
Hujung minggu begini, pasti ibu-ibu nak sediakan menu istimewa buat sekeluarga kan. Nak masak apa ya? Jom cuba resipi Nasi Hujan Panas ni.
Biasanya kalau pergi kenduri baru boleh jumpa, kali ini admin bawakan resipi untuk ibu-ibu cuba di rumah dengan cara yang cukup simple.
Bak kata pemilik resipi ini, Eka Afikah resipi ini cukup simple main campak-campak je.
Jom cuba!
Nasi Hujan Panas..Sambal Ayam
Nasi
- Tumis bawang besar.bawang putih, halia, bunga lawang, kayu manis dan daun pandan sampai wangi..
- Masuk beras…susu cair stgah tin.air sukat mcm biasa.
- Nasi dah kering..masukkan pewarna yang dicampur air…tutup sekejap..kemudian baru gaulkan nasi..saya guna garfu.
Sambal Ayam
- Kisar bawang besar..bawang putih..halia..serai..cili kering.
- Tumis sampai garing.
- Masukkan air asam jawa..gula garam..saya letak sos cili sedikit.
#maaf ye resepi saya simple je..campak2 tak sukat pun.
“Kes Ni Lagi Teruk. Garu 1 Badan Sampai Berdarah.” Eina Azman Tampil Hulur Bantuan Bayi Derita Ekzema. Tersentuh Hati!

Isi Kandungan
ToggleNaluri keibuan membuatkan selebriti ini tidak mampu menahan perasaan sedih lalu terpanggil memberi bantuan kepada si kecil ini.
Demikian yang berlaku pada Datin Paduka Eina Azman. Sebelum ini, dia dan suami menghulurkan bantuan kepada dua kanak-kanak yang menderita penyakit kulit.
Kini, beliau lagi sekali tampil menghulurkan bantuan kepada seorang bayi yang juga mempunyai masalah penyakit kulit.
Menerusi perkongsiannya di instagram, Eina Azman memberitahu yang dia dimaklumkan tentang adik Thaqif Arjuna oleh mereka yang hanya dikenali dengan Hamba Allah melalui DM.
“Pertama skli eina nak ucap terima kasih kepada semua hamba2 allah yang banyak dm eina beritahu tentang sakit yang Thaqif Arjuna alami. Eina dapat tau pasal thaqif sakit masa eina d langkawi. So daripada langkawi 26 nov 2018 baru2 ni eina dan suami decide untuk pergi melawat baby thaqif dan ibu nya @atieatyra di Penang.
“So selepas melawat n berbincang kami decide nak bawa thaqif dtg ke kl untuk berjumpa dengan doctor pakar kulit. Alhamdullilah hari ni thaqif dan ibunya datang bersama nenek nya sekali berjumpa doctor pakar kulit. Eina rasa gembira sbb doctor kata insyallah thaqif boleh sembuh yang penting ubat jangan tinggal.
Akui Eina lagi, pertemuan dengan adik Tahqif membuatkan dia tidak dapat menahan rasa sayu. Apaath lagi melihat kanak-kanak tersebut tidak berhenti menggaru badan sehingga berdarah.
“To be honest kes kali eina rasa lagi teruk??? thaqif tak habis2 garu 1 badan sampai berdarah darah? Sayunya hati tengok thaqif yang nak tidur pun susah dek kerana pedih 1 badan??? ya allah ringan kan lah segala sakit yang thaqif rasai.
“insyallah saya n suami akan tanggung perubatan thaqif sehingga sembuh. So for those yang nak memberi sumbangan kepada keluarga @atieatyra bagi meringan kan sedikit beban mereka walaupun Rm1 boleh bank in d number account Nur Athirah Binti Zainal 07140147267526 CIMB . semoga allah permudahkan segala urusan kita semua,” tulis Eina di kapsyennya.
View this post on InstagramA post shared by Eina Azman (@eina_azman) on
Pelbagai pihak menyambut baik dan memuji akan keprihatinan Eina Azman terhadap si kecil ini.
honeyx1778 Datin u’re so perfect!!!!! Semoga Allah tinggikan darjat datin and dato. Murah rezeki
idazack Terima kasih @eina_azman. Semoga diberikan rezeki yang tak putus2. Kesian tengok keadaan baby ni teruk sangat ye
eitaroslee Aamiin.. Smga baby thaqif cpt smbuh.. Kpd eina n suami, smg Allah permudahkn jln tuk membantu. Saya cukup2 tersentuh bila baca ape yg eina tulis dlm ig eina.. Alhamdulillah..
kusyailya Ya Allah..sedihnye tgok..kesian baby..? Alhamdulillah @eina_azman dan suami byk membantu mereka yang susah..
fyza.azmi Masya Allah, moga Allah melimpahi datin sekeluarga dengan asbab membantu dan meringankan beban keluarga ni ..Aamin Ya Rabb?
y4n4_sh4m @athira0127 skit baa tu cmpur gatal.. tgk bajunya bdarah2
fara_arkitek Maaf air mata seorang ibu jatuh melihat tangisan ank ini… Semoga yg cepat sembuh thaqif syg.. Mungkin sumbangan auntie xseberapa xsebanyak org lain.. Dan. Auntie juga doakan thaqif sihat normal seperti ank lain .
sueha_sue ya allah permudahkan lah sakit ank kecil ni ya allah, beri keajaiban kesembuhan buat nya ya allah.. amin amin
Malah ada juga yang berkongsi petua dan pengalaman yang sama di alami anak mereka sebelum ini.
aku_janda_kelate Ok Datin.. Datin. Mandi air habaratus sauda plus garam bukit Datin. Pedih sikit je. Lgpon baby dah biasa bedih kan
aku_janda_kelate Datin bagi minim air zafran plus zam2 datin . Zafran penawar dari dalam. Zam2 mineral berubat
wankhairani23 Kesiannyer… anak sy pon mcm ni ???? sedihnyer tuhan jer yg tahu… tilam bantal ada jer kesan darah… mcm2 ubat/ cream dah guna… bln depan nk try jumpa Dr Wong yg specialist dekat Tangkak tu… harap2 ada perubahan…
lilyfalyna Anak angkat sy juga ada ekzema..pipi siap berair..pd usia sebulan…masa dia berusia 2bulan..baru sy sedar apa yg dia alah…die x ley habuk…x ley panas..x ley mandi air suam..x ley Ekon sgt..sbb nnt kulit akan kering…x ley panas sgt…kepala anak sy pernah bergaru sampai keluar drh…akhirnya kami try elomet.. alhamdullillah..sempurna dh
Sumber: ig eina_azman
Kari Kepala Ikan Tanpa Guna Santan. Pekat Elok Warna Kuah, Ni Cara Buatnya!

