“Sedapnya Nama. Senang Ingat, Senang Nak Sebut.” Izreen Asminda Kongsi Nama Anak, Ali Idrees Muhammad Radzi Jadi Pilihan!

Share

Pelakon Izreen Azminda mendedahkan nama anak ketiganya  bersama peminat usai seminggu dilahirkan.

Perkhabaran tersebut dimuatnaik menerusi akaun Instagram, Izreen Dan suami sepakat memilih nama Ali Idrees Muhammad Radzi.“Hai untie2 uncle2 semua, nama saya “ALI IDREES BIN MUHAMMAD RADZI” panggil Baby ALI aje okay.

“21/9/21 9.06am 2.87kg, (selama ni yg besar tu mama.. ALI kecik aje set tilam yg super cute n empuk habis ni dari @tinypalms @tinypalms @tinypalms tq ummi layan iols yg mcm2 permintaan ni,” tulisnya.

Izreen sebelum itu selamat melahirkan cahaya mata ketiga seberat 2.87kg pada jam 9.06 pagi 21 September yang lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Untuk makluman, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ude Wahid pada 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini mencecah usia 2 tahun.Sebelum ini, Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamad Riza pada 2012 sebelum memutuskan untuk bercerai pada 2014.

 

Hasil perkahwinan tersebut, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhamad Adrian Umar, 5