Sedapnya Minuman Thai Milk Viral Ni. Patutlah Ramai Share.

Share

Musim panas ni, jika buat minuman sejuk bagi menghilangkan dahaga memang disukai ahli keluarga.

Terbaru, viral mengenai minuman Thai Milk Dessert yang kini mendapat perhatian ramai malah dikalangan artis.

Apa kata, cuba resepi perkongsian oleh E-da Norsyaidah menerusi Masak Apa Hari Ini.

 

Thai Milk Dessert Viral 

Sekarang tengah viral Thai milk yang artis2 duk makan tu.
So kekda try la buat, sbb hari tu husband beli nak rasa boleh tahan juga harga dia,tapi takde la mahal sangat.
Tapi buat sndiri lagi berbaloi. cara ni kekda buat simple2 jek,so jgn kecam yek, ni versi kekda & hak cipta terpelihara  konon good2 jek kan…
Mmg lagi padu dan terasa lemak2 manis dia…

Resepi Thai Milk Viral versi kekda 

 

– 1 Tin susu cair carnation ( bagi kekda brand ni sangat sedap sebab padu dia punya rasa lemak2)

– 2 sudu Susu pekat ( ni pakai je brand apa.. )

– 1 paket Kristal Jelly Brand Nona ( Perisa Raspbesi) Bekukan & potong dadu/panjang ikut suka

– 1 sudu biji selasih.. rendam hingga kembang dan toskan

– 1 mangkuk ais

Cara2
Masukkan semua bahan2 tadi dalam mangkuk berisi ais.. susu pekat tu boleh adjust ikut kehendak masing2 mcm kekda letak ckit je.. sebab jelly tu dah memang manis.

Bagi kekda versi ni lagi sedap sbb bau wangi dari jelly raspberry tu + lemak2 susu cair tu..
Minum tgh hari panas2.. satu mangkuk licin sorang 

Selamat mencuba