Sebut sahaja anak-anak teringin hendak makan udang yang dimasak goreng, mahu pun dimasak gulai atau tumis sambal, pasti sahaja kita sudah membayangkan betapa rasa puas dihati sekiranya bila pergi ke pasar dapat membeli udang-udang yang besar.
Pun begitu, tidak semua antara kita mahir dalam menyiang udang. Apatah lagi udang-udang tersebut mempunyai penyepit yang panjang dan keras. Oleh itu, jom kita ketahui bagaimana cara mudah untuk membersihkan udang sebagaimana yang dikongsikan oleh Syahr Musafir.
Ini perkongsiannya:
Pagi ini pergi pasar tani saya beli udang galah. Ada orang tak reti siang ikan, jadi saya rasa pasti ada orang yang tak tahu siang udang galah sebab cara siang udang galah ini lebih komplikated dan leceh berbanding cara siang ikan. So saya share…
Boleh guna pisau atau gunting, saya lebih suka guna gunting.
1. Saya mulakan dengan memotong bahagian mata, optional. Saya potong mata sebab saya rasa ‘serba salah’ udang galah ni macam perhatikan saya tengah potong-potong dia.
2. Potong bahagian macam tanduk atas kepala dekat dengan mata tadi.
3. Potong benda-benda panjang, macam janggut, sepit, tangan dll tu. Untuk memudahkan kerja.
4. Potong bahagian macam pipi udang galah. Ada kiri dan kanan.
5. Istimewanya udang galah ni, sebab ada gigi. Kena buang gigi. Ada kiri dan ada gigi kanan. Buang kedua-duanya.
6. Atas bahagian gigi ada kantung najis. Kan najis udang ada di bahagian kepala. Keluarkan kantung ni. Warna hitam.
Settle bahagian kepala.
7. Bahagian ekor macam ada 3 bahagian, potong ekor yang tajam di tengah.
8. Tarik tali najis dari situ. Tali najis ini bersambung hingga ke kepala udang. Tarik sampai habis.
9. Bilas dan alirkan air. Sebab kita dah buang kantung najis di kepala dan tali najis melalui ekor, maka bersihlah udang galah kita.
Siap!
Alang-alang kita sudah mahir membersihkan udang galah dengan teknik yang ditunjukkan oleh Syahr Musafir . Apa kata kita sediakan pula menu spesial berasaskan udang untuk dinikmati bersama keluarga. Resipi Udang khamped (siam mari) yang dikongsikan oleh Ida Zairi di page MAHN , menarik untuk dicuba.
Menurutnya, “menu ini selalu makan kat kedai siam suka sangat rasa dia..Nak makan selalu mahal sangat saya try olah resipi sendiri..Alhamdulillah lagi sedap dari kedai..”
Ini resipinya:
Resepi udang khamped
1kg udang (seeloknya udang besar @ udang galah) garam kunyitkan dan goreng sekejap
Bahan blend halus
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai potong halus
2 biji cili hidup (merah)
5 biji cili api (hijau)
————————————
2 sudu cili kisar
1 sudu pes tomyam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos ikan
Bahan perasa
Garam
Gula
Gula merah
Bahan hiasan
Daun limau purut
Cara-cara
Panaskan minyak bekas goreng udang, tumis bahan-bahan blend hingga naik bau, masukkan cili kisar masak sampai pecah minyak, masuk sos tiram, sos cili dan sos ikan masak hingga mendidih. Jika kering masukkan air. Masuk udang gaul-gaul hingga sebati. Perasakan
sumber : Syahr Musafir