“Sedapnya Nama, Geram Tengok Pipi Tu.” Lepas 6 Hari, Farah Nabilah Dedah Nama Anak!

Share

Selepas enam hari melahirkan, Pelakon Farah Nabilah Saipuddin, 28, berkongsi nama anak sulungnya iaitu Andre Omar Mohamed Amirul.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman instagramnya semalam.

“My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul,” katanya.

Biarpun awal-awal kelahiran, Farah  enggan mendedahkan wajah bayi sulungnya itu, namun, dalam perkongsian tersebut dia berkongsi sebahagian wajah anaknya dan bergurau mengenai Andre Omar yang tembam.


“Ya, semua makanan yang saya pesan melalui perut mommy pergi ke pipi saya,” katanya berseloroh.

Farah dan suami yang juga juruterbang, Mohammed Amirul Yunus selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.

Rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat wajah penuh Andre Omar.

jasminhamidjh Syukur alhamdulillah.. Semoga menjadi anak yang Soleh dan berbakti kepada kedua Ibubapany. Anak yang berjaya di dunia dan akhirat, aamiin. Congrats to mummy and daddy 😘
makeupbynurulmf Aaaaaa…congratulations Fawa. Geramnyaaaa pipi tu😍😍😍
nurafzan81 Sedapnya nama..geram tgk pp tu
nurulhijratulain Assalamualaikum baby andre omar. Geram nya pipi bambam😘
natashanezam Ma Sha Allah! So cute and nice name 😍
sagodessert Assalamualaikum baby Andre Omar 😍😍
samcubinarCongratulations you both!!! ❤️❤️And welcome Andre to the world 🤗🤗🤗 Can’t wait to see you guys 😁😁
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub