Tak sedap lah kalau tak masin! Bak kata orang, kurang kick. Betul tak?
Tapi… Itu yang sepatutnya kita sedar. Tak semestinya makanan yang kita makan perlu masin kesemuanya. Tak elok tau untuk diri kita!
JIKA korang nak tahu, garam merupakan sebatian bukan organik yang mengandungi mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita tetapi dalam jumlah yang kecil sahaja.
Walaupun garam adalah penting untuk metabolisma tubuh, pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko seperti tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.
Selain itu, garam berlebihan dalam badan boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul dan membebankan buah pinggang.
Oleh itu, kita perlu mengambil kurang daripada 1 sudu teh garam sehari untuk mengelakkan penyakit.
Nak tahu makanan yang tinggi garam? Jom semak senarai yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di Facebook miliknya.
Ads
1. Bahan Perisa
Kicap
Sos tomato
Sos tiram
Taucu
MSG
Kiub perisa
Perencah makanan segera
Mayonis
Salad dressing
2. Makanan terproses
Makanan dalam tin ( Sardin, tuna , sub cendawan)
Sosej
Keju
Kacang
Piza
Bebola ikan
Nugget
Burger
Ads
3. Makanan diawet
Ikan bilis
Udang kering
Ikan pekasam
Daging salai
Telur masin
Jeruk sayur
Jeruk buah
Acar buah
Belacan
Cencaluk
Budu
Ads
4. Makanan ringan
Keropok udang/ikan
Mi segera
Kerepek uji
Papadom
Kacang masin
Kerepek kentang
Miskut masin
Dalam senarai yang disenaraikan ini pasti ada kategori makanan yang biasa kita ambil bukan? Setelah dah tahu ini kalau boleh cuba elakkan makanan yang tinggi kandungan garam demi kesihatan. Sedap tak semestinya kena masin! Semoga bermanfaat!
Kunyit adalah bahan masakan yang sering digunakan untuk menjadikan hidangan enak.
Namun, pada masa yang sama ia digunakan untuk kesihatan, kecantikan dan kecergasan.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian Dr Rizal Abu Bakar menerusi facebooknya.
Waktu itu awal tahun 1970an. Aku kecil lagi. Aku suka melangut lihat nenek aku buat kerja..
.
Biasalah budak-budak. Suka ambil tahu. Mungkin ringan tulang waktu itu. Atau mungkin suka menyibuk.
.
Nenek aku namanya Ayesha. Ejaan gempak. Dia bukan pelakon. Hanya orang kampung yang orang gelar Tok Bi.
.
Tok Bi ada 14 orang anak. 2 anaknya meninggal masa kecil. Tinggal 12 dibesarkan di bawah payung kasih sayang beliau.
.
Tok Wan aku Tok Wan Brahim, suami Tok Bi, kerja dengan PPC. Sekarang dikenali sebagai Penang Port. Gaji sekitar RM50 sahaja sebulan waktu itu. Bayangkan besarkan anak dengan gaji begitu.
.
Tok Bi adalah bercucuk tanam sedikit. Ada juga bela ayam, angsa dan ayam piru. Habuan makanan masa raya nanti.
.
Berbalik pada cerita aku dok melangut sakan. Waktu cuti sekolah adalah waktu paling bahagia- boleh balik rumah Tok Bi.
.
Oleh kerana aku suka perhati dan ambil tahu apa yang Tok Bi buat, dia pun suka aku ada. Adalah orang boleh tolong ambik itu ambik ini.
.
Satu perkara yang aku selalu perhati, ialah Tok Bi banyak guna kunyit. Samada kunyit hidup ataupun bentuk serbuk yang dibuat sendiri.
.
Ada ruang sahaja dia akan campak masuk kunyit. Untuk warnakan makanan memang akan digunakan kunyit. Semulajadi.
.
Seolah kunyit dan warna kuning macam tema makanan sebati dengan Tok Bi.
