Sedapnya Kerabu Belimbing Buluh Dan Daun Selom! Resipi Ringkas Dan Mudah Nak Buat.

Share

“Bosannya hari-hari goreng sayur! Tekak pun dah tak boleh terima dah. Apa lagi resipi yang boleh tambah selera ye?

Apa kata cuba menu kerabu mangga. Rasa masam manis tu tentu boleh menjadi pembuka selera anda.

Dalam perkongsian yang disumbangkan oleh Puan Roslina Omar ini, beliau akan menunjukkan cara yang sangat mudah untuk membuat kerabu mangga yang lazat.

Rasa masam manis dan sayur-sayur lain, walaupun kali pertama mencuba, kesedapannya pasti tak akan mengecewakan.

Ikuti resipi dan penyediaannya.

RESEPI KERABU BELIMBING BULUH DAN SELOM 

Bahan-bahan:

Bahan A (di hiris)
belimbing buluh
daun selom
bwg besar
bunga kantan

Bahan B (campur semua n tumbuk)
kelapa parut
belacan
cili padi
cili merah

Bahan C
Isi ikan sardin/kembung. Ikan di rebus dulu

Cara-caranya:
Campur semua bahan A,B dan C. Perasakan dengan garam. Belimbing buluh tu bila dah jadi kerabu dah tak  rasa masam. Sedap meratah.

Dah siap! Gerenti bertambah makan nasi hari ni.

Selamat mencuba!

Sumber: Roslina Omar

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club