Pelakon dan pengacara, Mira Filzah, 29, berkongsi wajah putera sulungnya itu buat tatapan peminat.
Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu turut mendedahkan nama anak sulungnya iaitu, Wan Khair Amir.
“Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami, Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar
“‘Khair’ membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).
“‘Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Pemilik nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman turut memaklumkan majlis taknik anaknya itu juga sudah selesai diadakan.
“Buat Ustaz @ddaniyaldbiyajid kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.
“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.
“Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh, dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air, aamin YRA,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan turut diraikan dalam empat majlis berasingan.
Sumber: mfmirafilzah
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club