Musim panas ni, jika buat minuman sejuk bagi menghilangkan dahaga memang disukai ahli keluarga.
Terbaru, viral mengenai minuman Thai Milk Dessert yang kini mendapat perhatian ramai malah dikalangan artis.
Apa kata, cuba resepi perkongsian oleh E-da Norsyaidah menerusi Masak Apa Hari Ini.
Thai Milk Dessert Viral
Ads
Sekarang tengah viral Thai milk yang artis2 duk makan tu.
So kekda try la buat, sbb hari tu husband beli nak rasa boleh tahan juga harga dia,tapi takde la mahal sangat.
Tapi buat sndiri lagi berbaloi. cara ni kekda buat simple2 jek,so jgn kecam yek, ni versi kekda & hak cipta terpelihara konon good2 jek kan…
Mmg lagi padu dan terasa lemak2 manis dia…
Resepi Thai Milk Viral versi kekda
Ads
– 1 Tin susu cair carnation ( bagi kekda brand ni sangat sedap sebab padu dia punya rasa lemak2)
– 1 sudu biji selasih.. rendam hingga kembang dan toskan
Ads
– 1 mangkuk ais
Cara2
Masukkan semua bahan2 tadi dalam mangkuk berisi ais.. susu pekat tu boleh adjust ikut kehendak masing2 mcm kekda letak ckit je.. sebab jelly tu dah memang manis.
Bagi kekda versi ni lagi sedap sbb bau wangi dari jelly raspberry tu + lemak2 susu cair tu..
Minum tgh hari panas2.. satu mangkuk licin sorang
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mudah aje sebenarnya nak buat murtabak. Tak perlu nak uli tepung. Beli je kulit popia dan guna telur aje intinya. Siap!
Begitulah resipi perkongsian oleh Fadhilah Khaulan yang tular sehingga 65K. Memang mudah sangat, Suruh anak buat pun jadi. Anggaran bahan boleh rujuk pada gambar. Garam tu secukup rasalah. Jika tak nak buat guna telur, boleh je adjust guna ayam kisar, jadilah murtabak ayam. Ikut citarasa masing-masing.
Apa yang pasti, rasanya pun rangup. Nak rasa lebih ‘kick’ cicah dengan sos thai. Makan panas-panas buat minum petang bersama keluarga. Gerenti anak-anak suka!
Ini resipinya. Jom buat!
Resepi murtabak telur senang yakmat nak buat.. Berebut anak anak mkn sambil main kolam.
-kulit popia -bawang besar -bawang putih -cili api -garam/perasa Goreng garing baru masukkan telur. Bubuh dlm kulit popia, goreng dgn sedikit minyak.. Siap!
Figura kesayangan ramai ini memang sering menjadi tumpuan. Ke mana sahaja dia pergi atau apa yang dilakukan pasti tidka terlepas dari pandangan mata peminatnya.
Sering kali kita disajikan dengan kehidupan peribadinya bersama keluarga selain kerjaya, namun sesekali apabila empunya diri memuat naik perkongsian di dapur, menyebabkan peminat teruja. Lebih-lebih lagi dengan gelagatnya yang lucu dan bersahaja. Comel betul!
Menerusi akaun Instagram, Dato’ Sri Siti baru-baru ini berkongsi videonya memasak sambil menyanyi.
“Menyanyi kat dapur pun sedap! .Demikian komen peminat ibu kepada si cilik, Siti Aafiyah ini begitu terhibur melihat aksi dan gelagatnya di dapur yang tampak comel dan bersahaja.
” Masak apa tu CT? Kalau nak tengok gelagat saya di dapur, jangan lupa tonton video penuh di youtube Siti Official Video. Jangan lupa subscribe ya!! “Ujar Dato Sri Siti menerusi kapsyennya.
herman_hamzurie anak dara jgn menyanyi kat dapur…aku rasa siti tak sampai hati nk habiskan dialog tu…hahaha…cute jer..
rozana69696 Tak nampak macam umur 40 pun.. Cantik sgt ?
kakchik__ Aku keep ulang yg part “nak rasa,nak rasa ? ” Why lahh so cuuteee tokti❤️
Terubat rindu kat arwah mak
pradanautama_95 Ya Allah down to earthnya beliau nih…. Diajarnya si anak panggil ibu je…. Dia paham asal usul dan tak lena sama suksesnya….. Proud datuk ct
yunieyhoney Ya Allah.. masak pun comel tokti.. ???????????????
Biasanya kalau nak makan roti canai kita akan beli di kedai yang baru masak ataupun beli yang frozen. Kalau dapat yang sedap dan lembut memang tak cukup sebiji kan. Pernah tak ibu-ibu belajar buat sendiri?Jom cuba resipi yang sangat mudah ini dan guna bahan-bahan yang ringkas jer
Resepi ROTI CANAI
Bahan-bahan
3 cawan tepung gadum
1 hingga 1 1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
Cara membuat nya:
1. Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
2. Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual) tp campur semuer kalau pakai mesin.
3. Campur minyak masak
4. Campur marjarin
Cara membuat:
Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat,
tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 10 roti canai)
Dan saluti dgn marjarin utk mengelakkan ia dari melekat.(maisya salut dengan minyak)
Tinggalkan selama 2 jam.
Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu…nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu
Di sini PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.