Siapa yang pernah mencuba keenakan rasa pisang goreng cheese mesti tahu bagaimana sedapnya menu nan satu ini. Kerangupan pisang goreng bersama topping keju, coklat dan gula menjadikan ianya enak dimakan panas.
Atas sebab ini juga, menu pisang goreng berkeju ini pernah menjadi trend dijual di mana-mana sahaja oleh peniaga gerai makanan dek kerana sambutannya yang luar biasa.
Selain pisang goreng enak dimakan bersama lelehan keju dan coklat, sebebarnya menu nan satu ini juga tidak kurang hebatnya, iaitu Resipi Pisang Goreng Butter Milo Tabur. Bukan sahaja mudah disediakan kerana bahan-bahannya tersedia ada di dapur anda, malah apa yang penting mudah disediakan.
Ayuh semak bagaimana menyediakannya dan ini telah dikongsikan oleh puan Che Mira Kimora. Selamat mencuba!
RESEPI PISANG GORENG BUTTER MILO TABUR RINGKAS & CEPAT..!!
“Petang-petang macam ni biasanya dapat menu request dari anak-anak tercintaa. Bila petang jer mintak nak makan yang manis buah-buahan gitew.
Saya pun apa lagi masuk dapur terus disco buat pisang goreng milo tabur yang sangat Lazat. Anak saya kalau nampak jer pisang terus suruh masak menu yang dia orang suka makan sehingga menjilat jari hihihihi.”
Bahan-bahan :
Pisang ( saya guna pisang berangan)
Butter
Susu pekat
Milo
Cara Buat :
2. Butter dah jadi minyak masukan pisang dan goreng hingga masak kalau nak garing pun boleh.
3. Letak susu pekat secukup rasa. Letak lebih pun boleh lagi sedap.
4. Ambil milo taburkan di atas pisang yang telah di masak. Kalau saya memang banyak saya tabur milo sebab anak-anak memang suka manis milo.
5. Sangat cepat dan mudahkan untuk sediakan pada kanak-kanak ribena. Bahan-bahan pun yang memang dah sealu ada kat dapur.
SELAMAT MENCUBA RESEPI LAZAT.
sumber : Che Mira Kimora