Kari Kepala Ikan Tanpa Guna Santan. Pekat Elok Warna Kuah, Ni Cara Buatnya!
Semakin di penghujung Ramadan buntu pula dibuatnya untuk menyediakan juadah berbuka.
Jadi apa kata anda sediakan hidangan Kari Kepala Ikan seperti yang dikongsikan oleh Niza Zaini ini. Nampak begitu pekat dan cantik warna kuahnya.
Malah menariknya juga tidak menggunakan santan. Jadi bolehlah dicuba.
Bahan-bahannya:
Serbuk kari ikan
Serbuk cili
Bawang merah-dihiris
Bawang putih-dihiris
Halba campur
Bawnag putih kisar
Asam jawa-dibancuh dengan sedikit air
Daun kari
Tomato
Cara membuatnya :
1.Panaskan minyak secukupnya..masukkan hirisan bawang merah dan putih serta halba campur
2.Bila agak kuning masukkan daun kari berserta tangkainya..katanya aroma lagi umphh..
3.Masukkan tomato yang dibelah 4 dan kacau hingga tomato layu,
4.Bila tomato dah layu masukkan rempah ikan dalam 3 paket kecil(saya selalu guna cap O dan Babas)..saya masak ni utk seekor ikan merah yang sederhana besar..
5.Bila sudah letak rempah terus letak air. Kalau lambat nanti hangus pulak rempah tu warna pun tak cantik.
6.Masukkan bawang putih kisar dalam 4 ulas
7.Masukkan air asam jawa..jangan terlalu pekat nanti terlebih masam tak sedap.
8.Sementara itu masukkan serbuk cili dalam 2 sudu penuh..
9.Masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit
- Kalau ikutkan untuk rampai, kebiasaannya letak bendi, terung atau tomato hijau tapi, saya letak ubi kentang sebagai ganti..pun sedap
11.Bila kentang sudah empuk, kari pun dah pecah minyak cantik, bolehlah letak garam, sedikit gula (sedikit sahaja),sedikit serbuk perasa/secukup rasa..kemudian masukkan ikan serta beberapa tangkai cili padi/cili hidup.
“Assalamualaikum cinta.” Ayda Jebat & Nabil Buka Lembaran Tahun Baru Sebagai Suami Isteri

Membuka lembaran tahun baru 2021, pasangan sama cantik sama padan ini sah bergelar suami isteri. Ayda Jebat dan pengacara Nabil Mahir memilih tarikh 1 Januari sebagai tarikh bersejarah buat mereka dalam melatari alam rumah tangga.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri sekitar jam 3:30 petang tadi di sebuah masjid di ibu negara. Ayda menerima seutas rantai berlian sebagai mas kahwin.
Usai majlis pernikaha, pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Sumber: aydajebat, anaszahrin & Fedtri Yahya