Sedapnya! Cekodok Durian Minum Petang Yang Ringkas Dan Lazat Untuk Keluarga.

Share

Selalu pening berfikir nak masak apa untuk minum petang? Asyik-asyik makan snek sama je setiap petang?

Apa kata cuba buat cekodok durian. Bagi yang belum tahu, boleh cube resipi ini. Memang sedap buat minum petang bersama keluarga.

Resepi Cokodok Durian
1 cawan isi durian dilenyek
2 cawan tepung gandum
3 SB gula
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air panas
*Cara2 masukkan semua bahan & kacau sehingga sebati..
*Goreng di dalam minyak yang panas
Tips
*Kalau nak bulatkan pakai tangan pastikan tangan basah supaya tak  melekat

1 cawan isi durian, 3 sudu gula, 2 cawan tepung gandum, 1/2 sudu garam..x payah pakai serbuk penaik pun.

Secawan air panas..bukan air suam tau.

Masukkan air panas..sambil kacau..hati2 sebab panas.

Kacau bagi sebati.

Goreng dalam minyak yang panas…golekkan2 pakai senduk..baru jadi bulat

Tadaaa..dah siap cokodok durian..walaupun x brp bulat..tapi sedap kakak buat

*Selamat Mencuba.

Sumber: Nur Hayati Khalid

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club