
Selalu kalau ada stok jagung kat rumah, kalau tak rebus mesti buat sweet corn. Kan? Tapi.. Kadang-kadang jemu juga asyik makan cara yang sama je.
Pernah dengar cucur jagung? Haaa yang mana tak pernah makan tu, apa kata try buat pula lepas ni. Mesti sekali makan terus nak lagi! Nak-nak bila guna resipi dari Ana Mariana Ismail, meletup habis! Jom cuba!
RESIPI CUCUR JAGUNG
Bahan-bahannya :-
Jagung
Tepung Gandum (agak-agak dengan bahan lain)
Bawang besar
Udang (nak guna ikan bilis pun boleh)
serbuk kunyit
Garam
Gula
Serbuk ikan bilis (sikit je)
Cili kisar (nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh)
Telur sebiji
Air
Cara-caranya :-
- Kupas bersih jagung, dan hiris isinya. Masukkan ke dalam bekas.
2. Dalam bekas isi jagung tadi, campurkan semua bahan sekali kecuali air. Kacau sebati.
3. Masukkan air sikit-sikit, agak-agak bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair. Kiranya sampai senang kita nak jemput guna tangan.
4. Dah siap, panaskan minyak masak dan mula menggoreng. Guna api sederhana sahaja, biar sampai agak garig baru alihkan bahagian bawah pula.
Dah garing, boleh diangkat. Jangan lupa cuba resipi ni!
Minyak Mana Paling Bagus Untuk Menggoreng? Doktor Ni Kongsi Faktanya!

Menggoreng adalah antara teknik memasak yang sering kita lakukan setiap hari untuk menyediakan menu kepada keluarga. Memandangkan menggoreng lebih ringkas disediakan dan dalam masa yang sama hidangan yang siap digoreng begitu enak rasanya.
Namun, tahukah anda minyak yang mana satukah paling bagus digunakan untuk menggoreng agar hidangan yang dimasak bukan sahaja sedap dimakan malah sihat untuk tubuh.
Ketahui info bermanfaat ini melalui perkongsian dari Dr. Malinda agar kita sebagai ibu dapat menyediakan masakan yang terbaik untuk keluarga.
MINYAK APA YANG PALING BAGUS UNTUK MEMASAK?
Anda masak guna minyak apa? Sebelum ni saya sendiri pun ada masalah, tak tahu nak pilih minyak masak yang mana?
Pening sebab banyak sangat artikel yg kata minyak ni bagus la, ada yg kata minyak ni pulak tak ok, sekejap lagi berubah, etc. Various opinion from the expert. Kita yang pengguna pun tak tahu nak ikut yang mana.
So, saya pun ada juga la pengalaman beli minyak-minyak yang dimomokkan bagus dan tersenarai di ruangan minyak-minyak mahal di pasaraya!
Nak jaga kesihatan la katakan, mahal skit pun x pe. Tapi rupanya, indah khabar dari rupa. Mitos dan politik industri rupanya.
Supaya anda tidak ter’konfius’ macam saya dulu, meh saya nak share beberapa tips pemilihan minyak masak.
Cara masak menggoreng ialah antara cara yang memindahkan haba pada makanan pada kadar lebih cepat, dan juga memberi aroma rasa yang lebih enak. Bukan langsung tidak boleh menggunakan cara ini tetapi kita kena pandai pilih jenis minyak yang digunakan.
Untuk memilih minyak untuk menggoreng, kita kena tengok 2 perkara :
1. JENIS MINYAK
– Pilih minyak yang mengandungi PALING RENDAH Polyunsaturated Fats (Asid lemak poli tak tepu) kerana minyak yang tinggi PUFA ni bila dipanaskan, tidak stabil, lebih mudah teroksidasi dan menjadi ‘rancid’.
– Minyak jenis lemak tepu, Saturated fats (contohnya minyak kelapa) telah dimomokkan sebelum ini sebagai minyak yang tidak sihat itu sebenarnya adalah lemak yang paling stabil bila dipanaskan.
2. SMOKE POINT
– Apa itu smoke point? Smoke point merujuk kepada suhu di mana minyak ini menjadi terlalu panas dan mula akan menghasilkan asap. Bila kita masak melepasi suhu ‘smoke point’ ni, penghasilan radikal bebas akan menigkat.
(Radikal bebas adalah antara penyebab proses pengkaratan pada besi dan pereputan pada kayu, dan ia juga boleh menyebabkan kita ‘mereput’ dan ‘berkarat’ dari dalam..huhu)
Soalan seterusnya ialah ‘Macamana Nak Tau SMOKE POINTS’ sesuatu jenis minyak?
Maaf ya, ia tidak ada tertulis pada label minyak masak tersebut. Kita sebagai pengguna yang perlu membuat sedikit pembacaan untuk kesihatan diri sendiri. (Boleh juga refer pada carta yang disertakan dibawah).
Prinsip pemilihannya mudah :
1. Pilih minyak yang mempunyai Smoke Point paling tinggi.
2. Pilih minyak yang mempunyai kandungan Saturated Fatty Acid yang paling tinggi.
Kombinasi kedua-dua faktor di atas akan menyebabkan minyak akan jadi lebih stabil dan sesuai untuk digunakan pada suhu yang lebih tinggi. So, kalu kita tengok, top on the list ialah Minyak Kelapa.
Minyak sawit pulak macamana?
Minyak sawit juga mempunyai Smoke Point yang tinggi, 235 *C dan kandungan Saturated Fats, 49 gram.
So, kalu nak menggoreng, the best ialah menggunakan Minyak Kelapa. Minyak sawit pun boleh. Tak perlukan membazirkan duit untuk membeli minyak ‘mahal’ yang mempunyai smoke point yang rendah dan kandungan lemak politak tepu yang tinggi.
Tetapi, ada tapinya lagi.. Minyak yang digoreng berulangkali akan juga menyebabkan smoke point semakin rendah!
Jangan guna berulang kali. Memang la sayang, tapi kena lagi sayang jantung lebih dari kita sayang minyak masak, kan?
Semoga bermanfaat ya!
sumber : Dr Malinda Health & Beauty
Ibu Ni Sediakan Nasi Dan Bubur Dengan Sekali Masakan. Terbaik Idea Ni!

