Sedap Rupanya Buat Masak Lemak Cili Api Siput Sedut Dengan Daun Kaduk. Memang Tak Pandang Kiri Kanan Dah Bila Makan!

Share

Sesekali dapat makan siput sedut masak lemak cili api pun sedap kan? Bergandingan dengan ulam ke, ikan masin dan sambal belacan, lagi terrrrrbaikkk!!

Tapi… Kalau beli kat luar takut tak cukup pula nak makan satu keluarga kan? Di tambah pula, lain orang lain seleranya. Jadi.. Nak puas hati apa kata buat sendiri je! Lagi berbaloi.

Haaa nak buat tu, apa kata kita cuba resipi dan tip dari Yatie Yuyue ni, especially untuk yang first time nak cuba masak. Takpun, yang mana sebelum ni masak hanya tetak, basuh dan masak. Kali ni kita buat kelainan pula! Kita keluarkan segala selut, najis dan sebagainya dalam siput dengan cara dari puan ini. Jom semak!

——————————————————————————————————

Saya bagi mereka makan kelapa parut, kelapa parut fresh tnp campur apa apa biarkan mereka semalaman.. nanti mereka jadi gemak2.. juicy 😍

Selepas semalaman ya.. tips nie bila siput makan kelapa parut, nanti ia akan mengeluarkan najis selut, pasir dan sebagainya.. makan pun wangi je, gemaks2 plak tu

Letak garam kasar bersama daun limau purut untuk keluarkan lendir.. dalam 10 minit.. kemudian ramas2 bersama daun limau purut, hah kamu2 nak ke mana tu 😜

Kemudian basuh dan tapis. Sedia untuk tetak hujungnya.

Masak Lemak Cili Api Siput Sedut + Daun Kaduk

Bahan-bahannya :-

Daun kaduk lagi banyak lagi sedak
Bawang holand
Bawang kecik
Cili api segenggam
Serai di ketuk
Asam keping
Kunyit hidup
santan
garam
gula

Cara-caranya:-

1. Masak biar mendidih, masukkan asam keping kemudian masukkan santan sekotak,

2. Kemudian masukkan siput, garam dan gula

3. Dah mendidh dlm 5 minit blh masukkan daun kaduk,

4. Dah layu makanya siapppppppp.. shedaappp