. Memang puas hati dapat makan tempe homemade.

Bahan:

Anggaran sukatan
1 kilo kacang soya
1 sudu ragi
1 sudu tepung jagung

Cara penyediaan:

1) Mula rendam kacang soya selama 5 jam.

2)Lepas tu rebus kacang selama 25 minit tutup api biar kan kacang soya tu terendam semalam dalam air rebusan tu.

3) Buang air rebusan tu basuh kacang soya sambil di ramas2 untuk buang kulitnya. Bilas beberapa kali sampai kulit nya habis semua.

4)Rebus lagi kacang soya selama 25 minit

5)Tos kan air nya. Lepas tu kacang soya di keringkan sampai betul2 kering ( tak perlu bilas)

6)Dah kering gaul kan kacang soya dengan ragi + tepung jagung
Ragi tu Akak beli kat shoppe rm 4 100 gm. 100 gm tu boleh 2 kali buat tempe.

7) Kemudian   masukkan dalam plastik di seal lepas tu di cucuk2 dengan lidi.( Kalau nak tempe gemuk letak padat2)

8) Simpan tempe dia tempat gelap dan panas semalaman.

9) Jangan di tindan, Letak satu-satu dalam bakul. Tutup dengan surat khabar pun ok.

Ikut betul-betul cara di atas…Insha Allah menjadi. Dah boleh buat busines tempe.

Sumber: Resipi Pembuka Selera

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club