.
Dia juga minum air kunyit. Bab ini paling aku suka. Aku akan tunggu saja waktu dia minum.
.
Selepas minum aku akan tanya “ Tok minum apa tu tok?”
.
Dia akan jawab sambil tersenyum, “air kunyit.” Waktu senyum inilah part paling best. Semua giginya akan jadi kuning. Aku apa lagi akan ketawa berdekah –dekah tengok gigi kuning berjahang Tok Bi.
.
Dia pun terhibur dengan gelak aku yang ala-ala anak jin dalam filem Ahmad Albab.
.
Tidak cukup dengan minum dan campak kunyit, dia juga akan sapu kunyit ke muka. Dia campur dengan bedak sejuk. Kuning habis muka. Lepas itu dia basuh muka.
.
Sebab itulah kot, kulit Tok Bi cekang. Licin. Tidak nampak kedut. Serlahkan ayu wajah kacukan melayu-siam-india-arab dia.
.
Tok Bi meninggal dunia sekitar umur 67 tahun. Meninggal tanpa ada penyakit. Meninggal sebab ajal. Sama macam emak aku.
.
Ini kisah dulu. Aku tidak tahu tentang kehebatan kunyit. Ia jadi bahan ketawa aku.
.
Tetapi sekarang baharu aku tahu kunyit ini hebat rupanya. Banyak sangat kajian saintifik buktikan kehebatan kunyit ini.
6 kehebatan kunyit yang ramai orang tidak tahu.
1. Kunyit adalah penghalang racun arsenik. Arsenik adalah racun berbahaya kepada kesihatan manusia. Bahaya arsenik ini hingga boleh rosakkan DNA. Ini bukan cerita sikit atau kecil. Ini cerita bahaya
Arsenik terdapat dalam banyak sumber makanan yang kita ambil. Antaranya beras. Dalam jus epal dan jus anggur juga ada arsenik. Arsenik juga dijumpai pada mainan kanak-kanak, kayu meja makan dan pagar yang dibuat dari kayu.
Macam mana pula boleh ada arsenik? Puncanya dari tanah. Kalau kandunga dalam tanah ada arsenic, ia meresap pada tumbuhan itu. Apapun, relaks dulu.
Kita penyelamat. Sang kunyit. Bukan kunyit budak muda asyik sebut tu, ini kunyit betul.
Ni aku nak cerita sikit. Salah satu bahan penting dalam kunyit ialah Curcumin. Ia mampu halang kerosakan dan turunkan impak kerosakan DNA. Lebih menarik lagi.
2. Kunyit adalah Anti kanser. Di dalam Journal Alternative Therapies in Health and Medicine, dilaporkan curcumin dalam kunyit bantu halang perkembangan sel kanser. Lebih menarik lagi apabila dicampur dengan piperine (bahan yang sebabkan rasa pedas pada lada hitam) ia kecutkan stem sel kanser payudara.
Kalau dalam sejarah keluarga ada kanser, jadilah curcumin dan piperine saka baharu dalam hidup. Berdamping rapatlah dengan keduanya.
Paling luarbiasa ialah curcumin dalam kunyit ini punya kebolehan programkan kematian sel atau apoptosis. Maklumat ini adalah jasil kajian dari University of Texas.
3. Kunyit adalah Anti tumor. Siapa sangka kunyit dengan saiznya yang kecil tetapi punya kuasa penyembuhan yang besar. Selain bertindak mati dan lemahkan sel kanser, curcumin dari kunyit juga halang pembuluh darah dari membentuk tumor. Mudah fahamnya orang lazimi kunyit akan mudah bebaskan diri dar tumor.
Mudah fahamnya begini. Kalau mahu hindarkan diri dari tumor atau cyst, jadikan kunyit sajian harian.
4. Kunyit adalah penghalang Kerosakan Sel Otak. Part ini aku paling suka. Curcuminoid dari kunyit dapat neutralkan radikal bebas dan halang kerosakan kepada sel otak.