Menyediakan hidangan bubur untuk anak yang belum tumbuh gigi memanglah mudah sahaja, hanya biarkan mendidih hingga nasi menjadi lembut.
Pun begitu tidak dinafikan, biasanya kita akan masak nasi untuk hidangan keluarga dan bubur secara berasingan. Senang cakap, kena masak beras dua kali.
Tapi berbeza dengan idea yang dikongsikan oleh Puan Musyahadah ini bilamana dia hanya masak sekali sahaja untuk sediakan dua hidangan ini.
Menarik bukan? Jimat masa dan yang penting cukup mudah disediakan. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
2 in 1….NASI & BUBUR
Masa anak baby dulu saya buat macam ni jimat masa…ikut ukuran umur nak lembek/keras…kita perisakan ikan bilis dan sedikit minyak sayuran…
Kalau 6 bulan saya tukar tepung beras buat sendiri cuci jemur blend kering…
Biasa cawan stainless tu saya buang tangannya…saya tak suka guna plastik bahaya….jadi macam ni la saya buat…
Mudah…baby boleh makan 2 kali…Tak
perlu buat bubur asing susah sikit…
Insyaallah senang buat macamni….
Boleh tambah ikan/ayam dan sayuran ikut suka.
Step 1 : Sediakan periuk dan cawan
Step 2 : Cuci beras dan masukkan 1/3 ke dalam cawan.
Step 3 : Bentukkan lubang di tengah periuk untuk menempatkan cawan.
Step 4 : Letakkan cawan berisi beras dan air ditengah periuk.
Step 5 : Masukkan sayur-sayuran, ayam, ikan sebagai perasa dengan sesudu minyak sayuran.
Step 6 : Masak macam biasa.
Step 7 : Gaulkan bubur dan bubur akan menjadi lembut.
Sumber : Musyahadah Oo via MAH
Cara Buat Creamy Cheezy Butter Prawn Yang Sedap Macam Makan Kat Restoran. Sekali Buat Gerenti Jadi Dengan Resipi Ni!

Teringin nak buat sendiri Udang Butter tapi bimbang tak menjadi. Nah cuba resipi yang cukup mudah ini. Bukan sahaja rasanya yang enak dan berlemak dari butter, menu ini pasti menarik selera seisi keluarga.
Caranya cukup simple dan pasti jadi. Jom cuba resipi Creamy Cheezy Butter Prawn hasil perkongsian dari puan Suzana Othman. Selamat mencuba!
Creamy Cheezy Butter Prawn
Ramai yang masih belum pass masak menu ni kan? Tak susah pun nak masak cuma nak buat jerami telur tu kalau silap percaturan boleh gagal. Sepatutnya nak lebih mudah faham kena buat video tapi kita nak cepat, tak sempat nak shooting video bagai. Harapnya uolls dapat tangkap apa yg ingin di sampaikan. Tak faham boleh tanya tapi mungkin lambat sikit kita balas sebab tengah kebizian.
Oh ya, ini resepi butter prawn gaya kita tau. Kalau uolls xsuka susu cair, boleh ganti dgn santan kotak. Kalau tak suka cheese, tak nak letak pun takpe.
Lihat langkah demi langkah dengan menekan klik pada gambar⬇️⬇️⬇️
Bahan-bahan creamy cheezy sause:
4ulas bawang putih-cincang
4tangkai daun kari
Cili api ikut kepedasan-potong
Butter
1sk serbuk lada sulah
1sk gula
1sk serbuk pati ayam
4keping cheese (tiada dalam gambar)
Cara membuat:
- 1kg udang dibersihkan. Taburkan dgn garam dan serbuk kunyit. Tambahkan satu senduk tepung bestari dan sedikit air. Gaul rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng udang hingga masak. Tos dan ketepikan. Jangan overcooked tau. Kalau nak tau udang yg dimasak sempurna, udang tu bentuk C bermaksud cooked. Kalau udang jadi bentuk O maksudnya overcooked.
3. Panaskan minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari dan cili api.
4. Masukkan susu cair, serbuk lada sulah, gula dan serbuk pati ayam. Tak perlu tambah garam.
5. Masukkan kepingan cheese. Kita guna jenama Emborg.
6. Apabila sauce dah menggelegak masukkan udang.
7.Gaulkan udang hingga sebati dengan sauce tadi. Tutup api dan ketepikan.
8. Dalam mangkuk lain pukul 4butir kuning telur.
9. Panaskan minyak dan setengah biji butter dalam kuali. Bila minyak dah cukup panas, perlahankan api. Guna senduk seperti dalam gambar.
10. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuangkan telur perlahan-lahan kemudian kacau dengan laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju tau untuk dapatkan jerami telur yg halus.
11. Masak sebentar hingga minyak berbuih. Tutup api.
12. Tuangkan telur ke dalam penapis besi macam ni. Nak guna penapis santan yg besi tu pun boleh. Tekan telur guna senduk tadi untuk turunkan minyak ke bawah.
13. Toskan dengan tisu dapur utk menyerap minyak yg berbaki.
14. Masukkan udang dalam pinggan. Taburkan telur di atasnya. Sedia untuk disajikan
15. Creamy Cheezy Butter Prawn🍤🧀
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club