Menghidangkan juadah untuk keluarga tercinta dengan makanan bercita rasa kampung, seperti menu ikan pekasam, memang boleh buat makan berselera. Sama ada untuk juadah sarapan untuk dimakan bersama pulut mahupun dijadikan sebagai menu pelengkap untuk juadah tengah hari.
Bahkan ada sesetengahnya jika membayangkan sahaja menu ikan pekasam yang digoreng bersama hirisan cili, bawang, serai dan kemudian bersama perahan limau, sudah kecur liur dibuatnya.
Pun begitu, buat yang tidak biasa menggoreng ikan pekasam tentu pernah berdepan dengan hasil gorengan ikan yang hancur dan sekali gus menjadikan hidangan nampak kurang berselera bentuknya.
Jadi untuk itu jom ketahui tip menggoreng ikan pekasam agar elok sempurna dan tidak hancur sepertimana yang dikongsikan oleh Raja Rohaizan Raja Muhaiddin.
Tip goreng ikan pekasam
1. Kikis ikan dan asingkan berasnya
2. Goreng ikan dengan api yang perlahan
3. Biar sampai garing baru terbalikkan ( jangan kerap terbalikkan nanti hancur, 2 kali cukup)
4. Apabila ikan dah garing angkat dan toskan
5. Goreng beras tadi pula. Goreng sampai ringan dan garing. Toskan
6. Goreng cili kering (potong halus). Goreng sampai garing
7. Selepas itu masukkan bawan besar. Kacau sekejap sahaja, angkat.
8. Letak limau kasturi dan hidang.
Pun begitu jika anda ingin mencuba untuk hasilkan sendiri ikan pekasam Nur AqyLa ada berkongsi resipinya.
3 kilo ikan talapia
1 cup asam jawa
3 sudu besar garam
ikan disiang dan dibasuh bersih, dibuang sisik….direndam dalam air asam jawa dan garam dalam 20 minit…pastu basuh bersih…toskan sekejap( tak mau ada sisa2 air).
2 cup mumbung beras
– disangai dikacau tanpa henti sehingga keperangan…off api…biarkan sejuk pastu bolehlah dikisar kering…jangan terlampau halus nanti jadi tepung beras pula
10 sudu teh garam halus
– dicampur dengan beras sangai kisar tadi..gaul dan kacau rata…siap untuk digaul/disalut pada ikan. Salutan beras sangai perlu rata sampai ke dalam perut ikan…perlu salut ikan satu persatu.
Jenis ikan apa pun boleh…kali ini saya pakai ikan talapia agak besar lebih kurang besar tapak tangan
Sediakan satu bekas tipuware yang kering…susun ikan yang telah disalut beras ke dalam bekas tipuware tu.
Biarkan ikan selama 3 hari diluar…disuhu bilik. Jangan sesekali penutup bekas ikan dibuka tutup…lepas 3 hari baru boleh dibuka penutup untuk tengok keadaan ikan. Lepas 3 hari ikan pekasam perlu diletak dalam peti sejuk untuk elakkan ikan terlampau masak jeruknya.
Method yang sama saya gunakan untuk buat pekasam daging cuma tukar…asam jawa kepada jus limau nipis.
TIPS – Jika ikan pekasam cam terlebih lama jeruknya…bila pegang agak lembut/lembik…sure masa goreng dia akan hancur…
PASTIKAN SEBELUM GORENG TEPEK2/SALUT DENGAN TEPUNG GANDUM BARU GORENG... Inshaa Allah ikan pekasam tak hancur…api kecil ya.
Ikan pekasam dah boleh di goreng selepas 3 hari…mayang bawang besar dan potong cili api…goreng sekali…perah limau kasturi….wahhh…siap…lauk lain tak ada pun tak apa..
Pastikan masa goreng buka tingkap luas2…buka kipas masak…kalau lupa alamak satu rumah la bau pekasam
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club