Bukan itu sahaja ia juga bertindak sebagai penjaga kepada sel otak. Dikenali sebagai agen neuroprotective. Ala-ala security guard.
Antara fakta yang menarik lagi ialah bahan aromatic-tumerone dalam kunyit tingkatkan pertumbuhan neural stem cell di dalam otak. Pesakit stroke dan Alzheimer wajib berdamping dengan kunyit kerana kebaikan aromatic-tumerone ini. Bahasa mudahnya, aromatic-tumerone lahirkan sel otak.
Mungkin ramai yang tidak tahu otak manusia juga punya plak seperti plak pada gigi. Plak ini sekiranya tidak dibuang akan sebabkan penyakit Alzheimer atau nyanyuk. Antara bahan yang halang pembentukan plak pada otak ialah curcumin. Inilah pelakon utma dalam kunyit.
5. Kunyit bagi kulit meghelit atau glowing. Sebab tu Tok Bi aku asyik dok sapu sakan kat muka dia. Sains pada hari ini buktikan kehebatan kunyit. Bukan sekadar cepat sembuhkan luka tetapi apabila dicampur yogurt, dan madu ia jadi masker semulajadi yang hebat. Melembut dan meremajakan kulit.
Tak perlu percaya. Buat sahaja. Sebab ilmu ini dah dirakam dalam Journal of Life Sciences. Cuma Tok Bi dah awal-awal lagi praktis.
6. Kunyit sebagai fat burner. Bab ini memang win. Kalau bercita mahu kurus, ambillah kunyit. Kunyit halang pembentukan lemak. Menarik lagi, kunyit ada kuasa thermogenic – bakar lemak. Power.
Ringkasnya, kalau mahu kulit glowing, otak power, jauh dari nyanyuk, tumor dan kanser serta badan lentik, amalkan kunyit.
Tok Bi aku dah buktikan. Bebas dari penyakit semasa hayatnya. Dia bukan saintis. Tapi dia beramal dengan ilmu yang dia ada.
Sumber:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari dua atau tiga kali untuk menggoreng.Yang terbaik menggunakannya hanya sekali. Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
Selain itu dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Oleh itu masyarakat diingatkan agar berhati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.
Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.
Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, masyarakat mestilah mengurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.
Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Petua orang dulu memang banyak, lagi-lagi dalam hal penjagaan kecantikan dan kesihatan. Kalau hendak dihimpunkan,memang tidak terkira banyaknya.
Pun begitu, andai disenaraikan untuk membantu mengawal tekanan darah tinggi, ini antaranya sebagaimana yang disenaraikan oleh Ana Mahabu di akaun fbnya. Jom ketahuinya.
Rawatan Tradisional Untuk Penghidap Darah Tinggi
Untuk Penghidap Darah Tinggi Patut Cuba. Semoga disembuhkan oleh ALLAH S.W.T
Rawatan 1 : Ambil seikat daun kucai. Tumbuk lumat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selepas sarapan selama sebulan.
Rawatan 2 : Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah di waktu pagi sebelum memakan sesuatu. Amalkan selama seminggu berturut-turut.
Rawatan 3 : Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari.
Rawatan 4 : Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dan ambil airnya dibuat minum.
Rawatan 5 : Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Amalkan 2 kali seminggu.
Rawatan 6 : Jadikan pucuk betik sebagai ulam-ulaman ketika anda menikmati makan tengah hari mahupun malam.
Rawatan 7 : Jadikan daun sabung nyawa sebagai ulam-ulaman. Jika anda memakannya secara berlebihan, anda akan berasa mual, loya dan bagaikan hendak muntah. Ini disebabkan oleh cecair daunnya yang berfungsi menurunkan kandungan gula dalam darah.
Rawatan 8 : Daun pegaga boleh dibuat jus sebagai penawar darah tinggi anda.
Rawatan 9 : Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan 2 cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minum 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda menurun.