Selalu kalau ada stok jagung kat rumah, kalau tak rebus mesti buat sweet corn. Kan? Tapi.. Kadang-kadang jemu juga asyik makan cara yang sama je.
Pernah dengar cucur jagung? Haaa yang mana tak pernah makan tu, apa kata try buat pula lepas ni. Mesti sekali makan terus nak lagi! Nak-nak bila guna resipi dari Ana Mariana Ismail
, meletup habis! Jom cuba!RESIPI CUCUR JAGUNG
Bahan-bahannya :-
Jagung
Tepung Gandum (agak-agak dengan bahan lain)
Bawang besar
Udang (nak guna ikan bilis pun boleh)
serbuk kunyit
Garam
Gula
Serbuk ikan bilis (sikit je)
Cili kisar (nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh)
Telur sebiji
Air
Cara-caranya :-
2. Dalam bekas isi jagung tadi, campurkan semua bahan sekali kecuali air. Kacau sebati.
3. Masukkan air sikit-sikit, agak-agak bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair. Kiranya sampai senang kita nak jemput guna tangan.
4. Dah siap, panaskan minyak masak dan mula menggoreng. Guna api sederhana sahaja, biar sampai agak garig baru alihkan bahagian bawah pula.
Dah garing, boleh diangkat. Jangan lupa cuba resipi ni!