Banyak cara untuk kita menjaga kesihatan selain mengamalkan cara hidup sihat ada juga di antara kita suka mengamalkan petua lama yang menggunakan bahan-bahan alami. Pun begitu, jarang-jarang juga kita ketahui adanya petua dari negara Syria untuk penjagaan kesihatan dan di sini dikongsikan untuk info bersama. Bolehlah dicuba!
Alhamdulillah saya dapat satu ilmu dari sahabat Arab Syria. Katanya ini amalan atau petua orang-orang lama di syria untuk jaga kesihatan mereka.
Mereka claim sangat membantu untuk mencegah pelbagai penyakit terutama masalah Kolesterol, masalah gout, gastrik. Sebagai anti kanser, untuk penghadaman, hati berlemak dan paling bagus untuk memberi tenaga.
Ini saya baru simpan 1 minggu. Untuk kesan paling bagus simpan 30-40hari. Insyaallah mudahan asbab beri kesihatan dari petua orang lama.
Setiap negara pasti ada petua untuk jaga kesihatan dan mencegah dari pelbagai penyakit.
Cara makan:
Hari ke 41. Ambil satu sudu minyak zaiton dan makan buah tin, apricot dan Walnut ketika perut kosong.
Esok umat Islam bakal menyambut 1 Syawal, walaupun persiapan kali ini ala kadar memandangkan tak boleh pulang beraya ke kampung, namun juadah raya pasti tetap terhidang di atas meja kan.
Tak perlu pening fikirkan menu yang susah, pilih yang memudahkan ibu-ibu tapi sedap untuk dihidangkan buat seisi keluarga.
Untuk yang gemarkan Browneis, tapi tak pandai nak buat, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Azlina Ina Fans yang sememangnya terkenal dengan resipi dan masaknnya yang sedap. Asalamualaikum anak2 cantik manis Korg sihat ke? mana yg support kelas free mai la belanja satu emoji ok raya dah dekat nak buat brownies xpandai mak ajar brownies mudah guna sukatan cawan ajer
Brownies Raya
Bahan-bahan
125g butter (senang 1 butter potong 2
1 blok 1/2 coklat beryls(pilih dark) dalam 1 plastik 1kg ade 4 bar kan so ambik 1 bar 1/2 sahaja
cair kan
3 biji telur
1/2 cawan gula perang( xnak manis kalau korg suke manis letk 1 cawan) kacau Cara membuat:
1. masuk coklat yang kite cair kan tadi dalam bekas yang ada telur dan gula tadi kacau( masa masuk ni coklat mesti panas2) 2. masuk kan 3/4 cawan tepung self rising. kacau sebati ya Allah senang sangat kalau step ni pn korg tak boleh ikut sengaja la korang kan 3. ok lapik loyang 8×8 dgn baking paper wajib lebih kan kiri kanan dia.Tuang adunan panas kan sekejap oven set suhu 140-150 api atas bawah bakar 50minit-1 jam ikut kepanasan oven masing-masing. 4. Wahhh brownies raya dah siap. Mudah sangat diharap semua berani cuba ya 5. Alhamdulillah mak doakan korg berjaya buat brownies sendiri dan kalau ade rezeki boleh juga korang jual nanti ya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di hujung minggu, sesekali kita sediakan bubur nasi buat anak-anak kita. Saja bertukar selera. Memang ‘layan’ juga dan makan bertambah dengan deretan lauk pauk ringkas. Pun begitu nak sediakan bubur nasi pada anak-anak ambil masa yang agak lama. Maklumlah
nak tunggu hingga nasik benar-benar lembik dan jadi bubur bukan ambil masa yang singkat.
Sementara bubur nak masak, perut berkeroncong minta diisi. Anak-anak pun mulalah masuk ke dapur tanda kelaparan melanda. Sebenarnya ada banyak teknik dan langkah untuk memasak bubur dengan lebih cepat dan pantas.
Ada sesetengah daripada kita yang membekukan terlebih dahulu beras di waktu malam hari dan keesokkan harinya barulah dimasak seperti biasa. Lebih cepat dan pantas.
Antara cara lain yang anda boleh cuba adalah dengan mengikut perkongsian yang dikongsikan di blog hatibungasakura.blogspot.my ini. Menarik juga cara yang dikongsikan olehnya ini. Jom cuba.
Kredit Foto: rahelblog.blogspot.com
Korang tak rasa ke lamanya bubur nasi nak kembang bila masak. Berkeroncong perut nak tunggu bubur siap.. huh. Ni ada petua supaya senang je bubur korang masak. Jom cuba!
Caranya:
1. Tanak nasi macam biasa dulu.
2. Lepas masak, masukkan ke dalam dalam pengisar. Tuang air sampai tenggelam nasi tu..dan kisar halus.
3. Kemudian masuk semula ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain seperti ayam. Saya letak sup bunjut, ayam dan kentang. Halia jangan dilupa, nanti baunya wangi dan sedap.
4. Bila kentang dah empuk terus angkat. Yummy..Tak sampai 10 minit korang dah boleh hidang.. nyum nyum.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.